20/03/2020
Hari ketiga kawalan pergerakan..
Kami terus bekerja untuk anda, anda bantulah kami dengan tetap berada di rumah dan tolong doakan kami..
Bayangkan jika seorang pesakit tidak memaklumkan bahawa beliau pernah terlibat dengan sesuatu yang mungkin menyebabkan beliau dijangkiti Covid 19, maka beliau akan dirawat tanpa PPE oleh ramai doktor dan jururawat..
Jika pesakit tersebut positif Covid 19, maka semua yang terlibat dalam perawatan pesakit tersebut akan dikuarantin.. Malah seluruh pesakit di dalam wad juga perlu disaring dan dirawat..
Dan jika hal ini berterusan berlaku, maka kakitangan kesihatan akan lumpuh dalam menangani lambakan pesakit akibat kekurangan staff.. Staff yang sedia ada akan semakin penat, tanpa cuti, tanpa hiburan, jauh dari keluarga, ibu bapa di kampung.. Maka siapa yang bertanggungjawab dan mampu menggantikan tenagakerja yang sangat diperlukan?
Semua jawapan bergantung pada kejujuran dan ketelusan diri sendiri..
So, please stay at home.. Keep quarantine urself and be sincere..
Hubungi hospital jika menghadapi simptom dan jangan sebarkan virus kepada orang lain, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang..
Stay safe and please doakan kami dan semua warga Malaysia dan dunia seluruhnya.. Kami akan terus bekerja untuk anda, namun kami juga memerlukan empati dari anda untuk bekerjasama dengan kami..
May Allah ease..
P/s: Amalkan ma’tsurat pagi petang.. Kita ikhtiar, doa dan tawakal..
💉💊