Urutan Tradisional PakTeh Din

  • Home
  • Urutan Tradisional PakTeh Din

Urutan Tradisional PakTeh Din Urutan Tradisional diuruskan sepenuhnya oleh Jamaludin Md.Isa (PakTehDin). Beroperasi setiap hari. M

semoga bermanfaat
08/04/2023

semoga bermanfaat

Petua orang kampung

Kenal tak pokok ni..

Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.

Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya.. pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.

Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa s**a cuba boleh je dan tak s**a abaikan.

Antaranya :

*Menurunkan darah tinggi*

Rebus beberapa helai daun pandan dengan s**atan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.

*Mengubati lemah saraf*

Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Mengatasi lemah syahwat*

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Menurunkan bacaan gula*

Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.

*Mencuci kewanitaan*

Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.

*Merawat gaot*

Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.

*Menghilangkan bau badan*

Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.

*Matikan kuman dalam darah*

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

*Menurunkan Kolesterol*

Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

*Mengatasi sembelit*

Rebus daun pandan dan minum airnya.

*Melembutkan daging*

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

*Buka selera makan*

Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.

*Makanan tidak cepat basi*

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

*Merawat rambut*

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

*Melicinkan kulit*

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah*

Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.

*Pewangi alami*

Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

*Merawat susah tidur*

Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal... Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.

*Pewarna asli*

Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

*Buang angin dalam badan*

Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam

*Mengecutkan rahim*

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

*Wallahualam*

06/10/2022
Selamat menyambut bulan ramadan dan selamat berpuasa..mana² yg nk mengurut boleh set masa dgn pakteh ya
02/04/2022

Selamat menyambut bulan ramadan dan selamat berpuasa..

mana² yg nk mengurut boleh set masa dgn pakteh ya

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua muslimin dan muslimat iklas daripada PakTeh Din seisi keluarg...
12/05/2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua muslimin dan muslimat iklas daripada PakTeh Din seisi keluarga☺️

salam ramadhan kareem pakteh ucapkan..semoga ibadah puasa kita tahun ni lebih baik dari sebelumnya
12/04/2021

salam ramadhan kareem pakteh ucapkan..semoga ibadah puasa kita tahun ni lebih baik dari sebelumnya

KHASIAT & KELEBIHAN DAUN POKOK KAPAL TERBANG.Kenapa saya nak share tentang khasiat daun pokok kapal terbang ni?sebabnya ...
08/02/2021

KHASIAT & KELEBIHAN DAUN POKOK KAPAL TERBANG.

Kenapa saya nak share tentang khasiat daun pokok kapal terbang ni?

sebabnya ramai antara kita yang masih tak tahu akan kewujudan pokok ini apatah lagi khasiat yang ada pada daun pokok kapal terbang ni.

sampaikan ada yg ingat daun pokok ni ada kena mengena dengan minyak untuk dijadikan bahan bakar kapal terbang…..mungkin sebab nama dh ada kapal terbang so mungkin la ada sangkut paut dengan terbang…hehe..

no dear…no..pokok ni takde sangkut paut dengan kapal terbang, jet, helikopter atau yang terbang seangkatan dengannya

dan pokok ini sebenarnya adalah spesies yang hampir PUPUS…

dulu, pokok ni memang banyak tumbuh meliar terutama di kawasan kampung-kampung sebab pokok ni mudah tumbuh dipelbagai jenis tanah sama ada tanah mineral, tanah gambut, tanah bris, tanah yang berbatu tepi-tepi jalan even tanah yang bermasalah pun dia boleh tumbuh jugak… survival sungguh… pendek kata asalkan ada cahaya matahari dan hujan…

tapi sekarang ramai yg bagitahu dah susah nak jumpa.. sebab tumbuhan ni tumbuh dalam kawasan semak samun so habis semua kena tebas… dan pokok ni jenis kuat makan baja dikawasan tanaman dan jika tidak dimusnahkan boleh menjejaskan hasil tanaman.

Nama saintifik pokok ni Eupatorium odoratum Linn merupakan sejenis rumpai dari keluarga ASTERACEAE. Juga dikenali sebagai Pokok Jepun, Pokok Jerman, Christmas Bush, Siam W**d, Baby Tea dan Bitter Bush.

Jom tengok apa yang orang-orang tua biasanya guna dengan pokok daun kapal terbang ni…

1. Daun kapal terbang dijadikan ubat luka kerana daun kapal terbang boleh menghentikan pendarahan. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dah ditampal pada bahagian yang luka tu.

2. Ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. Caranya daun kapal terbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan busa (buih). buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut

3. Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan

4. Ibu-ibu yang lepas bersalin guna untuk bertunku. Daun kapal terbang ini juga boleh dijadikan sebagai herba mandian atau herba wap.

5. Mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak.

kita jaga kita..patuhi SOP..sayangi orang² yg tersayang
19/01/2021

kita jaga kita..patuhi SOP..sayangi orang² yg tersayang

Salam jumaat semua..pakteh dah sediakan barcode dan hand sanitizer. Nanti kalau dah mai boleh scan nah untuk kesejahtera...
07/08/2020

Salam jumaat semua..pakteh dah sediakan barcode dan hand sanitizer. Nanti kalau dah mai boleh scan nah untuk kesejahteraan kita semua..pakteh pon kena ikut sop😁🙏




👇👇
www.wasap.my/601112538898/PaktehDinUrut

Jangan lupa like/follow fb page Urutan Tradisional PakTeh Din.

Assalamualaikum..Mohon patuh SOP mana yg nak mai ngurut tu yaApa2 nk tnya bole call @ ws pakteh 01112538898 / 0134709506
03/08/2020

Assalamualaikum..Mohon patuh SOP mana yg nak mai ngurut tu ya

Apa2 nk tnya bole call @ ws pakteh 01112538898 / 0134709506

05/06/2020

Assalamualaikum..semua sihat ka?? mengurut berjalan seperti biasa, ada spa2 nak mngurut boleh call/ws pakteh ya

Selamat berpuasa bg semua yg menyambut bulan ramadhan dri pakteh
24/04/2020

Selamat berpuasa bg semua yg menyambut bulan ramadhan dri pakteh

06/01/2020

Bismillahirahmahnirahim..assalamualaikum semua, selamat tahun baru 2020. Semoga urusan kita didunia dan akhirat berjalan lancar, pakteh doakan semua sihat2 belaka, kalau tak sihat, meh ngurut kat pakteh.

Address


05250

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 23:00
Friday 09:00 - 23:00
Saturday 09:00 - 23:00
Sunday 09:00 - 23:00

Telephone

+601112538898

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Urutan Tradisional PakTeh Din posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram