05/12/2023
Fenomena jenis sakit di pusrapi
Kes 1: pesakit takut perawat menyentuh kawasan sakit.
Ini lah yg berlaku apabila merawat pesakit yg ada perasaan takut. Ada banyak pesakit yg datang kat saya, mengadu Kawasan yg disakit, dan dia takut bila perawat menyentuh Kawasan tersebut, katanya kalau kain sehelai menyentuh Kawasan tersebut pun dia berasa bisa, inikan tangan saya yg nak menyentuhnya.
Saya cakap begini, tak mengapa, saya tak menyentuh Kawasan yg dia sakit. Saya rukyahkan dahulu Kawasan tersebut. Sedang saya membaca rukyah, Nampak diwajahnya, dia seperti Tenang, tak ada tanda2 dia takut saya menyentuh Kawasan tersebut. Kawasan sendi jari yg membengkak. Perlahan2 saya menarik2 jejari yg sakit tersebut berulang 2-3kalo, lepas beberapa detik, saya mula menyentuh Kawasan bengkak sambil melurut2 supaya ada pengaliran darah dan angin bergerak dikawasan tersbut.
Saya lihat pesakit mengerutkan keningnya, saya pun tanya, “ada rasa sakit?” pesakit tersebut mulai confuse, dia diam beberapa detik utk mengenal pasti apa yg dia sedang rasakan.
Lantas dia berkata, “ah, saya tak merasa apa2 pun” wajahnya sedikit kehairanan.
Itulah saya bilang dari awal, kerja perawat, hanya tujuannya merawat, bukan mencedera. Pastinya segala pergerakkan adalah bertujuan merawat.
pesakit saya jarang complain sakit apabila saya merawat. Jika ada pun waktu saya mula2 menjebakkan diri dalam bidang perubatan alternatif, tapi sekarang pengalaman hampir 15 tahun, saya tak pernah dengar ada org complain sakit semasa sy merawat.
Kaedah merawat perlu kepada keperihatin perawat terhadap pesakit. Walaupun sy jenis tak banyak bercakap, tapi kerja tangan itu akan bercakap bg pihak saya. Yg pernah merasa shj akan mengetahui kaedah rawatan yg saya gunakan.
Insyallah, kaedahnya tidak menyakitkan dan mengurangkan bebanan yg ditanggung.