Anith Sports Therapist - Armels

Anith Sports Therapist - Armels Hi semua! Saya Anith, seorang Sports Therapist di Armels Sports Recovery Center.

Merupakan graduan Fisioterapi yang berpengalaman dalam
mengendalikan Kecederaan S**an, Pain Management, dan Physical Therapy ARMELS SPORTS RECOVERY CENTER (ARMELS) merupakan sebuah pusat Terapi S**an yang menawarkan servis berkaitan dengan Sports Massage. Armels juga menyediakan kursus Sports Massage yang telah melatih lebih daripada 1,500 peserta sejak tahun 2018.

Apakah Kelebihan Senaman Squat?1.  Meningkatkan keseimbangan badan agar lebih stabil untuk melakukan aktiviti sukan yang...
25/12/2020

Apakah Kelebihan Senaman Squat?

1. Meningkatkan keseimbangan badan agar lebih stabil untuk melakukan aktiviti sukan yang melibatkan keseimbangan badan.

2. Meningkatkan fleksibiliti.

3. Squats dapat menjadikan tulang kuat untuk menampung pergerakan tubuh dan berat tubuh.

4. Meningkatkan kekuatan otot terutama sekali pada otot bahagian lower body.
Ia juga dapat mengurangkan risiko untuk mendapatkan kecederaan.

Langkah-langkah melakukan squat yang betul adalah:

1. Lakukan aktiviti warm up dahulu sebelum melakukan squats selama 5-10 minit untuk meregangkan otot badan.

2. Berdiri dalam posisi tegak. Luaskan kaki mengikut keselesaan atau ikut sama dengan kedudukan bahu anda.

3. Perlahan-lahan turunkan badan dengan tonggengkan punggung ke belakang dan rendahkan badan seolah-olah anda hendak duduk di atas kerusi.
Pastikan kedudukan lutut tidak melebihi jari kaki anda dan kemutkan otot abdominal anda.

4. Jika rasa kedudukan tidak stabil, depakan tangan ke hadapan untuk mengawal keseimbangan tubuh badan.

5. Bangun secara perlahan-lahan pada posisi asal.

6. Untuk meningkatkan intensiti latihan, anda boleh menggunakan barbell dengan berat yang sesuai dengan anda.

*Postur badan yang betul ketika duduk :1.   Pastikan belakang anda lurus dan rapat ke kerusi. Bahu anda juga harus dalam...
21/12/2020

*Postur badan yang betul ketika duduk :

1. Pastikan belakang anda lurus dan rapat ke kerusi. Bahu anda juga harus dalam keadaan tegak dan lurus.

2. Lutut sama paras dengan paha atau tinggi sedikit.

3. Kaki bersentuhan dengan lantai. Jika tidak mampu jejakkan kaki ke lantai, anda boleh gunakan perehat kaki.

* Postur badan yang betul ketika mengangkat barang:

1. Dada ke hadapan. Untuk mengekalkan belakang dalam
keadaan lurus, bengkokkan pinggul (bukannya bahagian
belakang bawah) dan cuba pastikan dada ke hadapan.

2. Hanya menggerakkan pinggul. Apabila ingin menukar arah atau posisi, pastikan anda hanya menggerakkan pinggul bagi mengelakkan tekanan ke atas tulang belakang.

3. Rapatkan barang tersebut ke badan.

Apa Itu Bunion?Bunion adalah benjolan tulang yang terbentuk pada sendi di pangkal jari kaki anda. Ia berlaku apabila seb...
18/12/2020

Apa Itu Bunion?

Bunion adalah benjolan tulang yang terbentuk pada sendi di pangkal jari kaki anda. Ia berlaku apabila sebahagian tulang di bahagian depan kaki anda bergerak keluar dari tempatnya.

Ini menyebabkan hujung jari kaki anda ditarik ke arah jari kaki yang lebih kecil dan memaksa sendi di pangkal jari kaki anda melekat.

*PENYEBAB?

- Memakai kasut yang ketat dan sempit boleh menyebabkan bunion atau membuatnya lebih teruk.
- Bunion juga dapat berkembang akibat bentuk kaki anda, kecacatan kaki atau keadaan perubatan, seperti arthritis.

*SIMTOM-SIMTOM?

- Benjolan yang menonjol di bahagian luar pangkal jari kaki anda.
- Bengkak, kemerahan atau sakit di sekitar sendi jari kaki anda-
- Kesakitan berterusan yang datang dan pergi
- Pergerakan jari kaki anda yang terhad

*FAKTOR RISIKO?

- Memakai kasut tumit tinggi memaksa jari kaki anda ke bahagian depan kasut anda, selalunya mengerumuni jari kaki.
- Kasut yang tidak sesuai. Orang yang memakai kasut yang terlalu ketat, terlalu sempit atau terlalu runcing cenderung mengembangkan bunion.
- Artritis reumatoid. Mempunyai keadaan keradangan ini dapat membuat anda lebih cenderung mengembangkan bunion.
- Keturunan. Kecenderungan untuk mengembangkan bunion mungkin disebabkan oleh masalah yang diwarisi dengan struktur atau anatomi kaki anda.

*KOMPLIKASI ?

- Bursitis. Keadaan yang menyakitkan ini berlaku apabila tuala wanita yang berisi cecair kecil yang membantutkan tulang di dekat sendi menjadi radang.
- Hammertoe. Selekoh yang tidak normal yang terjadi di sendi tengah jari kaki, biasanya kaki sebelah kaki besar anda, boleh menyebabkan rasa sakit dan tekanan.
- Metatarsalgia. Keadaan ini menyebabkan rasa sakit dan bengkak pada bola kaki anda

*RAWATAN ?

- Ubat-ubatan. Acetaminophen (Tylenol, lain-lain), ibuprofen (Advil, Motrin IB, yang lain) atau naproxen sodium (Aleve) dapat membantu anda mengawal rasa sakit pada bunion. Suntikan kortison juga boleh membantu.
- Rawatan menuam ais.Ais mampu untuk melegakan kesakitan dan bengkak.Tetapi jika and mengalami masalah peredaran darah periksa dengan doktor anda terlebih dahulu.
- Memakai splints.
- Senaman kekuatan pada bahagian kaki.

Plantar Fasciitis. Tapak kaki/tumit sakit mencucuk terutamanya ketika bangun tidur? Anda mungkin mengalami plantar fasci...
14/12/2020

Plantar Fasciitis.

Tapak kaki/tumit sakit mencucuk terutamanya ketika bangun
tidur?

Anda mungkin mengalami plantar fasciitis.

Plantar fasciitis merupakan kecederaan yang berlaku pada bahagian bawah kaki, di sekitar tumit dan arch kaki.

Punca?

• Terlalu lama berdiri, berlari atau berjalan lebih daripada sejam tanpa henti
• Postur kaki yang tidak seimbang
• Otot kaki yang lemah
• Overweight/obesity
• Kasut yang tidak sesuai
• Overuse or sudden exercise

Rawatan :

 Rehat daripada melakukan aktiviti yang menyebabkan sakit pada tumit bertambah
 Letak ais pada tumit bagi mengurangkan bengkak dan sakit
 Pakai shoe insert yang khas bagi menambah sokongan dan mengurangkan kesakitan
 Lakukan “specific plantar fasciitis stretches”.

Pencegahan :

1. Pakai kasut yang sesuai dan selesa
2. Sentiasa melakukan aktiviti regangan antara kaedah regangan yang boleh anda lakukan jika anda mengalami plantar fasciitis

ANDA RASA SAYA ADA MASA UNTUK SAKIT KEPALA?Saya ingin bertanya mengenai sakit tengkuk.Baru-baru ini, saya ada mengalami ...
11/12/2020

ANDA RASA SAYA ADA MASA UNTUK SAKIT KEPALA?
Saya ingin bertanya mengenai sakit tengkuk.

Baru-baru ini, saya ada mengalami sakit yang datang secara tiba-tiba di bahagian tengkuk selepas bangun daripada tidur.

Sakit tersebut terasa seperti mencengkam dan merebak sehingga ke bahagian bahu, kadang-kadang terasa seperti lenguh-lenguh dan sakit kepala.

Ia menjadi lebih teruk setiap kali saya memusingkan leher.
Saya cuba untuk menyapu minyak angin dan cuba untuk
mengurut-urut di kawasan tengkuk yang sakit dengan harapan sakit tersebut akan hilang.

Saya juga ada membeli ubat penahan sakit di farmasi kerana berasa tidak selesa.

Saya berasa risau memikirkan adakah ia berkaitan dengan penyakit yang serius?

Adakah ia berkaitan dengan posisi tidur yang tidak betul?
(ZAM-35 tahun)

APAKAH PENYEBAB SAKIT TENGKUK

1. Ketegangan dan Kemalangan:

 Berdiri dan duduk dengan postur yang salah
 Duduk bekerja di meja dalam satu masa yang panjang tanpa mengubah posisi
 Tidur dengan posisi yang salah
 S**a menggerakkan leher dengan laju ketika bersenam
 Whiplash - kecederaan yang biasa berlaku semasa kemalangan.

Ini biasanya dipanggil hyperextensi kerana kepala dipaksa bergerak ke belakang atau ke hadapan dengan pantas melampaui gerakan normal leher.

Pergerakan yang tidak normal ini mempengaruhi otot dan ligamen di leher.

2. Umur yang meningkat:

Umur yang meningkat mengalakkan :-
 Osteoarthritis – kemerosotan tulang rawan secara progresif
 Stenosis – penyempitan struktur tulang belakang (foramen/laluan neural) menyebabkan saraf terhimpit
 Degenerative disc disease (DDD) - cakera intervertebral menjadi kurang terhidrat, dan kurang keanjalan dan ketinggian.

3. Kehidupan Seharian:

 Postur yang lemah, obesiti, dan otot abdomen yang lemah mengganggu keseimbangan tulang belakang
 Tekanan dan ketegangan emosional menyebabkan otot mengecut menyebabkan rasa sakit dan kejang.

4. Penyakit Lain:

Jangkitan tulang belakang, tekanan yang berat terhadap tulang belakang, tumor, patah tulang.
Jika kecederaan kepala berlaku, kemungkinan besar leher juga boleh terjejas, jadi, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

APAKAH GEJALA SAKIT TENGKUK

 Rasa kebas, kesemutan
 Rasa sakit yang tajam
 Kesukaran untuk menelan
 Rasa berdenyut-denyut
 Pening
 Keletihan
 Bengkak kelenjar
 Sakit kepala
 Kesakitan di bahagian muka dan bahu

APAKAH RAWATAN SAKIT TENGKUK

Bergantung kepada penyebab sakit tengkuk (aktiviti, kecederaan, atau penyakit yang lain).

1. Gunakan pad pemanas selama 15 hingga 20 minit setiap 2 atau 3 jam.
2. Pengambilan ubat tahan sakit/ubat relakskan otot.
3. Melakukan senaman atau regangan.
4. Pembedahan jika melibatkan tekanan pada akar saraf tulang belakang, tumor, atau penyempitan saluran tulang belakang.
5. Duduk secara menegak dengan kerusi yang sesuai.
6. Elakkan menggunakan bantal yang terlalu l***r atau lembik.

SINDROM PIRIFORMISPernahkah Anda merasakan rasa nyeri yang dimulai di punggung dan turun hingga ke kaki? Kemungkinan and...
07/12/2020

SINDROM PIRIFORMIS
Pernahkah Anda merasakan rasa nyeri yang dimulai di punggung dan turun hingga ke kaki?

Kemungkinan anda mengalami sindrom piriformis.
Sindrom piriformis adalah gangguan neuromuskular yang terjadi disebabkan otot piriformis menekan saraf sciatic dan menyebabkan keradangan tisu lembut, kekejangan otot, atau keduanya sekali.

PUNCA SINDROM PIRIFORMIS?

• Bersukan secara
• Kerap mengangkat benda yang berat
• Melakukan pendakian yang tinggi
• Kecederaan yang melibatkan otot dan menyebabkannya menekan saraf sciatic (kejatuhan yang teruk, kemalangan kenderaan,perlanggaran semasa bersukan)
• Duduk untuk jangka masa yang panjang (duduk di depan TV)
• Otot Kurang fleksibiliti/ketat
• Berjalan terlalu lama
• Berlari dan aktiviti berulang yang melibatkan kaki
• Pendakian tangga yang berlebihan
• Overuse muscle

GEJALA SINDROM PIRIFORMIS?

• Rasa kesemutan/kebas di bahagian
punggung hingga ke belakang kaki.
• S**ar untuk duduk dengan selesa.
• Rasa sakit yang kuat semasa membuat aktiviti (berjalan lama,duduk lama,squat)
• Rasa sakit di punggung

RAWATAN SINDROM PIRIFORMIS?

• Rehat daripada aktitiviti buat sementara waktu
• Rawatan fisioterapi
• Melakukan senaman regangan – untuk meningkatkatkan fleksbiliti otot
• Urutan tekanan dalam / deep massage
• Mengambil Ubat Anti-radang /ubat penenang otot (muscle relaxant)
• Suntikan kortikosteroid - boleh mengurangkan keradangan dan pembengkakan
• Pembedahan – jika keadaan menjadi teruk

PENCEGAHAN SINDROM PIRIFORMIS?

• Melakukan Pemanasan sebelum berlari ataupun apa-apa aktiviti
• Tidak memaksakan diri dalam melakukan gerakan olahraga.
• Meningatkan intensity latihan olahraga secara perlahan-lahan.
• Membiasakan untuk tidak duduk terlalu lama. Jika memang pekerjaan mengharuskan duduk di depan laptop seharian, berdiri atau berjalanlah setiap 30minit

Address

28-1, Jalan PANDAN PRIMA 2, DATARAN PANDAN PRIMA
Ampang
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 09:00 - 06:00

Telephone

+60134069885

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anith Sports Therapist - Armels posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Anith Sports Therapist - Armels:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram