Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah Menyampaikan info pemakanan dan gaya hidup sihat serta mengupas isu-isu pemakanan terkini

22/04/2026

"Air Manis Penyumbang Kepada Kenaikan Berat Badan 🤦‍♀️"

Nampak macam biashe-biashe jer.. Tapi rupa-rupanya kalori 1 hidangan minuman manis yang viral masa kini menyamai dengan kalori sepinggan nasi🤯🤯🤯. Lebih dahsyat lagi ada individu yang gemar makan nasi bersama-sama dengan air manis😵‍💫.
Tabiat begini amatlah bahaya jika diamalkan selalu.

Nak kenyang dengan nasi atau nak kenyang dengan air manis?
Pilihan di tangan anda. Jika anda bijak, anda akan pilih kenyang dengan nasi yang dimakan bersama protein, sayur serta buah. Bukan kenyang dengan air manis yang langsung tiada kandungan zat atau nutrien. Lagipun kenyang nya sekejap sahaja. Lepas tu mula la nak cari makanan lain.

Buatlah pilihan yang bijak kerana pilihan anda itu akan menentukan masa depan anda. Ingat, kesihatan perlu dijaga dari sekarang sebelum penyakit menjengah kita.



"Comel Sekarang, Tapi..." 💔Kita selalu dengar cakap-cakap orang dulu, "Alah, nanti dah besar, dia tinggi lah tu, susutla...
21/04/2026

"Comel Sekarang, Tapi..." 💔
Kita selalu dengar cakap-cakap orang dulu, "Alah, nanti dah besar, dia tinggi lah tu, susutlah lemak tu." Tapi realitinya, statistik tidak berkata begitu.

Statistik menunjukkan realiti yang agak membimbangkan. Jika kita rasa obesiti ini cuma "fasa kanak-kanak", data membuktikan sebaliknya. Berdasarkan tinjauan dan data kesihatan terkini (termasuk unjuran daripada kajian NHMS Malaysia):

Kebarangkalian Kanak-kanak Obes menjadi Dewasa Obes adalah 70% hingga 80%. Kanak-kanak yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti pada usia 6 hingga 8 tahun berkemungkinan besar akan kekal obes sehingga dewasa.

Nisbah 3:10: Daripada 10 orang kanak-kanak yang obes secara purata hanya 3 orang sahaja yang berjaya mencapai berat badan normal apabila dewasa. 7 yang lain terus bergelut dengan masalah berat badan.

Justeru itu, Obesiti kanak-kanak bukan sekadar isu rupa paras, tapi isu masa depan mereka.

Kenapa kita perlu risau?
Ia boleh membawa kepada:
⚠️ Kencing manis awal
⚠️ Tekanan darah tinggi
⚠️ Keyakinan diri rendah
⚠️ Risiko penyakit kronik bila dewasa

Jadi Jom Ubah "Sayang" Kepada "Tindakan" 🛡️
Sayangkan anak bukan bermaksud kita penuhi setiap permintaan makanan segera atau air manis mereka. Sayang yang sebenar adalah memastikan tubuh mereka mampu bertahan lama untuk melihat dunia.

Jom Langkah Kecil, Impak Besar:
Suku-Suku Separuh: Jadikan pinggan sihat sebagai rutin, bukan paksaan.

Air Kosong adalah Hero: Gantikan air kotak/manis dengan air kosong. Letak botol air comel untuk tarik minat mereka.

Aktif Bersama: Jangan suruh anak bersenam sorang-sorang. Jom bawa mereka ke taman, kayuh basikal, atau sekadar berkejar-kejaran di laman rumah.

Tidur Cukup: Kurang tidur sebenarnya mengganggu hormon lapar anak-anak, membuatkan mereka mahu makan lebih banyak.

Ibu Ayah, jom kita mulakan hari ini.mulakan dengan langkah pertama untuk kesayangan kita..


Program Menu Sihat Perpaduan Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026🥗🗓️Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)⏰Masa: 10.00 pagi - 2.00 p...
19/04/2026

Program Menu Sihat Perpaduan Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026🥗

🗓️Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
⏰Masa: 10.00 pagi - 2.00 petang
📍Tempat: Alor Star Mall

Anjuran: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kedah

Peserta terdiri daripada Guru, Penolong Guru, ibu bapa dan waris serta murid-murid Taska dan Tabika Perpaduan dari setiap daerah di negeri Kedah.

Antara aktiviti yang dijalankan:
📌 Pameran pemakanan sihat
📌 Ceramah pemakanan sihat oleh Pn Siti Nurhamiza binti Rosali, Pegawai Sains Pemakanan
📌 Kuiz Piramid Makanan Sihat-Permainan Interaktif
Kanak-kanak Taska Perpaduan Berkump**an
📌 Demonstrasi Menu Sihat oleh pelajar Food Institute of Malaysia
📌 Pertandingan Chef Cilik
📌 Pertandingan Bento Sihat
📌 Pertandingan Papa Chef Mama Deco

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Musa bin Kamis, Timbalan Pengarah Perpaduan Negeri Kedah. Turut hadir, Pn. Suriana binti Johari, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Semoga program sebegini diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memupuk amalan pemakanan sihat.




Dengarkan bicarawara i-Sihat pada 6 April 2026 (Isnin) jam 12.15 tengah hari secara langsung di KEDAHfm bersama Pn. Siti...
05/04/2026

Dengarkan bicarawara i-Sihat pada 6 April 2026 (Isnin) jam 12.15 tengah hari secara langsung di KEDAHfm bersama Pn. Siti Khairunnisa binti Pauzi, Pegawai Sains Pemakanan, Klinik Kesihatan Kepala Batas, Kedah.

01/04/2026

Bagi para ibu hamil di luar sana, jangan lagi percaya kepada mitos: Ibu mengandung perlu makan untuk “Dua Orang”!! Pemakanan sewaktu mengandung adalah penting untuk memastikan peningkatan berat badan yang ideal dan sihat seperti yang disarankan.

📣Pesanan untuk semua WANITA 🌸 Wanita Sihat, Wanita Anggun 🌸Dalam kesibukan harian dalam menguruskan keluarga dan kerjaya...
29/03/2026

📣Pesanan untuk semua WANITA

🌸 Wanita Sihat, Wanita Anggun 🌸

Dalam kesibukan harian dalam menguruskan keluarga dan kerjaya, kadang-kadang WANITA lupa satu perkara penting iaitu diri sendiri 💔

Hakikatnya, nak jadi wanita yang kuat, ceria & yakin, kita perlu mula dengan kesihatan diri 💪✨

Tak perlu tunggu masa lapang, tak perlu gym mahal! Dengan aktiviti seperti:
👉 Jalan kaki 🚶‍♀️
👉 Buat kerja rumah 🧹
👉 Naik turun tangga 🏃‍♀️
👉 Senaman ringan 30 minit sehari

Semua ni dah cukup untuk bantu:
✔️ Tingkatkan kecergasan fizikal
✔️ Kuatkan tulang & otot
✔️ Kurangkan risiko penyakit kronik
✔️ Tingkatkan keyakinan diri 💃

Ingat, wanita yang sihat akan lebih bersinar dari dalam 💖

💬 Tag kawan/isteri/mak/kakak, wanita yang anda sayangi ❤️

Musim raya ni, anak-anak kita mesti seronok dapat Duit Raya kan. Anak- anak menakan admin pun admin bagi duit raya juga....
27/03/2026

Musim raya ni, anak-anak kita mesti seronok dapat Duit Raya kan. Anak- anak menakan admin pun admin bagi duit raya juga. Seronok tengok depa beraya 🥰

Tapi marin admin pi Kedai Runcit kat Kampung nu, admin perasan, ramai budak-budak yang borong sakan beli coklat, gula-gula & air manis? Kalah admin depa pi borong gula2 coklat tu.😅😅

Bagi admin Tak Salah nak bagi mereka enjoy… tapi kena ada kawalan ya 😊

💡 Cadangan untuk ibu ayah:
• Bahagikan duit raya – simpan, belanja & sedekah
• Hadkan pembelian makanan manis
• Galakkan beli pilihan lebih sihat (buah potong, yogurt, susu kotak, air minuman yang kurang manis, produk yang ada logo pilihan lebih sihat, kek homemade kurang gula dan lain2 lagi)

🍭 Kenapa kena kawal makanan manis?
Terlalu banyak gula boleh:
– Tingkatkan risiko karies gigi
– Menyumbang kepada obesiti kanak-kanak
– Ganggu tenaga & fokus anak (kejap aktif, lepas tu lesu)

🥗 Didik anak dari kecil:
Ajar mereka beza “nak” vs “perlu”
Latih mereka buat pilihan bijak dengan duit sendiri

Bukan tak boleh beli gula-gula… tapi biar berpada-pada 🍬

Ingat ya, kesihatan anak adalah pelaburan jangka panjang kita..selamat hari Raya semua, admin sayang hampa-hampa semua❤️❤️



Hampa kat “negeri sebelah matahari” ok ka tu..hangat lit-lit noh..Cuaca panas masa beraya ni, minum air kosong secukupny...
23/03/2026

Hampa kat “negeri sebelah matahari” ok ka tu..hangat lit-lit noh..Cuaca panas masa beraya ni, minum air kosong secukupnya untuk hilangkan dahaga! Kurangkan minuman manis yang mungkin menambah pengambilan kalori tanpa sedar!

22/03/2026

Raya Challenge 2026 – Day 2
🚫 STOP makan lepas 8.30 malam

Ramai orang berjaya kawal makan siang hari…
Tapi “tewas” bila masuk malam 😅

Lepas Isyak, mula mengunyah…
Kerepek, kuih raya, air manis tanpa sedar.

👉 Hakikatnya, makan lewat malam:
❌ Mudah terlebih kalori
❌ Ganggu metabolisme
❌ Cepat naik berat
❌ Tingkatkan risiko kencing manis

💡 Cabaran hari ini:
✅ Stop makan selepas 8.30 malam
✅ Kalau lapar, minum air kosong dulu
✅ Sibukkan diri (solat, kemas rumah, rehat awal)

🔥 Siapa join challenge ni, komen “DONE DAY 2”!

Kisah di petang Hari RayaPetang semalam anak pegang bahulu, saya hulur epal. Dia tanya, “Kenapa tak boleh makan bahulu j...
22/03/2026

Kisah di petang Hari Raya

Petang semalam anak pegang bahulu, saya hulur epal. Dia tanya, “Kenapa tak boleh makan bahulu je?” Saya senyum 😊 Bahulu sedap, tapi cepat buat kita lapar dan gula naik mendadak. Epal p**a bantu kenyang lebih lama dan baik untuk perut. Bukan tak boleh makan, cuma belajar seimbang. Kesihatan ni bukan tentang larang, tapi tentang pilihan setiap hari.



Makan ketupat bersama rendang,Saling bermaafan lupakan kesilapan,Pilih santapan secara seimbang,Pinggan Sihat Malaysia j...
21/03/2026

Makan ketupat bersama rendang,
Saling bermaafan lupakan kesilapan,
Pilih santapan secara seimbang,
Pinggan Sihat Malaysia jadikan panduan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada,
Nutritionist Kedah♥️



Address

Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri
Alor Setar
05400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

https://sites.google.com/moh.gov.my/pemakanankedah/halaman-utama

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah:

Share