19/01/2026
Kenapa Diagnosis Penting?
Ramai ibu ayah rasa risau bila dengar perkataan “diagnosis”.
Ada yang takut anak dilabel, ada yang risau pasal Kad OKU, ada juga yang rasa “anak saya nampak okay je…”
Tapi sebenarnya, diagnosis bukan untuk cop anak.
Diagnosis adalah panduan 💛
✅ Diagnosis bantu halatuju intervensi jadi lebih teratur
Bila kita jelas tentang apa yang sedang berlaku, kita boleh:
✨ susun pelan terapi yang lebih tersusun
✨ tetapkan target yang sesuai ikut profil anak
✨ elakkan intervensi jadi “cuba-cuba”
✨ bantu parent & sekolah lebih faham keperluan anak
📌 Contohnya bila anak ada ciri-ciri ASD, ia bukan hanya berkaitan “speech delay” sahaja, tetapi melibatkan:
✅social communication
✅sensory processing
✅emosi & regulation
✅rigid behaviour / attention
✅kemahiran adaptif (berdikari)
📚 Apa kata kajian (evidence-based)?
Kajian dan guideline antarabangsa menunjukkan bahawa:
✅ Diagnosis yang tepat membantu perancangan intervensi yang lebih sesuai mengikut keperluan anak.
✅ Intervensi awal boleh memberi impak positif kepada perkembangan komunikasi & sosial anak, serta membantu mengurangkan tekanan keluarga.
✅ Proses diagnosis yang betul memudahkan anak mendapat support di sekolah dan komuniti.
📌 Penting untuk parent tahu:
Diagnosis ≠ Kad OKU.
Diagnosis adalah untuk bantu kita:
✅ faham anak dengan lebih jelas
✅ plan intervensi dengan lebih tepat
Kad OKU p**a adalah pilihan, dan parent boleh pertimbangkan bila sudah bersedia.
Kita bukan melabel anak
Kita cari jalan yang paling sesuai untuk bantu anak berkembang mengikut potensi dia.
📌 Rujukan (Evidence-based)
Hyman SL, Levy SE, Myers SM. (2020). Identification, Evaluation, and Management of Children With Autism Spectrum Disorder. Pediatrics (American Academy of Pediatrics).
NICE Guideline. Autism spectrum disorder in under 19s: recognition, referral and diagnosis.
Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Autism Spectrum Disorder (ASD) – Facts & Resources.
Jika parent perlukan sesi Penilaian Bahasa & Pertuturan / Developmental Screening, boleh DM kami 🤍
Little Bloomers Speech Therapy Centre