The Takaful Guy

The Takaful Guy Specialized in,Investment-linked Insurance & Takaful - Education Plan - Retirement Plan - Medical & Health Insurance - Business & Key Man Insurance etc

Sememangnya, tidak akan ada masa yang sesuai untuk anda dapatkan pelan takaful, sehinggalah sudah terlambat.Walaupun kit...
19/01/2024

Sememangnya, tidak akan ada masa yang sesuai untuk anda dapatkan pelan takaful, sehinggalah sudah terlambat.
Walaupun kita semua sedar akan kesannya jika tidak mempunyai perlindungan takaful.
Namun kita masih bertangguh untuk mendapatkan perlindungan takaful.
Kita terdedah dengan berbagai risiko setiap hari, masa kita berjalan, semasa sedang makan, semasa bekerja.
Tanganilah risiko anda, buatlah perancangan secepat mungkin untuk dapatkan perlindungan takaful
Untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan takaful yang sesuai untuk anda, boleh hubungi saya
013-5195185
Hazwan

Few people are aware of the need of careful retirement preparation. Unfortunately, most people don't realise this until ...
14/02/2023

Few people are aware of the need of careful retirement preparation. Unfortunately, most people don't realise this until it's too late, missing out on chances that could have provided them with financial security and peace of mind in their later years.

Because of this, it's essential to think clearly and to begin planning early. Plan your retirement strategy carefully, keep an eye on your financial choices, and make steady progress towards your retirement objectives.

Readers who are clients should contact their financial advisor right away and seek education. It is generally preferable to begin your planning early.

Penting sangat ke Medical Card ni???Seringkali kita mendengar MEDICAL CARD atau KAD PERUBATAN . Kebanyakan dari kita sud...
19/08/2022

Penting sangat ke Medical Card ni???

Seringkali kita mendengar MEDICAL CARD atau KAD PERUBATAN . Kebanyakan dari kita sudah mengetahui secara jelas kelebihan dan manfaat medical card ni .

Di kesempatan ini ingin saya berkongsi beberapa point penting tentang manfaatnya supaya tulisan ini dapat dipanjangkan kepada sahabat sahabat yang masih belum faham tentang medical card.

MEDICAL CARD ialah Kad Perubatan yang dikeluarkan oleh sesebuah Syarikat Takaful bagi membolehkan peserta / orang yang dilindungi mendapat Kos Rawatan percuma di Hospital-hospital Panel seluruh Malaysia. Perkhidmatan ini juga tertakluk kepada jenis Plan insurans (takaful) yang diambil oleh peserta. ini bermaksud MEDICAL CARD ini hanya berfungsi sewaktu sakit sahaja, sebab itulah MEDICAL CARD ini merupakan PROTECTION yang bertindak melindungi duit simpanan kita dari membayar kos rawatan.

PERKARA YANG PENTING ANDA PERLU IALAH mana-mana Syarikat Takaful tidak akan menanggung kos rawatan sakit kita yang sudah sedia ada sebelum anda sign-up MEDICAL CARD. Syarikat hanya menanggung kos rawatan sakit peserta selepas sign-up MEDICAL CARD.

Bayaran caruman peserta setiap bulanan akan ditentukan oleh Syarikat berdasarkan risiko pekerjaan peserta, umur, gaya hidup ( merokok,vape / tak ) serta jantina peserta.

KEPENTINGAN MEDICAL CARD

1) Bila sakit, Anda tak perlu susah2 mengeluarkan duit simpanan anda dalam bank semata-mata untuk bayar Kos Rawatan . Hospital Kerajaan kan ada? kita kena ingat tak semua rawatan di Hospital Kerajaan itu percuma. Tambahan p**a anda terpaksa menunggu giliran, Kadang-kadang terpaksa menunggu berbulan bulan..kesian kan. So, bila ada medical card ni kita boleh terus akses kepada Hospital Panel. Memang selesa, tak perlu susahkan keluarga untuk bayarkan Kos Rawatan kita, dan tak perlu beratur lagi untuk menunggu giliran.

2) Malang tak berbau, takde siapa mintak diuji dengan kesakitan , takde siapa yang s**a di uji dengan sakit kritikal. Takde siapa yang sangka akan berlaku kemalangan malam nanti. Sebab itu lah kita perlukan PROTECTIOAN ( MEDICAL CARD). Bila kita sakit nanti kita akan rasa menyesal sebab tak apply cepat-cepat medical card ni.

3) Tak perlu jual aset untuk bayara kos rawatan, selagi kita ada peluang untuk ambik medical card , sign up cepat-cepat ,sebab bila dah terlambat, menyesal tak sudah. mana nak cari kalau doctor mintak RM100,000 cash. so terpaksa lah jual motor jual kereta jual kebun.

4) Company tempat kerja coverage rendah, kadang-kadag hanya RM10K sahaja, kadang-kadang hanya tanggung sakit biasa sahaja, medical card company ni hanya cover kita waktu kita kerja je, kalau kita diberhentikan sebab sakit kita atau kita dah pencen, mampukah kita menanggung kos rawatan kita.

5) Kos rawatan sakit kritikal amatlah tinggi ,kos rawatan akan meningkat setiap tahun, dengan kos sara hidup yang makin meningkat ini, amat memeritkan jika kita tiada medical card untuk membayar kos sakit kita. Tentunya jika kita diberi pilihan samada rawatan Hospital Kerajaan atau Swasta. kita akan pilih hospital swasta kerana layanan yang selesa, pantas.

6) medical card tak menjadikan anda kaya, tapi tanpa medical card anda boleh muflis. Ramai orang kaya yang kehilangan duit dan aset kerana membayar kos rawatan. Bahkan ada jutawan muflis dan bunuh diri memikirkan kos rawatan .

7) Peruntukan Coverage kos rawatan yang tinggi, sehingga RM1 juta disediakan kepada anda , so anda tak perlu risau dengan kos rawatan anda dan keluarga, namun ia bergantung kepada pakej atau plan medical card anda. Anda perlu membuat pilihan yang bijak dalam pemilihan medical card yang sesuai dengan anda serta sesuai dengan keadaan kos rawatan yang makin meningkat.

So, inilah secara ringkas dan point yang terpenting tentang kepentingan medical card. Yang paling penting ialah anda bertanya kepada Perunding Takaful untuk info lanjut berkenaan medical card

Hibah takaful? Apa itu? Kita selalu dengar tapi tak berapa faham maksudnya.Hibah takaful adalah hibah bersyarat di mana ...
10/08/2022

Hibah takaful? Apa itu? Kita selalu dengar tapi tak berapa faham maksudnya.

Hibah takaful adalah hibah bersyarat di mana waris akan mendapat pampasan apabila penyumbang telah meninggal dunia. Hibah takaful boleh dikatakan aset mudah cair yang boleh digunakan untuk pelbagai keperluan seperti melangsaikan hutang si mati, menyara anak-anak yang masih kecil, atau suri rumah yang tidak bekerja.

Pampasan hibah takaful boleh diperolehi dalam tempoh sebulan berbanding proses pengurusan harta pusaka yang memakan masa sekurang-kurangnya 3 bulan. Pengendali takaful juga semakin mempelbagaikan produk yang berkaitan dengan hibah takaful bagi menarik minat masyarakat memilih produk mereka.

Untuk pengetahuan produk hibah takaful biasanya limit sehingga 60 tahun sahaja, tetapi ada juga pakej sehingga umur 80 tahun, bahkan ada pakej sampai umur 100 tahun! Bergantung pada polisi syarikat mana yang kita pilih. Cuma bila pilih pakej sehingga 80-100 tahun ni, kadar bayaran bulanan lebih tinggi berbanding pakej 60 tahun.

Berikut disenaraikan 5 sebab kenapa kita perlu mengambil hibah takaful:

1. Penggantian Pendapatan
Dalam era yang mencabar dengan peningkatan kos sara hidup, jika kita membuat simpanan RM50 sebulan, simpanan setahun akan berjumlah RM600. Dalam tempoh 5 tahun, simpanan terkumpul berjumlah RM3,000.

Apa jadi jika kita meninggal dunia dalam tempoh 5 tahun tersebut? Kita hanya akan dapat meninggalkan waris kita iaitu anak dan isteri sebanyak RM3,000.

Dengan hibah takaful, sumbangan RM80 membolehkan kita meninggalkan waris sehingga RM200,000. Banyak perbezaannya bukan?

Walaubagaimanapun, nilai sumbangan masih bergantung kepada umur, keadaan kesihatan, dan produk yang ditawarkan oleh pengendali takaful masing-masing.

2. Penyelesaian Hutang
Apabila seseorang meninggal dunia, segala hutang piutang perlu dijelaskan oleh waris. Dengan hibah takaful, waris dapat menggunakan sumber tersebut untuk menjelaskan hutang si mati.

Sekurang-kurangnya, kita tidak membebankan waris untuk menyelesaikan hutang apabila telah meninggal dunia nanti. Jika hutang RM100 mungkin boleh dilangsaikan, tetapi bagaimana kalau hutang RM10,000 atau RM100,000?

Pening juga waris nak melangsaikannya.

3. Penerima Mutlak
Hibah takaful ini adalah hadiah kita kepada waris atau orang tersayang. Jadi tiada siapa boleh pertikaikannya. Penerima hibah adalah pemilik mutlak hibah tersebut.

Jika buat hibah takaful, amat digalakkan memberitahu penerima hibah supaya penerima tersebut tahu apa nak buat apabila berlakunya kematian.

4. Tiada Kos
Dengan hibah takaful, tiada kos guaman yang terlibat. Waris tidak perlu mengupah peguam atau pihak ketiga untuk menguruskannya. Nilai hibah tersebut juga akan diberikan seratus peratus kepada penerima.

Jika hibah RM200,000, nilai tersebut yang akan waris akan dapat tanpa sebarang penolakan. Ada juga sesetengah pengendali takaful yang memberikan tambahan khairat kematian.

5. Tuntutan Pantas
Seperti yang telah dinyatakan di atas, proses tuntutan hibah takaful boleh dibuat dalam tempoh sebulan sahaja. Bayangkan seorang suri rumah yang kehilangan suami secara tiba-tiba, mana nak cari duit untuk menyara hidup?

Anak-anak kecil memerlukan lampin, susu dan yuran sekolah. Di sinilah bergunanya hibah takaful. Jika waris ingin mencari pekerjaan pun, sudah tentu akan mengambil sedikit masa.

Sekurang-kurangnya dengan hibah takaful tersebut, bolehlah waris menyara keluarga tanpa sebarang tekanan.

Kesimp**annya, hibah takaful adalah berperanan untuk melindungi waris kita apabila kehilangan orang utama dalam keluarga. Tapi awas apabila membuat hibah takaful, pastikan penerima adalah penerima mutlak bukannya wasi.

Jika hanya wasi, pampasan masih perlu diagihkan mengikut faraid. Sebelum mengambil apa-apa jenis takaful, pastikan aliran tunai kita positif dan sumbangan yang dibuat adalah mengikut kemampuan masing-masing.

Sentiasa ingat takaful adalah komitmen jangka panjang. Bukan untuk setahun atau dua tahun. Tak guna ambil takaful yang mahal, tetapi akhirnya sumbangan tidak dibuat dan polisi dibatalkan.

Bagi yang mempunyai bajet, amat digalakkan mengambil hibah takaful. Lindungi diri sendiri dan keluarga seperti mana kita melindungi kereta dan motosikal kita.

Dari - Azharul Adha Bin Dzulkarnain

Ramai yang bertanya,"Lepas dah sign up, saya boleh terus guna Medical Card ni ke??"Ok, let me explain.Apabila proposal d...
10/08/2022

Ramai yang bertanya,

"Lepas dah sign up, saya boleh terus guna Medical Card ni ke??"

Ok, let me explain.

Apabila proposal dah di submit dan bayaran pertama dah diterima, maka anda layak untuk menerima pampasan akibat kemalangan ( jika ada ), Kenapa "jika ada" ?. Sebab ada syarikat yang menawarkan medical card stand alone, iaitu medical card tanpa benefits berbentuk pampasan.

Apabila proposal lulus, perlindungan rawatan akan bermula serta-merta untuk kemalangan. Sama ada untuk rawatan kemas**an ke wad atau rawatan pesakit luar.

Untuk rawatan pesakit luar, selalunya dibuat secara pay & claim.

Selepas 90 hari adalah perlindungan untuk sakit biasa contohnya demam denggi, keracunan makanan dan sebagainya.

Selepas 60 hari p**a akan bermula perlindungan untuk sakit-sakit kritikal.

Tetapi, ada beberapa penyakit tertentu yang memerlukan tempoh menunggu sehingga 120 hari yang dipanggil sebagai sakit spesifik.

Penyakit-penyakit tersebut ialah :

Tekanan darah tinggi,
Kencing manis dan kardiovaskular,
Semua tumor,
Kanser,
Batu dalam sistem kencing dan sistem biliari;
Semua penyakit telinga, hidung dan tekak (ENT);
Hernia,
Hemoroid,
Fistula,
Hidrosele,
Varikosele;
Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem pembiakan;
Gangguan spina vertebro (termasuk diska)
dan penyakit lutut.

Walaupun claim untuk penyakit spesifik tersebut dibuat selepas 120 hari polisi berkuatkuasa, pihak syarikat masih boleh menyiasat untuk memastikan sakit tersebut tidak wujud dalam tempoh 120 hari itu.

Jika sakit wujud dalam tempoh 120 hari polisi berkuatkuasa pihak syarikat berhak untuk menolak tuntutan tersebut sama ada klien sedar atau tidak akan kewujudan sakit tersebut.

Selain tempoh di atas, ada satu lagi term yang dipanggil sebagai “Contestable Period”. Biasanya selama 2tahun.

Bermaksud jika ada keraguan pada claim yang dibuat oleh client, pihak syarikat boleh membuat siasatan atau investigation pada claim tersebut.

Daftarlah Medical Card anda seawal mungkin semasa anda sihat, dan kalau ejen tanya ada penyakit-penyakit terdahulu tak, jangan sembunyikan, terus bagi tahu ejen.

04/08/2022

KOMITMEN YANG MENJAGA KOMITMEN LAIN

“Saya dah ada banyak komitmen sekarang ni.

Jadi saya tak mahu menambah apa-apa komitmen lagi dengan takaful ni.”

Cuba tuan fikirkan..

Komitment takaful ini berbeza dengan komitmen-komitmen tuan yang lain.

Ini lah satu-satunya komitmen yang akan menjaga komitmen tuan yang lain, andai tuan meninggal dunia, lumpuh kekal atau sakit kritikal.

Ini juga komitmen yang mula-mula akan terhenti jika tuan ditimpa musibah. Malah ia juga akan menjaga komitmen tuan yang lain, yang masih berterusan walaupun pada ketika itu tuan sudah tiada kemampuan lagi.

Ketika anda membuat komitmen-komitmen lain seperti hutang kereta, hutang rumah, bill-bill dan sebagainya. Pernahkah tuan terfikir yang tuan akan terus mampu untuk membayar komitmen tersebut?

“TIDAK”

Jadi, mengapa untuk satu komitmen yang paling kecil antara semua komitmen anda yang ada, anda perlu sangat berkira tentangnya.

Jadi fikirkanlah sekali lagi.

Jika sesuatu musibah berlaku kepada anda, semua komitmen lain akan berterusan.

Hanya komitmen Takaful sahaja yang akan terhenti, dan akan membayar komitmen-komitmen yang lain itu.

Kredit: Ajian Kamarudin

3 perkara asas dalam pengurusan kewangan :1. Create2. Protect3. PreserveContoh senario untuk wanita berusia 29 tahun dan...
28/11/2020

3 perkara asas dalam pengurusan kewangan :

1. Create
2. Protect
3. Preserve

Contoh senario untuk wanita berusia 29 tahun dan bekerja sebagai guru.

Simpan RM65 setiap bulan automatik anda dengan ada cash RM100,000 jika kena kanser.

Simpan RM65 selama 5 tahun di akaun $$$, anda akan ada RM3600. Jika kena kanser anda boleh guna RM3600 tersebut untuk belanja.

Simpan RM65 selama 5 tahun di akaun AIA anda ada RM100,000. Jika kena kanser anda boleh guna RM100,000 tersebut untuk belanja.

Kalau kita sakit, ada tak orang yang akan bagi cash RM100,000 pada kita?

Sudah tiba masa untuk diversify kepada platform pelaburan dan perlindungan untuk kesejahteraan hidup di masa depan. Wahh!

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَItu kalimah pertama yang orang akan ucap dahulu kalau berlaku kematian.Apa yang ...
12/09/2020

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Itu kalimah pertama yang orang akan ucap dahulu kalau berlaku kematian.

Apa yang akan berlaku kepada hutang kad kredit dan hutang-hutang lain tuan tu?

➡kalau hutang kereta, kalau tak bayar installment bank ada hak untuk jual kereta terbabit untuk bayar hutang berbaki dengan bank.

➡sama juga dengan rumah. bank ada hak jual kalau installment bulanan tidak dibayar.

➡sama juga dengan hutang Pembiayaan peribadi dan kad kredit.

Bank ada hak menuntut dari sebahagian dari harta warisan anda..

Tapi...
Kalau anda subscribe takaful, duit takaful itu lah akan digunakan untuk menampung hutang terbabit.

✅hutang kereta ada HPRTT (hire purchase reducing term takaful)

✅hutang rumah ada MRTT

Tentu ramai yang ambil MRTT untuk rumah sebab itu sebahagian dari kewajipan diminta bank.

HPRTT tentunya ramai yang tak ambil kan.

Kalau anda ada mencarum takaful. Selamat lah anda sebab hutang itu akan dibayar oleh syarikat takaful.
Kalau tak. Bank akan ada hak untuk hutang terbabit.
Pandai buat hutang kena pandai juga lah jelaskannya.

Ingat sama Hadith:

"Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin lalu mengemis kepada manusia.” (HR. Al-Bukhari Muslim)

Andai kata suami meninggal mengejut, lepas tu isteri dapat Hibah Takaful RM 500,000Saya yakin, majoriti isteri akan lebi...
04/06/2020

Andai kata suami meninggal mengejut, lepas tu isteri dapat Hibah Takaful RM 500,000
Saya yakin, majoriti isteri akan lebih sibuk jaga diri sendiri dan besarkan anak-anak. Takda rasa nak fikir kahwin lain untuk jadi pengganti suami.
Tapi nak buat macam mana, ramai suami takda kesedaran ambil Takaful.
Jangan kata hibah RM 500,000,
yang RM 50,000 pun belum tentu ada.
Yang ramai, meninggal tinggal hutang, isteri sambung tanggung.
Kesian isteri.
Nak tanggung belanja seharian lagi. Anak -anak p**a sedang membesar.
Banyaknya belanja. Terbebannya nak tanggung sorang-sorang 😔
Jomlah ambil Pelan Takaful ni wahai ketua keluarga!
Kalau suami taknak ambil, isteri yang baca ni boleh ambilkan. Takda masalah.
Untuk kita juga nanti.

Your Takaful Life Planner ❣️

Address

Bandar Laguna Merbok
Alor Setar

Telephone

+60135195185

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Takaful Guy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to The Takaful Guy:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram