Al-Muqri Islamic Health & Services

Al-Muqri Islamic Health & Services Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Al-Muqri Islamic Health & Services, Medical Service, Alor Setar.

Assalamualaikum..saya menawarkan perkhidmatan bekam/hijamah khasnya untuk warga Kolej Universiti Insaniah kedah (KUIN) d...
11/03/2013

Assalamualaikum..saya menawarkan perkhidmatan bekam/hijamah khasnya untuk warga Kolej Universiti Insaniah kedah (KUIN) dan kawasan sekitarnya..InshaAllah harga berpatutan..boleh hubungi saya untuk temujanji masa dan tempat..

zawawi 013-3312611

♥ Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ♥Mohon sertakan "Aamiin".. ✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽BismillaahiRRahm...
11/03/2013

♥ Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ♥

Mohon sertakan "Aamiin"..

✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽

BismillaahiRRahmaaniRRahiim..

Ya Allah,berikan lah kami rezeki yang luas,yang halal lagi baik..

Tanpa memberatkan kami..

Jika rezeki kami ada di langit,maka turun kan lah..

Jika ada di bumi maka keluarkan lah..

Jika jauh maka dekat kan lah..

Jika dekat maka mudah kan lah..

Jika sedikit maka banyak kan lah..

Jika banyak maka berkahi lah..

Perkenan kan lah do'a hamba Mu ini..

Rabbanaa aatina fiddun-yaa hasanah, wafil aakhirati hasanataw waqinaa 'adzaabannaar..

Aamiin Ya Rabbal'alamiin..

✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽

11/03/2013
11/03/2013

Luarbiasa Hebat Sihat Dan Berjaya
Dalam hidup ini, apa sahaja yang kita lakukan dengan 100% fokus/ penuh tumpuan dan bersungguh-sungguh sungguh sungguh, Insya-Allah nak tak nak "terpaksa" berjaya! Nak solat, solat sungguh sungguh, nak doa, doa sungguh sungguh..... Pendek cerita Kesungguhan kita dalam melakukan sesuatu itu adalah kunci utama utk berjaya dan Mentor, Elmu serta Sistem yang terbukti berjaya hanyalah "Booster" kpd kejayaan kita jika sikap kita sentiasa Bersungguh sungguh di dalam melakukan tindakan yang luar biasa! Jika bersungguh sungguh, jual kacang pun boleh jadi kaya & berjaya! Anda kaya & berjaya! -DAO-

11/03/2013

Apa yang anda fokuskan dan Insya-Allah lebih banyak lagi ia datang kepada anda! Fokus kejayaan? Banyak lagi kejayaan kepada anda! Fokus kekecewaan? B*k lagi perkara yg mengecewakan akan dtg kpd anda! Naudzu billah! Kesimp**annya ialah fokus apa pencapian atau kejayaan anda walaupun ia kecil dan bersyukur serta berterima kasih di
atas pencapaian tersebut walaupun kecil! Small success will attract bigger success! -DAO-

Peralatan yang digunakan utk berbekam biasanya terdiri daripada buluh, gelas kaca, tanduk dan cawan plastik. Bekam tandu...
15/01/2013

Peralatan yang digunakan utk berbekam biasanya terdiri daripada buluh, gelas kaca, tanduk dan cawan plastik. Bekam tanduk adalah warisan turun temurun junjungan Nabi Muhammad dan para wali Allah. Tanduk amat membantu bagi mereka yang mempunyai darah yg bersifat sejuk kerana kandungan kalsium yang tinggi. Saya tidak menggunakan tanduk didalam bekam saya kerana kes**aran mendapatkannya. Ada sebilangan Herbalis HPA yang melakukannya..

BEKAM UNTUK KEBAS KEBAS KAKI DAN TANGAN Jika anda mengalami kebas kebas kaki atau tangan, petanda bahawa badan anda memp...
15/01/2013

BEKAM UNTUK KEBAS KEBAS KAKI DAN TANGAN Jika anda mengalami kebas kebas kaki atau tangan, petanda bahawa badan anda mempunyai banyak angin. Angin menjadikan peredaran darah menjadi kurang lancar dan menjadikan beberapa bahagian badan anda menerima kurang darah dan menjadikanya kebas. Anda disyorkan untuk membuat rawatan bekam sebanyak 10 point pada kedua belah kaki (3 betis + 2 peha) atau 10 point pada kedua belah tangan (2 bahu + 3 lengan), InsyaAllah selepas berbekam masalah kebas-kebas anda akan pulih

Merawat masalah kebatinan dengan bekamTerdapat pelbagai rawatan bagi masalah kebatinan termasuk lelaki dan wanita dan be...
15/01/2013

Merawat masalah kebatinan dengan bekam

Terdapat pelbagai rawatan bagi masalah kebatinan termasuk lelaki dan wanita dan bekam merupakan salah satu kaedahnya. Titik-titik yang digunakan merupakan sebahagian daripada titik akupunktur yang bertujuan mengaktifkan fungsi organ-organ yang terlibat dalam masalah kebatinan ini contohnya buah pinggang.

Di dalam perubatan Cina, buah pinggang bertanggungjawab sebagai fungsi seksual. Jika buah pinggang gagal menjalankan tugasnya maka prestasi seks anda juga akan menurun. Contoh masalah seksual adalah ejakulasi awal atau pancut awal, kurang nafsu seks dan kurangnya ereksi pada z***r (kurang tegang). Dengan sebab itu titik-titik yang berkaitan dengan buah pinggang dipilih bagi tujuan menguatkan fungsinya kembali. Insya Allah kesihatan seksual bagi pasangan suami isteri akan kembali pulih seperti biasa.

Antara sebab mengapa masalah kebatinan ini wujud antaranya :
terlalu banyak kimia di dalam badan dan memberi kesan pada alat kelamin
buah pinggang bermasalah
masalah tulang belakang terutama di pinggang
darah tidak mengalir dengan betul di kawasan alat kelamin, pinggang, punggung dan peha
banyak angin dalam badan
kencing manis
kemalangan jalan raya dan lain-lain.
Rawatan bekam mampu meningkatkan mutu kesihatan seksual anda dengan pelbagai kaedah bekam antaranya bekam darah, bekam angin dan bekam luncur. Kesemuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu melancarkan pengaliran darah dan mengaktifkan saraf. Semua sedia maklum bekam darah mampu merawat masalah ini dengan mengeluarkan darah bertoksik. Sekiranya badan anda terasa gatal-gatal di tempat yang dibekam menandakan anda mempunyai kandungan asid urik yang tinggi. Eloklah mengamalkan pemakanan yang sihat dalam meneutralkan asid tersebut.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rawatan bekam bagi masalah kebatinan boleh hubungi saya,

15/01/2013

“Perubatan mengikut sunnah sangat berkesan, berkat dan memantapkan iman dan keyakinan”

Hadith-Hadith Berkaitan Bekam (Hijamah) :
-Dari Ibnu ‘Abbas r.a, dari Nabi s.a.w: “Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan 3 hal; Berbekam, minum madu, dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas (kay) itu.” (Shahih Bukhari)

-Dari Ibnu Umar r.a yang berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika ada khasiat pengubatan pada sesuatu, maka itu pada sayatan alat bekam atau habbatus sauda’ (jintan hitam, nigella sativa) atau minuman madu atau cucuhan api yang tepat mengenai penyakit, tetapi aku tidak s**a berubat dengan sengatan api.” (HR. Ibnu Jarir & Hakim)

-Diriwayatkan dari Salma, pelayan Rasulullah s.a.w, ia berkata: “Setiap kali ada orang yang mengeluh sakit kepala kepada Rasulullah s.a.w, beliau bersabda, berbekamlah!, demikian p**a (setiap orang mengeluh) sakit di kakinya, beliau bersabda ‘pakailah inai’.”

-Dari Ibnu Mas’ud r.a yang berkata: Rasulullah s.a.w suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau di isra’kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan, “wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu untuk berbekam.” (HR: Tirmizi)

-Dari Malih Ibnu Abdullah Al-Khatihmi, dari ayahnya yang berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “5 perkara termasuk sunnah para Rasul iaitu; malu, memaafkan (lemah-lembut), hijamah (bekam), siwak (sugi), dan memakai wangian.” (HR: Thabarani & Ibnu Jarir)

Kelebihan Berbekam :
• Membuang darah berpenyakit, darah beku, toksin, nanah, bisul dan angin, gula, asid uric tinggi, urea, dan kolesterol.
• Merawat urat saraf.
• Meningkatkan sistem immunity.
• Melancarkan aliran darah dan udara.
• Menjaga kesihatan rohani dan jasmani.
• Menambah kekuatan ingatan dan hafalan.
• Mehilangkan stress, dan meringankan tubuh.
• Mengelakkan diri dari penyakit-penyakit kronik.

InsyaAllah Pelbagai Penyakit Dapat Diiktiarkan Dengan Kaedah Berbekam :
• Alergi, bisul, buasir, sembelit, jerawat, resdung, gatal-gatal.
• Migraine, sakit jantung, hati, limfa, paru-paru, ginjal, perut.
• Tekanan darah tinggi /rendah, kencing manis (diabetis), gout, stroke, asma, kanser, elephantiasis.
• Sakit-sakit tubuh seperti sakit kepala, bahu, tangan, kaki, pinggang, punggung, dan lain-lain lagi insyaAllah.

Ibnul Qayyim Al-Jauziah berkata: “Berpalingnya manusia dari cara pengubatan nubuwwah seperti halnya berpalingnya mereka dari pengubatan dengan Al-Qur`an, yang merupakan ubat bermanfaat.” Dengan demikian, tidak sepatutnya seorang muslim menjadikan pengubatan nabawiyyah sekadar sebagai pengubatan alternatif. Seharusnya menjadikan sebagai cara pengubatan yang utama, kerana kepastiannya datang dari Allah s.w.t melalui lisan Rasul-Nya s.a.w. Sementara pengubatan dengan ubat-ubatan kimia (pengubatan cara barat) kepastiannya tidak seperti kepastian yang didapatkan dengan thibbun nabawi. Pengubatan yang diajarkan Nabi s.a.w diyakini kesembuhannya kerana berasal dari wahyu. Sementara pengubatan dari selain Nabi s.a.w kebanyakannya uji kaji atau pengalaman.

Dengan berbekam dapat membuang darah kotor, darah beracun yang mengandungi toksid serta angin kotor yang terdapat di dal...
14/01/2013

Dengan berbekam dapat membuang darah kotor, darah beracun yang mengandungi toksid serta angin kotor yang terdapat di dalam badan manusia. Ia juga turut membantu dalam rawatan sihir kerana darah-darah tersebut dipercayai merupakan tempat persembunyian jin atau syaitan yang membawa pelbagai penyakit ke dalam tubuh.

Apabila darah itu dibuang, maka kesemua yang tidak baik tadi akan mengikut keluar bersamanya.
biiznillah..

Address

Alor Setar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Muqri Islamic Health & Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram