Hospital Sultanah Bahiyah

Hospital Sultanah Bahiyah Facebook Rasmi HSB. Sebarang pertanyaan atau aduan mohon kemukakan secara emel hsb@moh.gov.my

17 Perkhidmatan Kepakaran

Perubatan Am (Gastroentrologi, Nefrologi, Kardiologi, Perubatan Respiratori, Dermatologi dan Penyakit Berjangkit)
Pembedahan Am (Kolorektal, Pembedahan Pediatrik, Plastik dan Rekonstruktif, Urologi, Hepatopankreatobiliari dan Neurosurgeri)
Ortopedik (Arthroplasti dan Spinal)
Pediatrik (Rawatan Rapi Pediatrik)
Obstetrik dan Ginekologi (Gynae Oncology, Maternal Fetal, Repr

oductive dan Urogynaecology)
Anestesiologi (Rawatan Rapi)
Otorinolaringologi (Pediatrik dan Head and Neck)
Oftalmologi (Glaucoma, Vitroretina, Kornea)
Psikiatri (Psikiatri dalam Komuniti)
Forensik (Histopatologi)
Anatomical Pathology Microbiology Hematology (Gastrointestinal and Liver Pathology)
Oral Maksilofacial
Radiologi
Perubatan Transfusi
Perubatan Kecemasan
Pergigian Pediatrik
Perubatan Rehabilitasi

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ | ๐Ÿญ ๐— ๐—ฒ๐—ถโ€œ๐—ฃ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ, ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—บ๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎโ€Hari ini kita meraikan dedikasi, komitmen dan pengorbanan sel...
01/05/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ | ๐Ÿญ ๐— ๐—ฒ๐—ถ

โ€œ๐—ฃ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ, ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—บ๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎโ€

Hari ini kita meraikan dedikasi, komitmen dan pengorbanan seluruh warga kerja yang menjadi tulang belakang kepada kemajuan organisasi dan negara.

Setiap usaha, sekecil mana pun, menyumbang kepada perubahan besar. Dalam semangat Malaysia MADANI, marilah kita terus memperkukuh nilai integriti, profesionalisme dan semangat kebersamaan dalam setiap tugasan yang diamanahkan.

Terima kasih kepada semua pekerja yang sentiasa berkhidmat dengan penuh iltizam dan keikhlasan. Anda adalah nadi kekuatan, pencetus kemajuan dan kebanggaan bangsa.

Selamat Hari Pekerja 2026!
Terus melangkah maju, bersama membina masa depan yang lebih gemilang.

๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—น?Tahukah anda, pembuangan ubat ke dalam sumber air melalui sinki atau tandas...
30/04/2026

๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—น?

Tahukah anda, pembuangan ubat ke dalam sumber air melalui sinki atau tandas boleh menyebabkan kesan pencemaran alam sekitar. Loji kumbahan tidak berupaya merawat sisa kimia dalam air kumbahan. Sisa ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia larut air boleh memasuki sistem pengairan dan membahayakan hidupan akuatik. Pesakit disarankan agar memulangkan semula ubat-ubatan tersebut ke hospital atau klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan agar pelupusan ubat boleh dilakukan dengan cara yang betul.

Langkah mudah:

1. Bawa ubat yang sudah luput, rosak, atau tidak digunakan lagi ke hospital/klinik

2. Berikan ubat tersebut kepada pegawai farmasi di kaunter farmasi untuk dimasukkan ke dalam kotak MyMediSAFE.

3. Selesai! Kami akan menguruskan pelupusan ubat secara selamat dan mesra alam.

Gambar menunjukkan Bin Pengumpulan Ubat di Farmasi Klinik Pakar, Hospital Sultanah Bahiyah. Disitulah tempatnyaโ€ฆ

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—ž | ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSatu lawatan akademik dan kerjaya melibat...
29/04/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—ž | ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Satu lawatan akademik dan kerjaya melibatkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) S*k ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) telah berjaya dilaksanakan semalam. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai realiti dunia perubatan.

Sesi dimulakan dengan taklimat penuh pengisian daripada Dr. Nurulaiman binti Idris, Ketua Unit Medicolegal HSB. Beliau bukan sahaja memperkenalkan fungsi HSB, malah berkongsi selok-belok laluan kerjaya untuk bergelar seorang pengamal perubatan. Pelajar juga berpeluang mendengar perkongsian daripada Encik Ismudi bin Mohamad Sanusi mengenai konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI), satu aspek penting yang menekankan kepentingan aspek kerohanian dalam perawatan pesakit.

Lebih mengujakan, pelajar-pelajar dibawa melawat jabatan-jabatan antaranya Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Perubatan Transfusi dan juga Jabatan Rehabilitasi. Perkongsian yang disampaikan oleh petugas di setiap jabatan telah memberikan pendedahan luas mengenai perkhidmatan kesihatan dan juga perspektif baharu kepada pelajar terutamanya dalam laluan kerjaya dalam bidang perubatan.

Semoga perkongsian ini membakar semangat anak-anak SMKA S*k untuk bersama menceburkan diri dalam bidang ini demi kesinambungan perkhidmatan kesihatan awam yang mampan, berdaya saing, dan berkualiti tinggi pada masa hadapan. Turut hadir dalam sesi ini ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan), Puan Premelatha a/p Marimuthu.

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ!Di celah-celah dedaunan pokok, sang mentari kembali bersinar, setelah cahaya rembulan mengundur diri....
29/04/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ!

Di celah-celah dedaunan pokok, sang mentari kembali bersinar, setelah cahaya rembulan mengundur diri. Tiada keluhan dan tanpa bosan, tetap setia menerangi kehidupan di dunia ini.

Marilah kita mulakan hari dengan langkah yang positif, fikiran yang tenang dan hati yang sabar.

Corakkan perjalanan hari ini, supaya lebih baik daripada semalam.

๐™†๐™ช๐™–๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ž ๐˜ฟ๐™ž ๐˜ผ๐™ฉ๐™–๐™จ ๐™‹๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™–๐™ฃ, ๐™†๐™š๐™จ๐™ž๐™๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐˜ฟ๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™‚๐™š๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™–๐™ข๐™–๐™ฃDi Hospital Sultanah Bahiyah, kami tidak hanya menghidangkan makanan, ...
28/04/2026

๐™†๐™ช๐™–๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ž ๐˜ฟ๐™ž ๐˜ผ๐™ฉ๐™–๐™จ ๐™‹๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™–๐™ฃ, ๐™†๐™š๐™จ๐™ž๐™๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐˜ฟ๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™‚๐™š๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™–๐™ข๐™–๐™ฃ

Di Hospital Sultanah Bahiyah, kami tidak hanya menghidangkan makanan, kami juga menyajikan ketenangan.

HSB menggabungkan Piawaian Halal JAKIM dengan amalan keselamatan makanan yang paling ketat demi kesejahteraan anda. Kami percaya bahawa kesembuhan juga berkait rapat dengan sajian yang berkhasiat, bersih, suci, dan selamat. Nikmati hidangan kami tanpa was-was kerana di sini, Sajian Halal Terjamin.

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—œ๐—ฌ๐—”๐—› ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸTahniah buat seluruh warga Hospital Sultanah Bahiyah atas kejayaan memperbaharui Pe...
27/04/2026

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—œ๐—ฌ๐—”๐—› ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Tahniah buat seluruh warga Hospital Sultanah Bahiyah atas kejayaan memperbaharui Pensijilan 3 Star Energy Management Gold Standard!

Majlis Penganugerahan Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli & Kelestarian Alam, YB Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu majlis rasmi yang berlangsung hari ini, 27 April 2026, di Hotel EQ Kuala Lumpur. HSB telah diwakili oleh YBrs Dr. Nukman bin Hussain, Timbalan Pengarah Perubatan. Ini adalah suatu detik bermakna yang mencerminkan pengiktirafan di peringkat nasional terhadap usaha berterusan hospital dalam pengurusan tenaga yang cekap dan lestari.

Kejayaan ini bukan sekadar simbol, tetapi bukti komitmen tinggi dalam mengurangkan pembaziran tenaga, meningkatkan kecekapan operasi serta menyokong agenda kelestarian alam sekitar. Di sebalik perkhidmatan kesihatan yang cemerlang, terserlah usaha gigih warga kerja yang sentiasa berinovasi demi masa depan yang lebih hijau. Turut serta menerima anugerah ialah wakil dari beberapa hospital lagi di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Teruskan melakar kecemerlangan!

๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐—œ๐—•๐—”๐——๐—”๐—› (๐—›๐— ๐—œ) | ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒHospital Sultanah Bahiyah telah melaksanakan Audit Silang Hospit...
27/04/2026

๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐—œ๐—•๐—”๐——๐—”๐—› (๐—›๐— ๐—œ) | ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Hospital Sultanah Bahiyah telah melaksanakan Audit Silang Hospital Mesra Ibadah (HMI) sebagai usaha menilai tahap pelaksanaan inisiatif HMI di hospital ini, di samping sebagai persediaan menghadapi Audit Mesra Ibadah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan pada bulan Mei 2026.

Audit ini melibatkan penglibatan panel auditor luar yang terdiri daripada pegawai berpengalaman dalam bidang Hal Ehwal Islam dan perkhidmatan kesihatan, iaitu Ustaz Redzuan bin Ahmad dan En. Mat Zamani bin Jarik dari Hospital Sultan Abdul Halim serta Ustaz Mohd Amrullah bin Md Yusoff dari Hospital Baling. Penglibatan panel ini memastikan proses penilaian dilaksanakan secara telus, sistematik dan menyeluruh.

Sepanjang sesi audit, penilaian telah dijalankan terhadap pelbagai aspek termasuk pelaksanaan program, kemudahan ibadah serta amalan Hospital Mesra Ibadah dalam kalangan warga hospital. Pelaksanaan audit ini mencerminkan komitmen berterusan pihak hospital dalam memperkukuh budaya kerja berteraskan nilai-nilai Islam serta memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah lebih holistik dan menyeluruh kepada pesakit.

Semoga pelaksanaan audit ini dapat terus mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan serta memperkukuh lagi pelaksanaan inisiatif Hospital Mesra Ibadah di Hospital Sultanah Bahiyah.

๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž-๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ž๐—”๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ฅ | ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒHospital Sultanah Bahiyah (HSB) berbe...
27/04/2026

๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž-๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ž๐—”๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ฅ | ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) berbesar hati menerima lawatan dan sumbangan yang disampaikan oleh Persatuan Penyokong Penjagaan Kanak-Kanak Kanser (CRISO) dari Pulau Pinang yang diketuai oleh Madam Wendy.

Delegasi yang disambut oleh Dr. Teh Chair Ying dibawa ke wad 5B untuk penyerahan kit bantuan untuk pesakit. Dalam sesi yang sama, delegasi turut meluangkan masa beramah mesara dengan pesakit yang sedang menerima rawatan.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada pesakit-pesakit di HSB.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—กMerafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yan...
27/04/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Tunku Shazuddin Ariff ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah pada 27 April 2026 bersamaan 09 Zulkaedah 1447H.

Dirgahayu Tuanku.

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ก๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐—จ๐—ฃ๐——๐—”๐—ง๐—˜ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—”๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒUnit kejururawatan Hospital Alor Setar dengan kerjasama Ho...
27/04/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ก๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐—จ๐—ฃ๐——๐—”๐—ง๐—˜ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—”๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Unit kejururawatan Hospital Alor Setar dengan kerjasama Hospital Sultanah Bahiyah telah berjaya menganjurkan Kursus Nursing Update Hospital Alor Setar yang penuh bermanfaat dan berimpak tinggi.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Dr. Nukman Hussain, Timbalan Pengarah Perubatan III, Hospital Sultanah Bahiyah. Seramai 140 orang jururawat telah mengambil bahagian, terdiri daripada warga kejururawatan Hospital Alor Setar dan Hospital Sultanah Bahiyah.

Kursus ini merupakan satu inisiatif istimewa yang menghimpunkan penceramah daripada pelbagai disiplin dan kepakaran seperti Psikiatri, Respiratori, Penjagaan Luka, Pemulihan Carakerja & Perubatan Endokrinologi. Lebih menarik, kursus ini turut diserikan dengan slot motivasi yang inspiratif daripada Unit Psikologi Kaunseling Hospital Sultanah Bahiyah.

Diharapkan program seperti ini dapat terus memperkukuh pengetahuan, kemahiran serta semangat warga kejururawatan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit di hospital ini.

๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—›๐—ฃ๐—œ๐—”/๐—–๐—น๐—ถ๐—ฆ๐—ค๐—œ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐——๐—”๐—ง๐—” ๐—๐—”๐—ก๐—จ๐—”๐—ฅ๐—œ-๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑPada hari Rabu, 22 April 2026 yang lepas, Ho...
26/04/2026

๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—›๐—ฃ๐—œ๐—”/๐—–๐—น๐—ถ๐—ฆ๐—ค๐—œ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐——๐—”๐—ง๐—” ๐—๐—”๐—ก๐—จ๐—”๐—ฅ๐—œ-๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Pada hari Rabu, 22 April 2026 yang lepas, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) telah menjalani Audit Silang Pematuhan Indikator HPIA/CliSQI bagi data Januari-Disember 2025. Sesi pembukaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) dan disempurnakan oleh Dr Nukman Hussain, Timbalan Pengarah Perubatan III HSB.

Tujuan utama audit silang ini diadakan adalah bagi menilai tahap pematuhan terhadap piawaian yang ditetapkan dalam kamus indikator HPIA/CliSQI KKM. Ia bukanlah bertujuan untuk mencari kesalahan, sebaliknya ia merupakan langkah imperatif bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan, ketelusan data, dan integriti data klinikal sentiasa berada pada tahap tertinggi. Audit ini juga dapat mengenal pasti ruang penambahbaikan serta berkongsi amalan terbaik (best practices) antara fasiliti bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pesakit.

Seramai 24 orang pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Sultanah Maliha, Hospital Baling, Hospital Yan, Hospital S*k dan PKD Kota Setar telah terlibat sebagai juruaudit yang menilai pematuhan indikator di hampir kesemua jabatan klinikal termasuk di Jabatan Farmasi HSB.

Sesi pembentangan penemuan hasil audit telah dipengerusikan oleh Dr Kabirurahman bin Abd Rashid, Timbalan Pengarah Perubatan II HSB. Tahniah diatas pencapaian yang cemerlang dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan sesi audit silang iaitu para juruaudit, Penyelaras Indikator Jabatan/Unit, Pengiring Pasukan Auditors dan terutamanya kesemua pegawai Unit Kualiti HSB yang telah berusaha sehabis baik bagi memastikan sesi audit ini berjalan dengan lancar dan berjaya.

Semoga tindakan pemantauan yang berterusan dikekalkan bagi memastikan standard (piawaian) yang ditetapkan oleh KKM terus dicapai oleh semua.

24/04/2026

Jom muat turun aplikasi MyUbat & pilih cara yang anda sukai untuk membantu pihak hospital mengurangkan kesesakan di kaunter farmasi hospital.

1. Selaraskan temujanji Kaunter
2. โ Ubat Melalui Pos UMP
3. โ Farmasi Pandu Lalu
4. โ Lokar Ubat

Kami amat menggalakkan cara yang ke-2 iaitu Ubat Melalui Pos kerana akan membantu mengurangkan kesesakan di hospital.

Anda pilih, kami ucapkan terima kasih!

Address

Km 6
Alor Setar
05460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sultanah Bahiyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Sultanah Bahiyah:

Share

Category