OH Ya

OH Ya Malaysian Ways of Aafiyat Lifestyle

Tips harian, kisah semasa & realiti kesihatan
Sambung perjalanan Aafiyat di Olive House Malaysia - HQ Bukan untuk mengajar.

Kadang hidup ni bagi kita banyak isyarat kecil,
tapi kita cuma perasan bila ada yang menyentuh hati dan buat kita terfikir, “Oh ya… betul juga.”

Di sinilah OH Ya bermula. Kami kongsikan kisah dan isu yang dekat dengan hidup kita,
tentang kesihatan, keluarga, kehilangan, harapan, dan semua yang manusia rasa. Cuma nak sama-sama faham. Sebab bila kita faham, barulah kita mula jaga diri, hati, dan or

ang sekeliling. Misi Kami

Kami percaya kesedaran tak perlu datang dari perkara besar. Kadang cukup satu kisah, satu ayat, atau satu doa yang sesuai pada waktunya. Itulah misi kami, menyampaikan cerita dan ilmu yang buat kita lebih tahu, lebih berjaga, dan lebih Aafiyat. Secara tidak langsung, setiap usaha kecil ini diharap dapat menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan dan kesihatan rakyat Malaysia. Apa Yang Kami Kongsikan

• Kisah benar orang Malaysia dari hal kesihatan sampai kisah kehidupan.
• Fakta yang sahih, disampaikan dengan rasa.
• Renungan yang menyentuh emosi, bukan sekadar maklumat.
• Kandungan yang “viral dengan makna” sebab kesedaran pun boleh dari kisah trending yang diambil ikhtibar. Komuniti OH Ya

OH Ya bukan sekadar page. Yang mengikutinya adalah komuniti dari kita semua yang nak jadi lebih baik sedikit demi sedikit. Yang percaya bahawa bila kita mula ambil tahu, kita akan mula berubah untuk diri, keluarga dan masyarakat. Teruskan bersama komuniti OH Ya. Like, follow dan kongsi setiap sebaran yang bermanfaat,
kerana kesedaran tak berhenti bila kita baca, ia bermula bila kita sebarkan. OH Ya — Malaysian Ways of Aafiyat Lifestyle.

Berapa ramai lagi perlu jadi korban,sebelum kita betul-betul serius tentang ini?Setiap kali berlaku, kita terkejut.Kita ...
24/04/2026

Berapa ramai lagi perlu jadi korban,
sebelum kita betul-betul serius tentang ini?

Setiap kali berlaku, kita terkejut.
Kita marah. Kita bersuara.
Lepas beberapa hari…semuanya senyap, bagai tiada siapa yang ambil peduli.

Sehinggalah ada mangsa seterusnya.

Hakikatnya, ini bukan cerita baru.
Sebelum ini, seorang keluar rumah macam biasa.
Seorang ayah keluar cari rezeki.
Tak balik.

Bukan sebab dia cari masalah.
Bukan sebab dia cuai.

Tapi sebab orang lain buat keputusan yang salah.
Mabuk… tapi masih pegang stereng.

Hari ini, arak bukan lagi sesuatu yang jauh.
Ia ada di tempat kita beli susu anak.
Di rak yang dekat dengan air jus yan kita minum.

Nampak biasa. Nampak terkawal.
Tapi bila nyawa terus melayang…
kita kena jujur tanya, Betul ke masih terkawal?
Yang terbaru, kematian YouTuber Bangladesh,
Muzahid Millad (Advance Gaming).

Beliau maut selepas kenderaan e-hailing dinaiki dirempuh di Lebuhraya MEX. Isterinya cedera.
Seorang pegawai tentera disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

Komuniti di luar bangkit. trending. Tapi untuk setiap nama yang viral…
ada banyak lagi yang senyap.

Yang tak trending.
Yang tak disebut.
Tapi kehilangan tetap sama.
Ini bukan lagi isu individu.
Ini isu keselamatan kita semua.
Sebab di jalan raya, orang yang tak bersalah boleh jadi korban dalam beberapa saat sahaja.

Arak mungkin nampak kecil di tangan…
tapi kesannya boleh jadi besar pada nyawa orang lain.

Apa yang kita anggap “pilihan peribadi”,
kadang memberi kesan pada hidup orang lain selamanya.

Kalau pemandu mabuk masih boleh meragut nyawa,
bermakna masih ada ruang yang kita belum betul-betul tutup.

Penguatkuasaan perlu lebih tegas.
Tindakan mesti lebih berkesan.
Kesedaran tak boleh bermusim.
Ini bukan sekadar tentang undang-undang.
Ini tentang nyawa.

Ramai sangka persediaan kesihatan untuk haji hanya perlu dibuat bila dah hampir berangkat.Hakikatnya, syarat kelayakan h...
22/04/2026

Ramai sangka persediaan kesihatan untuk haji hanya perlu dibuat bila dah hampir berangkat.

Hakikatnya, syarat kelayakan haji sangat ketat.

Jemaah perlu:
• Bebas penyakit berjangkit
• Penyakit kronik terkawal
• Mampu beribadah secara kendiri

Mungkin anda dah daftar dan sedang menunggu giliran.
Atau merancang untuk pergi beberapa tahun lagi.

Apa pun, persediaan kesihatan bukan bermula 3 bulan sebelum berangkat.

Kesihatan tak dibina dalam seminggu dua. Ia terbentuk daripada apa yang kita buat setiap hari.

Cara kita makan.
Cara kita tidur.
Cara kita urus tekanan.

Kalau hari ini kita abaikan kesihatan, bimbang nanti bila tiba giliran, badan tak lagi mampu menyahut panggilan.

Mulakan dengan langkah kecil:
✔ Jaga pemakanan
✔ Banyakkan bergerak
✔ Kawal penyakit sedia ada
✔ Sokong badan dengan nutrisi yang baik

Haji bukan sekadar cukup duit dan giliran.
Tetapi cukup sihat untuk menyempurnakan setiap rukun.

Jaga diri bermula hari ini. Moga bila Allah jemput, kita pergi dalam keadaan yang bersedia.

Cuaca di Tanah Suci boleh mencecah 40°C.Bukan sekadar panas. Ia panas yang kering, dan ini yang ramai tak sedar bahayany...
21/04/2026

Cuaca di Tanah Suci boleh mencecah 40°C.

Bukan sekadar panas. Ia panas yang kering, dan ini yang ramai tak sedar bahayanya

Di Malaysia, panas kita lembap (humid). Kita cepat berpeluh dan badan masih boleh menyejukkan diri.

Di Makkah dan Madinah p**a, panasnya kering (dry heat)
➡️ Peluh cepat kering tanpa kita sedar
➡️ Badan hilang air dengan lebih cepat
➡️ Kita tak rasa berpeluh banyak, tetapi sebenarnya sudah dehidrasi

Sebab itu ada jemaah rasa okay sahaja kemudian tiba-tiba terus pening atau hampir pitam.

📍 TEMPAT PALING BERISIKO
Mina dan Arafah → berjalan jauh, panas terik, jemaah sangat padat
Tawaf dan Saie waktu tengah hari → panas dan keletihan berganda

⚠️ GEJALA AWAL JANGAN ABAIKAN

✔ Air kencing jadi pekat dan sedikit
✔ Badan rasa terlalu panas
✔ Pening, pitam, rasa nak pengsan
✔ Kejang kaki atau sakit perut
✔ Jantung berdegup laju
✔ Rasa lemah, keliru atau tidak fokus

Ini tanda badan sudah dehidrasi dan terlalu panas.

Setiap tahun ada jemaah yang rebah kerana strok haba Dan ada juga kes yang menjadi lebih serius sehingga mencetuskan strok akibat dehidrasi dan tekanan haba melampau.

Semuanya bermula dengan tanda kecil yang sering diabaikan.

Jangan tunggu sampai rebah.

Jaga diri, supaya ibadah dapat disempurnakan dengan selamat.

Min perasan masih ramai ibu ayah yang memangku anak dalam kereta yang sedang bergerak.Bayi menangis. Anak meragam. Tak m...
18/04/2026

Min perasan masih ramai ibu ayah yang memangku anak dalam kereta yang sedang bergerak.

Bayi menangis. Anak meragam. Tak mahu duduk dalam car seat.

Lalu kita ambil jalan paling mudah, angkat dan letak atas riba.

Nampak biasa. Ramai buat.

Tapi hakikatnya, ini antara situasi yang berisiko dalam kenderaan.

Kenapa ia berbahaya?

➡️ Apabila kereta bergerak pada kelajuan 50–60 km/j, badan kita sebenarnya membawa tenaga kinetik.

➡️ Bayangkan pegang anak 10kg atas riba. Dalam situasi impak, berat tu boleh rasa macam berkali ganda. Tangan kita memang tak mampu tahan daya macam tu.

Ramai fikir, “Tak apa, saya pegang kuat.”

Tapi hakikatnya, pegang kuat bukan perlindungan. Sistem keselamatan dalam kereta direka untuk:

✔️ duduk di tempat sepatutnya
✔️ pakai seatbelt
✔️ guna car seat

Bukan untuk riba.

Kalau dari sudut badan p**a, duduk sambil memangku anak, lagi-lagi kalau lama atau perjalanan jauh, boleh buat:

✔️ postur jadi senget
✔️ tekanan pada tulang belakang
✔️ sakit belakang

Dalam jangka masa panjang, boleh tingkatkan risiko masalah macam slip disc.

Jadi walaupun “takpe sekejap je”, walaupun “alaa jalan dekat je”

👉 elakkan riba dalam kenderaan bergerak.

Tak kira bayi kecil atau bayi “besar” yang meragam,

kalau duduk lama di pejabat tanpa beban pun ada yang boleh kena sakit belakang atau slip disc…

apatah lagi kalau memangku “beban” dalam kereta bergerak.

Kenapa lelaki curang walaupun isteri cantik?Ramai anggap rupa paras punca utama. Hakikatnya, kecurangan lebih berkait de...
16/04/2026

Kenapa lelaki curang walaupun isteri cantik?

Ramai anggap rupa paras punca utama. Hakikatnya, kecurangan lebih berkait dengan emosi dan kawalan diri.

Ia jarang berlaku secara tiba-tiba. Selalunya bermula dengan perkara kecil seperti mesej yang anggap “biasa”, perhatian tanpa batas atau sekadar rasa nak dihargai.

Lama-kelamaan, sempadan mula kabur.

Dan bila kantoi, reaksi yang sering kita dengar:

“aik…”

Kajian menunjukkan curang boleh berlaku disebabkan:

– Ada yang mencari pengiktirafan (validation) kerana rasa diri tidak cukup dihargai
– Ada yang mengejar perasaan baru (novelty & dopamine) bila hubungan jadi rutin
– Ada yang terjebak kerana peluang terlalu mudah dan sempadan tidak dijaga
– Ada yang mengalami kekosongan emosi, lalu mencari tempat lain untuk didengari
– Ada juga yang dipengaruhi ego dan keinginan untuk rasa “berkuasa”
– Dan tidak kurang, berpunca daripada masalah hubungan yang tidak diselesaikan

Semua ini bukan alasan. Ia hanya menjelaskan bagaimana ia boleh berlaku.

Hakikatnya, curang bukan tersilap tapi pilihan yang dibuat perlahan-lahan.

KIT HAJI UNTUK MAK AYAHPenerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan berangkat 3 hari lagi (18 April 2026)Persiapan mak ...
15/04/2026

KIT HAJI UNTUK MAK AYAH

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan berangkat 3 hari lagi (18 April 2026)

Persiapan mak ayah kita dah cukup ke?

Ramai fokus pakaian & dokumen. Tapi yang selalu jadi cabaran nanti adalah panas, penat & perubahan rutin badan.

Sebab itu, kit simple seperti ini sangat membantu:

✔️ Mask & sanitizer – kurangkan risiko jangkitan
✔️ Plaster & krim kaki – elak luka ganggu ibadah
✔️ Tisu basah – mudah jaga kebersihan
✔️ Payung & spray – bantu tahan panas & elak dehidrasi

Dan jangan lupa sokongan dalaman:

➡ Vitamin E
Vitamin E yang tinggi khasiat di Malaysia adalah tocotrienols dari minyak sawit merah, tinggi antioksidan bantu lindungi sel badan.

➡ Minyak zaitun extra virgin
Bantu beri tenaga lebih stabil untuk aktiviti harian yang padat.

Sementara masih sempat, anak-anak boleh mula sediakan untuk mak ayah. Atau untuk kenalan yang bakal pergi atau diri sendiri yang sedang buat persiapan.

Simple, tapi sangat bermakna bila diperlukan.

Ramai tak sedar, makanan harian kita sebenarnya dah ada probiotik. Ini 5 yang kita makan hampir setiap hari.1. Tapai ubi...
14/04/2026

Ramai tak sedar, makanan harian kita sebenarnya dah ada probiotik. Ini 5 yang kita makan hampir setiap hari.

1. Tapai ubi / pulut
Dihasilkan melalui penapaian, membantu menambah bakteria baik dalam usus.

2. Tempoyak
Durian yang ditapai secara semula jadi, menyokong keseimbangan mikroflora usus.

3. Buah tin
Kaya serat yang membantu “memberi makan” bakteria baik.

4. Tempe
Hasil penapaian kacang soya, menyokong fungsi penghadaman harian.

5. Yogurt
Mengandungi kultur hidup — pilih yang rendah gula untuk manfaat lebih baik.

Kenapa probiotik penting?

Bila bakteria baik cukup, perut lebih selesa, badan lebih ringan dan kurang gangguan penghadaman harian. Kulit pun nampak lebih sihat.

Tapi ramai yang terlepas pandang. Probiotik perlukan “makanan” seperti prebiotik untuk terus berfungsi.

Contoh prebiotik yang anda boleh dapatkan adalah minyak zaitun extra virgin, pisang, bawang putih & oat.

Usus sihat bermula dengan keseimbangan bakteria yang baik.

Yogurt sihat jika anda pilih yang rendah gula.

Makan sambil dating dengan suami orang? Tidak.

Min perasan kat Threads, ramai mengaku drive kereta AUTO guna dua kaki sebab dulu biasa bawa manual.Ramai tak sedar, hab...
13/04/2026

Min perasan kat Threads, ramai mengaku drive kereta AUTO guna dua kaki sebab dulu biasa bawa manual.

Ramai tak sedar, habit ni sebenarnya boleh tingkatkan risiko kemalangan.

Dalam kereta AUTO:
➡️ Kaki kanan kawal minyak & brek
➡️ Kaki kiri rehat (atas footrest)

Kenapa penting?

Sebab bila berlaku situasi mengejut, badan kita tak sempat fikir, terus ikut refleks. Kalau dah biasa guna dua kaki, risiko untuk tersalah tekan pedal jadi lebih tinggi.

Banyak kes kereta tiba-tiba memecut bukan sebab kereta rosak, tapi pedal misapplication—kaki tekan minyak padahal niat nak brek.

Guna satu kaki (kanan) bantu otak & otot kita ada satu sistem kawalan yang konsisten. Bila panik, kaki yang sama akan terus tekan brek dengan betul.

Apa yang boleh buat lepas ni:
✔️ Biasakan diri guna kaki kanan sahaja
✔️ Letakkan kaki kiri di footrest, jangan “hover” atas brek
✔️ Elakkan pakai slipper/sandal longgar (mudah sangkut)
✔️ Pastikan kain atau dress labuh tak ganggu pergerakan kaki

Keselamatan bukan pada “dah biasa”, tapi pada cara yang betul.

Satu saat silap, boleh libatkan nyawa orang yang langsung tak bersalah.

13/04/2026

Apa yang dah berlaku, cikgu tetap kena siasat. Tapi jangan sampai kita jadi TERPALING mengecam. Hari ni ujian dia, esok belum tentu bukan kita. Doakan syurga buat adik Hawa.

Sejak kecil hingga dewasa, dakapan ibu sering menjadi sumber ketenangan.Ini bukan sekadar perasaan.Pelukan merangsang pe...
12/04/2026

Sejak kecil hingga dewasa, dakapan ibu sering menjadi sumber ketenangan.

Ini bukan sekadar perasaan.

Pelukan merangsang penghasilan hormon oxytocin
yang membantu menenangkan emosi serta mengurangkan hormon stres seperti cortisol.

Individu yang sering menahan emosi dan kelihatan kuat dari luar lebih berisiko mengalami tekanan dalaman seperti keresahan (anxiety), keletihan emosi dan gangguan tidur.

Pelukan juga membantu meningkatkan rasa selamat, kepercayaan dan hubungan emosi,
serta mengurangkan rasa keseorangan.

Ibu di kampung dan anda tidak tinggal bersama?

Mendengar suara ibu melalui panggilan telefon
juga mampu memberi kesan ketenangan yang hampir sama.

Luangkan masa. Hubungi ibu anda hari ini.
Jika berpeluang bertemu, peluklah mereka sepuasnya.

Mereka semakin berusia.
Hargai selagi masih ada.

Isteri ajak bersama… tapi anda selalu mengelak?“Abang penat lah hari ni… Esok boleh?”Mula-mula nampak biasa. Tapi bila k...
10/04/2026

Isteri ajak bersama… tapi anda selalu mengelak?

“Abang penat lah hari ni… Esok boleh?”

Mula-mula nampak biasa. Tapi bila kerap, pasangan mula terasa dan mula menjauh.

Ramai ingat ini cuma penat kerja. Hakikatnya, badan tengah bagi signal.

Mungkin ini bukan sekadar penat tapi hormon testosteron yang mula menurun.

Testosteron ni antara hormon utama yang kawal
keinginan, tenaga & respon badan lelaki. Bila ia menurun, rasa nak bersama pun ikut berkurang.

Puncanya?

➡️ Kurang tidur
➡️ Stress berpanjangan
➡️ Pemakanan tak seimbang
➡️ Gaya hidup & persekitaran

Apa yang dulu terasa biasa, kini terasa berbeza.

Ini bukan soal malas.
Ini bukan soal tak sayang.

Jangan tunggu sampai pasangan salah faham. Kalau badan dah mula berubah, ambil serius.

Jaga tidur, urus stress & perbaiki gaya hidup. Kalau berlarutan, buat pemeriksaan hormon.

Kadang punca masalah rumah tangga bukan pada orang ketiga, tapi pada badan yang kita tak pernah check.

Bila sebut kalsium, ramai terus fikir susu.Tapi realitinya, tak semua orang boleh minum susu.Ada yang:– Tak s**a rasa– P...
08/04/2026

Bila sebut kalsium, ramai terus fikir susu.

Tapi realitinya, tak semua orang boleh minum susu.

Ada yang:
– Tak s**a rasa
– Perut tak boleh terima (lactose intolerance)
– Mudah loya, terutama warga emas

Bila susu bukan pilihan, ramai sebenarnya tak sedar kalsium harian mereka tak mencukupi.

Sedangkan kalsium penting untuk kekalkan tulang kuat dan kurangkan risiko osteoporosis, terutama bila umur meningkat.

Ramai tak tahu, badan kita sebenarnya perlukan sekitar 1000 mg kalsium sehari.

Kalsium tetap perlu cukup, walaupun tanpa susu.

Boleh dapatkan daripada:
– Ikan bilis
– Tempe & tauhu
- Buah tin
– Sayur hijau seperti brokoli

Cuma realitinya, ramai tak ambil dalam jumlah yang mencukupi setiap hari.

Apa yang kita ambil setiap hari, itulah yang akan tentukan keadaan badan kita nanti.

Jadi, pastikan kalsium harian anda benar-benar mencukupi.

Address

Alor Setar
05150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OH Ya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to OH Ya:

Share