27/06/2020
AHMAD NISFU HIDUP MELARAT KE? INI KISAH SEBENARNYA
Oleh: DAN
AHMAD NISFU dilahirkan di Medan pada tahun 1902 dengan nama Mohamed bin Nisfu. Ahmad Nisfu merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau kemudiannya berpindah bersama-sama keluarganya ke Pulau Pinang ketika masih kecil. Ahmad Nisfu menetap dan membesar di Kampung Makam, Pulau Pinang.
Ahmad Nisfu terdedah dengan dunia pentas bangsawan sejak kecil lagi. Bapanya merupakan tokoh utama dalam Wayang Kassim, sebuah kumpulan wayang bangsawan di Pulau Pinang. Semasa di Pulau Pinang, Ahmad Nisfu mendapat pendidikan agama di madrasah. Beliau hanya boleh membaca dan menulis dalam tulisan Jawi. Semasa di Pulau Pinang juga, Ahmad Nisfu mula berlakon bersama Grand Opera pada tahun 1912. Mereka sering mengadakan persembahan di utara semenanjung Tanah Melayu. Dari situlah Ahmad Nisfu mengasah bakat lakonannya sedikit demi sedikit. Beliau kemudiannya menyertai Star Opera yang beroperasi di Perak bersama-sama bapanya.
Ketika berusia 18 tahun, beliau telah berhijrah ke Singapura pada tahun 1920 dengan mengikuti kumpulan Indera Bangsawan yang dimiliki oleh Siti Hawa yang sangat terkenal dengan panggilan Seri Panggung Mak Lebai. Semasa berada di Singapura, Ahmad Nisfu bertambah aktif dalam dunia lakonan di pentas-pentas bangsawan sehingga namanya menjulang naik.
Pada tahun 1950-an, ramai tokoh-tokoh bangsawan telah beralih angin untuk menceburkan diri dalam dunia perfileman termasuklah Ahmad Nisfu.
Filem pertama yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu ialah ๐๐ฏ๐ข๐ฌ ๐๐ฐ๐ฏ๐ต๐ช๐ข๐ฏ๐ข๐ฌ (1958) arahan Ramon A. Estella, diikuti dengan filem ๐๐ฆ๐ณ๐จ๐ข๐ด๐ช (1958) yang diarahkan oleh Dhiresh Gosh. Kedua-dua filem ini telah diterbitkan oleh Malay Film Productions (MFP) yang dimiliki oleh Shaw Brothers.
Nama Ahmad Nisfu semakin menjulang tinggi apabila P. Ramlee mengambilnya berlakon di dalam ๐๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ฌ๐ข๐ณ ๐๐ถ๐ซ๐ข๐ฏ๐จ ๐๐ข๐ฑ๐ฐ๐ฌ pada tahun 1959. Beliau berjaya menghidupkan watak tauke sampan dan kepala samseng di dalam filem itu walaupun ia bercorak komedi. Hal ini tidak menjadi masalah kepada Ahmad Nisfu kerana pengalamannya berlawak semasa di pentas bangsawan dahulu sangat luas.
Ahmad Nisfu sering diberi watak penting di dalam filem-filem arahan P. Ramlee di MFP. Lakonan beliau dalam filem-filem arahan P. Ramlee sangat menyerlah dan masih meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton, hingga ke hari ini.
Filem-filem yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu di bawah arahan P. Ramlee ialah ๐๐ถ๐ด๐ข๐ฏ๐จ ๐๐ฆ๐ณ๐ซ๐ข๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ต (1959), ๐๐ถ๐ซ๐ถ๐ฎ ๐๐ข' ๐๐ญ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐จ (1959), ๐๐ฏ๐ต๐ข๐ณ๐ข ๐๐ถ๐ข ๐๐ข๐ณ๐ซ๐ข๐ต (1960), ๐๐ฆ๐ฏ๐ช๐ฎ๐ข๐ฏ ๐๐ถ๐ซ๐ข๐ฏ๐จ ๐๐ข๐ฑ๐ฐ๐ฌ (1961), ๐๐ฃ๐ถ ๐๐ฆ๐ณ๐ต๐ถ๐ข ๐๐ถ (1962), ๐๐ข๐ด๐ช๐ฃ ๐๐ช ๐๐ข๐ฃ๐ถ ๐๐ข๐ฃ๐ช (1963), ๐๐ข๐ฅ๐ถ ๐๐ช๐จ๐ข (1964) dan
3 ๐๐ฃ๐ฅ๐ถ๐ญ (1964).
Dalam satu kenyataan, P. Ramlee pernah mengatakan bahawa pelakon-pelakon yang dikaguminya ialah bintang Hollywood Stewart Granger, Marlon Brando, dan seniman tanahair iaitu Ahmad Nisfu. P. Ramlee sering memanggil Ahmad Nisfu dengan gelaran ๐๐ข๐ฌ ๐๐ฆ๐ด๐ข๐ณ kerana lubang hidungnya sangat besar. Hubungan mereka juga boleh dikatakan sangat erat seperti bapa dan anak.
Filem-filem lain yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu di MFP ialah ๐๐ฐ๐ค๐ต๐ฐ๐ณ (1958), ๐๐ข๐ถ๐ฅ๐ข๐จ๐ข๐ณ ๐๐ช๐ฏ๐บ๐ข๐ฌ ๐๐ณ๐ข๐ต (1959), ๐๐ช๐ต๐ช ๐๐ถ๐ด๐ญ๐ช๐ฉ๐ข๐ต (1962), ๐๐ฆ๐ณ๐ฉ๐ข๐ฏ๐ข (1962), ๐๐ฐ๐ณ๐ฃ๐ข๐ฏ (1963), ๐๐ช๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐๐ฆ๐ฏ๐ข๐ฏ๐ต๐ถ (1963), ๐๐ช๐ข๐ฑ๐ข ๐๐ฆ๐ด๐ข๐ณ! (1964), ๐๐ถ๐ด๐ข๐ฌ๐ข ๐๐ฐ๐ฏ๐ต๐ช๐ข๐ฏ๐ข๐ฌ (1965), ๐๐ข๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐๐ช ๐๐ถ๐ต๐ข (1965), ๐๐ข๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐๐ฆ๐ฏ๐ข๐ฏ๐ฅ๐ฐ๐ฏ๐จ (1965), ๐๐ณ๐ช ๐๐ฏ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ด (1966), ๐๐ข๐ฎ๐ฑ๐ฐ๐ฏ๐จ ๐๐ข๐ณ๐ข๐ฎ (1967) ๐ฅ๐ข๐ฏ
๐ ๐๐ฐ ๐๐ฐ 67 (1967).
Suatu perkara yang menarik mengenai Ahmad Nisfu, beliau tidak terikat dengan mana-mana studio. Beliau lebih selesa menjadi pelakon bebas. Oleh sebab itu kita dapat melihat beliau juga turut berlakon di dalam filem-filem yang diterbitkan oleh Cathay-Keris Film (CKF) seperti ๐๐ข๐ฏ๐จ ๐๐ฏ๐ฐ๐ฎ (1962), ๐๐ถ๐ฏ ๐๐ข๐ต๐ช๐ฎ๐ข๐ฉ (1962), ๐๐ถ๐ญ๐ข ๐๐ถ๐ญ๐ช ๐๐ช๐ฏ๐ต๐ข๐ฏ๐จ ๐๐ถ๐ซ๐ฐ๐ฉ (1962), ๐๐ข๐ช๐ญ๐ข ๐๐ข๐ซ๐ฏ๐ถ๐ฏ (1962), ๐๐ข๐ฏ๐ค๐ฉ๐ข๐ฏ๐จ ๐๐ถ๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ (1962), ๐๐ข๐ณ๐ข๐ฉ-๐๐ถ (1963), ๐๐ข๐บ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐๐ช-๐๐ข๐ฌ๐ต๐ถ ๐๐ข๐ซ๐ข๐ณ (1963), ๐๐ถ๐ฏ๐จ๐ข ๐๐ข๐ฏ๐ซ๐ฐ๐ฏ๐จ (1963), ๐๐ข๐ซ๐ถ๐ญ ๐๐ด๐ฉ๐ช๐ฌ๐ช๐ฏ (1963), ๐๐ฐ๐ฏ๐ต๐ช๐ข๐ฏ๐ข๐ฌ ๐๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ญ๐ช (1963), ๐๐บ๐ฆ๐ณ ๐๐ข๐ต๐ข ๐๐ถ๐บ๐ฐ๐ฏ๐จ (1964), ๐๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ข๐ด๐ข (1964), ๐๐ด๐ต๐ข๐ฏ๐ข ๐๐ฆ๐ณ๐ฅ๐ข๐ณ๐ข๐ฉ (1965), ๐๐ถ๐ข ๐๐ข๐ญ๐ช ๐๐ช๐ฎ๐ข (1966), ๐๐ญ๐ข๐บ๐ฃ๐ฐ๐บ (1967), ๐๐ข๐ต ๐๐ข๐ซ๐ข ๐๐ข๐ฑ๐ฐ๐ณ (1967), ๐๐ช-๐๐ถ๐ณ๐ข๐ช (1968), ๐๐ข๐ง๐ด๐ถ ๐๐ฆ๐ญ๐ช๐ข (1969), ๐๐ถ๐ข๐ฌ๐ข (1970), ๐๐ฐ๐ฃ๐ข๐ฏ๐จ ๐๐ถ๐ณ๐ข๐ฌ๐ข (1970), ๐๐ข๐ต ๐๐ข๐ณ๐ถ๐ฏ๐จ ๐๐ถ๐ฏ๐ช (1970) dan yang terakhir ๐๐ข๐ฉ๐ข๐ฏ๐ข๐ฎ (1971).
Di luar bidang lakonan, Ahmad Nisfu pernah menjadi seorang bilal di Masjid Khalid, Joo Chiat Road, Singapura. Beliau seringkali memberi tazkirah serta nasihat agama kepada orang awam di masjid. Beliau juga sering membaca al-Quran di masjid ketika tiada penggambaran filem. Jikalau beliau dikehendaki untuk menjalani penggambaran, sebuah kereta milik studio akan datang menjemputnya di rumah.
Ahmad Nisfu meninggal dunia ketika berusia 70 tahun pada 25 Jun 1972, sekitar jam 9:00 pagi akibat penyakit kencing berdarah di rumah anak lelakinya di Kampung Kuchai, Lorong 3, Geylang. Beliau meninggalkan seorang balu yang bernama Chik binti Osman, tiga orang anak dan 14 orang cucu. Menurut anaknya lagi, Ahmad Nisfu dikelilingi ahli keluarganya semasa meninggal dunia. Ramai rakan-rakan seniman dan seniwati dari studio MFP dan CKF melawat jenazahnya untuk memberi penghormatan terakhir. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Bidadari, dan kemudiannya telah dipindahkan ke Tanah Perkuburan Lim Chu Kang oleh kerajaan Singapura.
Pada awal tahun 1970-an, Ahmad Nisfu berhajat untuk menulis riwayat hidupnya serta pengalaman beliau sepanjang melibatkan diri di dalam seni lakonan bermula daripada pentas bangsawan sehinggalah ke layar perak. Menurutnya, adalah penting bagi seseorang yang terlibat dalam dunia seni itu menulis segala pengalaman serta pahit getir semasa bergelar seniman untuk tatapan keluarga dan para peminat.
Malangnya, hajat beliau untuk menulis dan membukukan riwayat hidupnya itu tidak kesampaian kerana ajal telah menjemputnya terlebih dahulu. Segala pengalaman, pahit getir serta kenangan manis semasa hidupnya dibawa bersama ke alam barzakh.
๐ฆ๐๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ
1. Berita Harian
2. P. Ramlee Erti Yang Sakti
3. Filem Melayu Citra Budaya dan Rakaman Sejarah
4. The Patriots