Optometris Faizah

Optometris Faizah Pusat Cermin Mata Dan Kanta Sentuh Pilihan Anda. Optometrist Faizah's Official Page .

We'll be glad to share some info of our eyewear centre and provide good customer services . Daily Operation Hours ☛ 9.30 AM ☞ 6.30 PM
Call us ☛ +604-7349648 / +6019-3349648

Pagi buka laptop.Petang masih di skrin.Berbuka pun depan komputer.Sampai tengah malam… mata masih bekerja.Bukan badan sa...
12/03/2026

Pagi buka laptop.
Petang masih di skrin.
Berbuka pun depan komputer.
Sampai tengah malam… mata masih bekerja.

Bukan badan saja penat, mata juga perlukan rehat.

Amalkan:
-Rehatkan mata setiap 20 minit
-Kelip mata dengan kerap
-Pastikan pencahayaan mencukupi

Ramadan waktu kita mendekati Al-Quran. Jika ayat-ayat Al-Quran sudah mula kabur, mungkin mata sedang meminta perhatian. ...
10/03/2026

Ramadan waktu kita mendekati Al-Quran. Jika ayat-ayat Al-Quran sudah mula kabur, mungkin mata sedang meminta perhatian. Pemeriksaan mata boleh membantu anda membaca Al-Quran dengan lebih selesa dan penuh penghayatan, in sha Allah.

Live berjam-jam untuk cari rezeki raya…jangan sampai mata p**a yang ‘overwork’. Kalau selalu kecilkan mata baca komen, m...
08/03/2026

Live berjam-jam untuk cari rezeki raya…
jangan sampai mata p**a yang ‘overwork’. Kalau selalu kecilkan mata baca komen, mungkin sudah tiba masanya untuk dapatkan pemeriksaan penglihatan.

Asap dapur? Wap panas? Minyak percik? Cahaya matahari petang yang terik?Semua ini menyebabkan:-Mata pedih-Mata kering-Ma...
02/03/2026

Asap dapur? Wap panas? Minyak percik? Cahaya matahari petang yang terik?

Semua ini menyebabkan:
-Mata pedih
-Mata kering
-Mata berair berlebihan
-Silau & tidak selesa

Kurangnya pengambilan air dan hidrasi sepanjang hari menyebabkan lapisan air mata tidak stabil lalu mata menjadi lebih sensitif terhadap cahaya dan haba sekeliling terutamanya ketika penyediaan juadah berbuka.

Anda boleh amalkan tips seperti berikut:
1. Pastikan pencahayaan dapur mencukupi
2. Elakkan terlalu dekat dengan asap
3. Rehatkan mata seketika
4. Sekiranya kerap berasa tidak selesa, terus dapatkan pemeriksaan mata dengan segera dan jangan ditangguh.

P.S: Bolehkah saya titis mata guna eye-mo? Dibenarkan dan tidak membatalkan puasa menurut pandangan kebanyakan ulama dan fatwa semasa. Ini kerana mata tidak dianggap sebagai liang terbuka (seperti mulut/hidung) yang menghubungkan terus ke sistem pencernaan, walaupun rasa ubat sedikit terasa di tekak.

Jaga puasa, jaga diri, jaga mata!

Tengah godek resipi Khairul Aming ke tu? Haaaaa. Berbuka dengan yang manis itu sunnah, tapi pastikan yang manis juga ber...
01/03/2026

Tengah godek resipi Khairul Aming ke tu? Haaaaa. Berbuka dengan yang manis itu sunnah, tapi pastikan yang manis juga beri manfaat. Buah peach ada nutrisi untuk mata: Vitamin A, Vitamin C dan Lutein & Zeaxanthin!✨

Namun begitu, peach cobbler perlulah dimakan secara bersederhana kerana ia tinggi gula. Untuk versi sihat dan 'mesra mata':
-Kurangkan gula dalam resipi
-Lebihkan buah peach segar
-Tambah sedikit kekacang (untuk vitamin E)

Selamat mencuba!

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.Ia juga tentang menjaga nikmat yang sering kita lupa… termasuk nikmat mel...
26/02/2026

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
Ia juga tentang menjaga nikmat yang sering kita lupa… termasuk nikmat melihat. Rehatkan mata. Cukupkan air sewaktu berbuka hingga bersahur. Kurangkan skrin.

Kesilapan kecil di dapur kadangkala berpunca daripada penglihatan yang kurang jelas. Pastikan cermin mata sentiasa dipak...
24/02/2026

Kesilapan kecil di dapur kadangkala berpunca daripada penglihatan yang kurang jelas. Pastikan cermin mata sentiasa dipakai dengan preskripsi terkini agar setiap persiapan sepanjang bulan Ramadan berjalan lancar dan selamat.

P. S: Kalau masih dengan preskripsi lama, jom buat pemeriksaan mata sebelum Raya tiba!

1 Hari 1 Eye-su tiba, 1 Hari 1 Eye-su tiba lagi!Nantikan sketsa-sketsa dan info menarik daripada kami sepanjang bulan Ra...
22/02/2026

1 Hari 1 Eye-su tiba, 1 Hari 1 Eye-su tiba lagi!
Nantikan sketsa-sketsa dan info menarik daripada kami sepanjang bulan Ramadhan ini. Jumpa esok, kawan-kawan!

Ahlan wa Sahlan wa marhaban ya Ramadan!Di dalam surah al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud:“Wahai orang-orang yang berima...
21/02/2026

Ahlan wa Sahlan wa marhaban ya Ramadan!

Di dalam surah al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Sabda Nabi Muhammad ﷺ:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ﷻ, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu. (Riwayat Al-Bukhari)

Semoga dengan kemuliaan dan kelebihan bulan Ramadan ini kita dapat lebih bersemangat dan berusaha sebaik mungkin untuk beribadah kepada Allah SWT dan mengamalkan amal kebaikan yang dituntut. Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah!

Tahukah anda?Air kolam boleh memerangkap kuman di bawah contact lens dan meningkatkan risiko jangkitan. Elakkan contact ...
18/02/2026

Tahukah anda?
Air kolam boleh memerangkap kuman di bawah contact lens dan meningkatkan risiko jangkitan. Elakkan contact lens semasa berenang. Selamat bercuti dan selamat menyambut bulan Ramadan!

Eye’ll be seeing you to hear your eye-pinion.
17/02/2026

Eye’ll be seeing you to hear your eye-pinion.

Selamat Tahun Baharu Cina! Semoga tahun ini membawa kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan, dan penglihatan yang ...
17/02/2026

Selamat Tahun Baharu Cina! Semoga tahun ini membawa kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan, dan penglihatan yang jelas untuk menikmati setiap detik indah anda.

Address

No. 45, Jalan Langgar
Alor Setar
05460

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:30
Tuesday 09:30 - 18:30
Wednesday 09:30 - 18:30
Thursday 09:30 - 18:30
Saturday 09:30 - 18:30
Sunday 09:30 - 18:30

Telephone

+6047349648

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Optometris Faizah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category