Klinik Safa

Klinik Safa Leading General Practice Clinic in Kuala Lumpur, Specializing in Pain Management & Surgery
(5)

29/04/2026

Ubat bius sangat penting terutamanya dalam rawatan plantar fasciitis.

Sebab kawasan tumit memang sensitif,
jadi ubat bius bantu kurangkan sakit masa prosedur dan bagi pesakit lebih selesa.

Lepas suntikan, biasanya pesakit akan rasa:
✅ Kebas sekejap
✅ Rasa panas atau berdenyut ringan
✅ Ada yang terus lega

Kemudian barulah ubat anti-radang dimasukkan untuk kurangkan keradangan pada tumit.

Anda pernah buat rawatan untuk sakit tumit?
Cuba share pengalaman anda 😊

27/04/2026

Sekarang memang tengah viral rawatan Perineural Injection Vitamin B12
tapi persoalannya sesuai ke untuk semua orang? 🤔

Jawapannya: TAK SEMESTINYA.

Rawatan ini paling membantu untuk:
✅ Pesakit Diabetes Mellitus (kencing manis)
✅ Masalah saraf seperti kebas, mencucuk, rasa terbakar di tangan & kaki

Tapi kalau anda ada Sciatica
❗ Tak semua kes sesuai dengan rawatan ini
❗ Punca sakit kena kenal pasti dulu (saraf terhimpit? slip disc? otot?)

Sebab tu, diagnosis yang tepat lagi penting daripada terus ambil rawatan trending.

💬 Dapat ilmu baru?
LIKE, KOMEN & SHARE supaya lebih ramai tak salah rawat!

26/04/2026

Ringkas & efektif. Rawatan plantar fasciitis hanya mengambil masa selama beberapa minit sahaja dan tidaklah sesakit yg disangkakan

25/04/2026

Info daripada Dr Ilyas 😊

23/04/2026

Pesakit datang dengan sakit lutut, tapi X-ray nampak normal.
Ini bermaksud ia bukan masalah sendi lutut, tetapi kemungkinan besar masalah meniskus.

Di Klinik Safa, setiap rawatan dibuat berdasarkan diagnosis yang tepat dengan bantuan ultrasound.

Anda juga ada masalah sakit lutut?
Jangan abaikan. Hubungi kami sekarang untuk pemeriksaan & rawatan yang betul.

22/04/2026

Anda juga ada masalah sakit dekat pergelangan kaki? Itu mungkin tanda ankle osteoarthritis dimana sendi pergelangan kaki dah haus.

Jangan tunggu makin teruk, hubungi kami untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan anda.

21/04/2026

Sesi follow up pesakit plantar fasciitis bersama Dr Ilyas selepas 2 minggu.

Alhamdulillah, sakit pesakit menunjukkan pengurangan yang ketara dan keadaan semakin baik. Di Klinik Safa, kami bukan sekadar merawat, kami akan pantau dan track perkembangan anda sehingga pulih sepenuhnya.

Anda ada masalah sakit tumit atau tapak kaki?
Hubungi kami sekarang untuk pemeriksaan & rawatan yang tepat.

20/04/2026

Ada masalah kebas-kebas & mencucuk dekat kaki atau tangan?
Itu mungkin tanda saraf anda dah mula bermasalah dan kalau dibiarkan, saraf boleh rosak dengan lebih teruk lagi.

PERINEURAL INJECTION

Rawatan ini doktor akan suntik Vitamin B12 di sekitar saraf untuk:
✅ Kurangkan radang saraf
✅ Pulihkan fungsi saraf
✅ Legakan kebas, mencucuk & rasa terbakar

Kenapa rawatan ini lebih efektif?
✅ Disuntik terus ke saraf
✅ Dipandu ultrasound untuk lebih tepat & selamat
✅ Kesan lebih cepat berbanding ubat biasa

Ramai pesakit dah mula rasa perubahan selepas rawatan ini.

Jangan tunggu sampai saraf makin rosak.
📲 Hubungi kami sekarang untuk pemeriksaan & rawatan.

kliniksafa

19/04/2026

ADA BENGKAK MACAM KETULAN DEKAT SIKU? 😱

Nampak kecil… tapi sebenarnya dalam tu dah penuh dengan air bisa!
Ini dipanggil sebagai Olecranon Bursitis.

Ramai ingat tak bahaya tapi bila dibiarkan:
❌ Bengkak makin membesar & keras
❌ Otot tangan jadi tegang dan kecut
❌ Risiko pergerakan siku terhad selamanya!

Dalam video ni, Dr Ilyas lakukan prosedur sedut air radang (aspiration) untuk:
✅ Kurangkan tekanan dalam sendi
✅ Legakan sakit dengan cepat
✅ Bantu siku bergerak semula dengan lancar

Kalau ada bengkak dekat siku walaupun tak sakit sangat, jangan ambil ringan.
⚠️ Hubungi kami SEGERA untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan untuk anda!

18/04/2026

AIR BISA BERCAMPUR DARAH? INI PETANDA BAHAYA! 😱

Ramai sangka sakit bahu cuma sakit otot biasa,
Tapi bila buat scan, rupanya dah masuk tahap serius!

Dalam kes ini, kami jumpa haemoserous.
Iaitu darah bercampur dengan air radang dalam sendi bahu.

Apa maksudnya?
❌ Kecederaan bukan lagi ringan
❌ Radang dah jadi lebih teruk
❌ Berisiko ada koyakan pada tendon!

Kalau dibiarkan, sakit boleh makin kuat.

Ada bengkak + sakit bahu yang tak lega-lega?
⚠ Jangan tunggu lama! Itu mungkin petanda untuk anda dapatkan pemeriksaan SEGERA


Address

Ampang

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+601120642059

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Safa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Safa:

Share

Category