29/04/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐,๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐.
(KES ENGKAR PERINTAH PENUTUPAN PREMIS TIDAK SUCI)
Kes: PKD Kota Setar
Mahkamah: Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah
Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)
No. Kes: KA-87-142-01/2025
Pendakwaan:
Pegawai Pendakwa โ KPPKP Tn. Mohamad Haririe bin Roslan
Pegawai Penyiasat โ PPKP En. Najmuddin bin Kamal
Sebuah premis makanan milik ABL di Kuala Kedah telah diarahkan tutup pada 28 April 2025 selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihan premis, khususnya di bahagian dapur, berada pada tahap tidak memuaskan. Beberapa notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, dan perintah penutupan premis turut dikenakan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
Namun begitu, hasil pemantauan susulan pada 5 Mei 2025 sekitar jam 9.10 malam mendapati premis tersebut beroperasi semula walaupun masih dalam tempoh penutupan serta tanpa kebenaran rasmi daripada pihak berkuasa. Pemeriksaan lanjut mengesahkan aktiviti perniagaan dijalankan seperti biasa, sekali gus menunjukkan ketidakpatuhan yang jelas terhadap perintah penutupan.
Perbuatan ini merupakan satu pelanggaran serius terhadap perintah penutupan premis tidak suci yang dikuatkuasakan oleh pegawai diberi kuasa. Kesalahan ini boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 yang memperuntukkan hukuman denda, penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan.
Sehubungan itu, pemilik ABL telah diperintahkan hadir ke mahkamah pada 29 April 2026 bagi menghadapi pertuduhan dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000, yang telah dijelaskan sepenuhnya.
Kes ini wajar dijadikan peringatan kepada semua pengusaha premis makanan agar sentiasa mematuhi peraturan kebersihan serta arahan pihak berkuasa. Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja menjejaskan keselamatan pengguna, malah boleh mengakibatkan tindakan undang-undang yang tegas.
Hukuman:
OKS dijatuhi denda RM5,000
Denda telah dijelaskan sepenuhnya.