Dr Hafiz Pakar ENT

Dr Hafiz Pakar ENT Pakar bedah telinga hidung tekak, kepala dan leher untuk kanak-kanak dan dewasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah antara perkhidmatan yang kami tawarkan. Boleh hubungi/wassap kami di tal...
10/07/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah antara perkhidmatan yang kami tawarkan.

Boleh hubungi/wassap kami di talian 016-350 7211

Sharing session with TNB staff Pulau Langkawi. Harap sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Terima kasih ...
10/06/2024

Sharing session with TNB staff Pulau Langkawi. Harap sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Terima kasih sudi menjemput kami.

07/04/2024
Short procedure, minimally invasive and painless.
18/01/2024

Short procedure, minimally invasive and painless.

Pembedahan sinus tanpa perlu ke bilik pembedahan.

Anda mempunyai masalah sinus? Kini anda tidak perlu membuat pembedahan di bilik bedah, prosedur berjalan di klinik Dr sahaja! 🤩

Kelebihan pembedahan di klinik Dr
- menjimatkan kos dan masa
- pesakit akan lebih tenang dan santai
- tidak perlu menunggu masa/giliran untuk ke bilik bedah
- pesakit boleh terus p**ang dan menyambung aktiviti harian selepas prosedur

Sebarang pertanyaan sila hubungi
📞 04-7342888 (PMC)
📞 0163507211 (Klinik Dr Ahmad Hafiz)

Jangkitan sinus📌Jangkitan sinus boleh terjadi kepada sesiapa yang mengalami jangkitan selsema. 📌Mungkin pada mulanya, pe...
09/12/2023

Jangkitan sinus

📌Jangkitan sinus boleh terjadi kepada sesiapa yang mengalami jangkitan selsema.

📌Mungkin pada mulanya, pesakit mengalami simptom jangkitan selsema seperti demam, sakit kepala, hidung tersumbat, selsema.

📌Setelah beberapa ketika, kemungkinan selsema, hidung tersumbat dan demam telah hilang tetapi sakit kepala berterusan atau makin teruk. Lagi-lagi pada bahagian dahi dan p**i.

📌Simptom sakit kepala ini mungkin menunjukkan terdapat jangkitan pada rongga sinus.

📌Antara pemeriksaan oleh pakar ENT adalah pemeriksaan CT scan muka dan sinus.

📌Setelah diagnosis dibuat, langkah rawatan bergantung kepada tahap keterukan jangkitan sinus. Rawatan nasal decongestant dan antibiotic diberikan terlebih dahulu.

📌Langkah seterusnya adalah pembedahan sinus melalui endoskop kamera. Tiada parut di bahagian muka. Segala nanah dalam sinus akan dibersihkan.

📌Pesakit akan diberikan temujanji selepas pembedahan untuk membersihkan darah beku dalam hidung selepas pembedahan.

📌Pemulihan sepenuhnya Biasa akan berlaku dalam masa 2/3 minggu sehingga 6 minggu.

📌Sekian, terima kasih

06/10/2023

Ketumbuhan lidah…

Pesakit datang bagi tahu Ada rasa tak selesa di tekak, tengok di cermin tidak nampak. Datang masuk kamera scope, Ada 2 ketumbuhan besar dan satu yang Baru mahu jadi besar. Tengok di cermin memang kurang jelas kerana ketumbuhan berasa di Kawasan 1/3 belakang/pangkal lidah.

Sila check sebelum dia menjadi komplikasi pendarahan bila makan. Pendarahan bahaya sebab lokasi ketumbuhan di pangkal lidah, jadi darah boleh masuk ke dalam salur pernafasan dan makanan.

28/09/2023

Klinik ditutup pada 29/9/23 - 30/9/23

Dibuka semula pada
1/10/23

DengkurrrrPatient: Dr, boleh tak di ward nanti saya nak bilik single??Dr : Kenapa encik?Patient : Saya dengkur kuat Dr, ...
04/08/2023

Dengkurrrr

Patient: Dr, boleh tak di ward nanti saya nak bilik single??

Dr : Kenapa encik?

Patient : Saya dengkur kuat Dr, nanti ganggu pesakit lain. Dari luar bilik da dengar Dr.

Dr: MasyaAllah encik. Macam mana puan boleh tidur selama ni? (Sambil memandang isteri pesakit). Isteri nya hanya sengih sengih.

Orang cakap dengkur ni bagus, nyenyak tido. Ada pernah dengar ceramah, Ada sorang ni cakap, bagus la dengkur at least tau suami masih hidup. Heheh

Tak berapa betul tu anggapan di atas. Dengkur berterusan setiap kali tidur biasanya dikaitkan dengan penyakit Obstructive Sleep Apnea (OSA). Bermaksud saluran pernafasan tersumbat semasa tidur menyebabkan terhenti pernafasan. Bahaya tu tuan/puan Kalau berhenti bernafas ni. Antaranya boleh menyebabkan sakit jantung pada usia muda. Lagi teruk, boleh menyebabkan kematian semasa tidur.

Antara simptom OSA untuk dewasa, bangun pagi sakit kepala, mengantuk teruk semasa siang, tertidur semasa memandu dan lain-lain. Kanak-kanak p**a biasanya akan tidur bergerak-gerak, kencing malam, kurang prestasi akademik dan lain-lain. Yang pastinya, biasa akan tidur dalam keadaan mulut terngaga.

Punca p**ak bergantung kepada umur. Kanak-kanak biasanya disebabkan tonsil dan adenoid besar serta masalah hidung. Dewasa p**a, obesiti, masalah tonsil dan masalah hidung seperti Resdung/sinusitis/rhinitis.

Jadi pergi la check tuan/puan. Jangan biarkan diri kita, pasangan dan anak terseksa kerana dengkuran kita, dan juga dengkuran mereka.

Makkk….. telinga abang berdarah…..Abang ni umur 6 tahun.. tengah syokk tengok tv, si adik umur 4 tahun mai cuci telinga ...
02/08/2023

Makkk….. telinga abang berdarah…..

Abang ni umur 6 tahun.. tengah syokk tengok tv, si adik umur 4 tahun mai cuci telinga abang guna cotton bud. Terus berdarah telinga abangnya.

Da berdarah nak buat Apa??? Jangan panik… ambil kapas/cotton atau tisu bersih.. tutup lubang telinga dulu, kemudian bawa ke fasiliti perubatan terdekat. Sementara nak sampai ke fasiliti kesihatan, Kalau sakit sangat boleh makan ubat tahan sakit yang Ada di rumah dahulu. Kalau budak, boleh bagi syrup paracetamol, Kalau dewasa boleh makan ubat biji paracetamol.

Bila sampai di fasiliti kesihatan, pemeriksaan telinga akan dibuat. Seterusnya dari situ, Hasil pemeriksaan, rawatan, kebarangkalian komplikasi akan dibincangkan.

Kesimp**annya, jauhi alat seperti cotton bud dari pandangan kanak-kanak dan juga Kalau boleh, Hatta orang dewasa sekali pun elakkan dari korek telinga.

Address

Putra Medical Centre
Alor Setar
05100

Opening Hours

Monday 09:00 - 12:30
14:30 - 16:30
Tuesday 09:00 - 12:30
14:30 - 16:30
Wednesday 09:00 - 12:30
14:30 - 16:30
Thursday 09:00 - 12:30
14:30 - 16:30
Saturday 09:00 - 12:30
14:30 - 16:30
Sunday 09:00 - 12:30
14:30 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Hafiz Pakar ENT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Hafiz Pakar ENT:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category