Klinik Medinna 24 Jam Taman Nirwana

Klinik Medinna 24 Jam Taman Nirwana Sebuah klinik yang mementingkan kepuasan pelanggan, "Kesihatan Anda Keutamaan Kami"

𝐃𝐚𝐡 𝐀𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬,𝐓𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐆𝐚𝐠𝐚𝐥 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬?👉 Sejak 2019, selepas mendapat kelulusan rasmi, ubat kurus semaglutide semakin p...
15/11/2025

𝐃𝐚𝐡 𝐀𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬,𝐓𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐆𝐚𝐠𝐚𝐥 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐬?

👉 Sejak 2019, selepas mendapat kelulusan rasmi, ubat kurus semaglutide semakin pop**ar. Kini banyak kajian dijalankan, termasuk kombinasi dengan diet tertentu.

👉 Kajian di China (2024) mendapati ubat kurus oral + kaedah calorie restriction memberikan 10.8% kesan lebih baik dalam penurunan berat badan.

👉 Namun, dengan ubat sahaja, penurunan berat badan biasanya hanya 4–7% dalam 6–12 bulan*.

👉 Di Klinik Medinna (Taman Nirwana & Seri Kembangan) dengan consultation bersama doktor kami, berdasarkan data tidak rasmi, kami mendapati kesan penurunan berat badan boleh mencapai sehingga 30–40%, lebih baik berbanding mengambil ubat semata-mata!

👉 Dan kami bukan hanya menekankan penurunan berat badan, tetapi juga amalan gaya hidup sihat dan menstabilkan berat badan ideal, walaupun selepas berhenti mengambil ubat kurus.

👉 Konsultasi bersama doktor kami membantu anda memahami strategi pengambilan ubat kurus yang selamat & berkesan untuk jangka panjang.

👉 Kami juga fokus membantu mereka yang gagal menurunkan berat badan walaupun sudah mencuba ubat kurus sebelum ini.

Kesihatan Anda Keutamaan Kami

Temui atau hubungi kami di:-

Klinik Medinna 24 Jam, Klinik Medinna 24 Jam Taman Nirwana
📞 011-5867 5878

Klinik Medinna 24 Jam Seri Kembangan
📞 013-299 2580

𝐁𝐫𝐨𝐧𝐜𝐡𝐢𝐚𝐥 𝐀𝐬𝐭𝐡𝐦𝐚" 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐉𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐤  * Mak cik ini datang ke Klinik Medinna 24 Jam Taman Nirwana kerana "s...
08/11/2025

𝐁𝐫𝐨𝐧𝐜𝐡𝐢𝐚𝐥 𝐀𝐬𝐭𝐡𝐦𝐚" 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐉𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐤

* Mak cik ini datang ke Klinik Medinna 24 Jam Taman Nirwana kerana "semput".

* Disangkanya serangan asthma akut (acute exacerbation of bronchial asthma). Tetapi doktor kami yang jujur mendapati tiada ronchi /wheezing (bunyi saluran pernafasan yang sempit).

* Maka kami tahu, samada anxiety atau masalah jantung yang kerap bagi masalah semput ini.

* Namun demikian auscultation of lungs atau pemeriksaan paru-paru mendapati adanya "air yang tersangkut" atau bibasal crepitations sound, pada bahagian bawah paru-paru, ini memberi clue kepada lemah jantung.

* Lantas doktor kami memeriksa tekanan pada salur darah vena di leher (JVP), sedikit meningkat, kemudian pulse pressure (beza tekanan systolic dan diastolic), agak rendah.

* Lalu ditanyakan kepada pesakit simptom lemah jantung, orthopnea (tidak boleh tidur/baring tanpa bantal untuk tempoh yang lama sedikit), batuk setelah tidur dan reduced effort tolerance, iaitu cepat mengah.

* Pesakit menjawab ya, dan didapati benar ada tanda jantung bengkak. Daripada asalnya difikirnya semput asthma tetapi rupanya jantung bengkak.

* Maka daripada berulang kali mendapat neb sahaja untuk semput tadi, pesakit ini alhamdulillah mendapat rawatan yang tepat. Walhal tak lama lagi dijadualkan ada pembedahan thyroid.

* Tuan/puan, kadangkala doktor tidak sependapat dengan anggapan anda, kami sebenarnya belajar bab ini, mengesan diagnosis pesakit dan rawatan yang sesuai.

* Semuanya untuk kebaikan anda.

"Kesihatan Anda Keutamaan Kami"

Hubungi kami di:-
011-5867 5878 (Caw Taman Nirwana, Ampang)

0132992580 (cawangan Seri Kembangan)

19/10/2025

𝐊𝐞𝐬 𝐊𝐞𝐠𝐚𝐧𝐚𝐬𝐚𝐧/𝐉𝐞𝐧𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐃𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡: 𝐀𝐃𝐇𝐃?

* Antara salah satu kriteria ADHD adalah impulsivity atau tantrum. Bahasa mudahnya sentap dan reaksi yang tak terkawal secara tiba-tiba.

* Cuma sebahagian kanak-kanak ADHD ini masih hyperactive dan tidak berapa fokus (inattention).

* Sebahagiannya adalah cerdik dan scorer, mungkin juga ada sedikit autistic behaviour.

* Contohnya stereotyped behavior, terdapat pengulangan rutin yang sama, dan minat yang terfokus kepada aktiviti atau bahan tertentu. Contohnya picky eater yang hanya s**a akan makanan tertentu.

* Apa yang menjadi masalah adalah apabila anak-anak ini tidak mampu menguruskan kekecewaan, kekalahan, tak diterima rakan dan sebagainya.

* Manakala sekolah dan ibu bapa tidak berjaya mengenal pasti masalah ini, kesannya anak-anak mungkin akan lebih menyendiri, tetapi masih ke sekolah, mungkin akan memberi kesan kepada pelajaran dan behavior.

* Tetapi sebahagian anak-anak mungkin akan terkesan dengan pengaruh yang tidak baik mahupun jenayah yang mungkin mereka dspati daripada video di youtube, facebook dll. Ada yang terpengaruh dengan rakan-rakan di sekolah yang mungkin nakal.

* Kesannya adalah tidak mustahil impulsivity pada kanak-kanak ini akan menyebabkan mereka tidak mampu menguruskan emosi mereka dan bertindak di luar batasan.

* Sebahagiannya p**a mungkin tiada apa permasalahan di sekolah rendah, tetapi mula bermasalah di sekolah menengah apabila tidak boleh fokus dan selalu terasa hati.

* Masalah tidak fokus ini mungkin akan kita nampak sebagai kerap pelupa, lupa itu dan ini, dan disusuli dengan mood swing atau impulsivity itu tadi.

* Sebenarnya terdapat ubat yang sesuai bagi masalah ini, dan juga psychotherapy.

* Memahami keadaan anak-anak anda serta membenarkan anak menerima rawatan, mungkin akan membantu anak-anak melepasi zaman remaja dengan selamat, bukan sekadar tidak menjadi penjenayah, malah menjadi anak-anak yang berjaya.

* Doktor kami, Dr Din ini adalah antara contoh pesakit yang menerima rawatan yang betul, boleh membimbing beliau dan anak-anak dan menjadi insan yang berjaya. Insyaallah.

Temui kami di:-

Klinik Medinna 24 Jam Taman Nirwana
011-5867 5878

Atau

Klinik Medinna 24 Jam Seri Kembangan
0132992580

"Kesihatan Anda Keutamaan Kami"

28/09/2025

𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐭: 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐁𝐨𝐧𝐭𝐨𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐊𝐞𝐬?

* Jadi kami ingin mengajak anda kepada amalan dan kefahaman yang betul.

* Majoriti masalah sembelit pada kanak-kanak adalah berkaitan dietary, iaitu kekurangan pengambilan fibre atau serat daripada sayur atau buah. Hampir semua ibu bapa ada masalah ini.

* Cara penyelesaian yang mudah adalah kita cuba kreatif dalam menggalakkan anak memakan buah dan sayur, contohnya mebuat jus buah & masakan yang menarik.

* Tetapi sekadar sembelih biasa, anak tidak akan menangis kesakitan. Punca utama anak menangis sewaktu membuang air besar adalah kerana luka pada lubang dubur, yang mana luka ini menyebabkan kesakitan dan menyebabkan otot kemut dubur mengecut, sekali gus menyusahkan anak untuk membuang.

* Rawatan sebenar adalah dengan krim tahan sakit khas disapu pada bahagian luka dan krim melembutkan (relax) pada otot kemut. Selain itu adalah dressing atau mencuci luka tersebut dan sitz bath adalah kaedah paling mudah. Luka yang tidak dicuci boleh menyebabkan jangkitan kuman di pinggir dubur.

* Manakala Hischprung disease p**a adalah kecacatan pada saraf usus besar yang menyebabkan pergerakan normal (peristalsis) tidak berlaku pada sebahagian segment usus maka najis tidak akan keluar dan tersekat.

* Ini memerlukan pengesanan awal dan pembedahan.

Jadi jom kita fahami masalah sembelit pada anak-anak dan biasakan yang betul, tak semua kes sembelit memerlukan ubat masuk dubur.

Terima kasih.

Kesihatan Anda Keutamaan Kami

Temui kami di Klinik Medinna 24 Jam Taman Nirwana atau hubungi 011-5867 5878

Atau di Klinik Medinna 24 Jam Seri Kembangan, hubungi 0132992580

𝐑𝐞𝐬𝐝𝐮𝐧𝐠 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐋𝐞𝐦𝐚𝐡 𝐉𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 & 𝐒𝐭𝐫𝐨𝐤𝐞?Tulisan asal doktor kami. * Ada rakan saya, seorang farmasis. Dia ...
20/09/2025

𝐑𝐞𝐬𝐝𝐮𝐧𝐠 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐋𝐞𝐦𝐚𝐡 𝐉𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 & 𝐒𝐭𝐫𝐨𝐤𝐞?

Tulisan asal doktor kami.

* Ada rakan saya, seorang farmasis. Dia minta buat scan jantung (echo). Saya buat dan mendapati jantung beliau bengkak.

* Daripada sekolah lagi saya ingat kawan saya ini senang betul tidur dan berdengkur.

* Dan sebenarnya agak ramai yang tidak tahu kaitannya resdung dengan obstructive sleep apnea, termasuklah segelintir doktor.

* Malah resdung juga boleh mengganggu melalui keradangan dan risiko atherosclerosis seraya serangan jantung/stroke.

* 10-30% pesakit resdung boleh mendapat obstructive sleep apnea (OSA) atau tidur berdengkur berpenyakit.

* OSA yang tak dirawat ada 2-3 kali ganda risiko darah tinggi, lemah jantung, stroke dll.

* Pesakit pun ramai yang confused antara resdung dan sinusitis.

* Maka rawatan resdung adalah penting.

Temui kami di Klinik Medinna 24 Jam Taman Nirwana hubungi 011-5867 5878

"Kesihatan Anda Keutamaan Kami"

16/09/2025

Scan Baby Hisap Jari!

Kebetulan kami di Klinik Medinna sedang melakukan prosedur ultrasound, tanpa disangka-sangka posing comel p**a daripada bayi ini.

Apa pun jom scan dengan kami!
Scan kandungan biasa ada, 3D5D ada, anomaly (detail) scan pun ada, scan abdomen, pelvis, breast, thyroid dan lain-lain pun ada, begitu juga dengan sebahagian ultrasound guided procedure.

"Kesihatan Anda Keutamaan Kami"

Hubungi:
Klinik Medinna Taman Nirwana 01158675878
Klinik Medinna Seri Kembangan 0132992580

14/09/2025

𝐂𝐨𝐦𝐦𝐨𝐧 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞𝐬 𝐈𝐧 𝐂𝐢𝐫𝐜𝐮𝐦𝐜𝐢𝐬𝐢𝐨𝐧

* Among the common mistakes are:-

I. Undercut - easier is to avoid any case of buried p***s or obese. But if you were to do that, do it correctly and penoplasty must be learned.

II. Outer more than inner cut - common in phimosis, after the not enough release of phimosis, before the cut. So be careful before the cut, make sure dah tarik habis, then only clamp and cut.

III. Heat injury - could happen in heat based instruments especially the unipolar diathermy. So avoid using that, and bipolar pun boleh jadi heat injury, hence kena justified use of diathermy. This is another proof that dorsal slit walaupun berdarah sikit but still the best method with less heat injury.

IV. Giving LA / prompt - kalau boleh spend some time untuk kurangkan patient's anxiety and bagi LA betul-betul. Dont simply assume budak tu manja etc, and better to test and improve your technique untuk bagi LA.

V. Always advice for dressing / follow up because it might be clean at clinic but maybe not at home and what more improper wound care.

VI. Make the connection easier to the patient because they don't know everything and including the post op care.

So please practice safe circumcision.

"Kesihatan Anda Keutamaan Kami"

Klinik Medinna Taman Nirwana
Hubungi 011-5867 5878

10/09/2025

Khatan Dengan Selamat

* Khatan adalah terkenal dengan masyarakat Muslim di Malaysia. Tetapi sejarah asalnya adalah budaya kaum dan penganut agama lain sebelum kedatangan Islam lagi.

* Selain sebagai amalan agama, ia juga adalah rawatan klinikal bagi sesetengah kes seperti jangkitan kulit berulang (balanitis) dll.

* Dan kini khatan menjadi pop**ar di kalangan masyarakat bukan Islam terutamanya di US dan South Korea. Begitu juga di Malaysia, semakin ramai bukan Islam yang datang berkhatan.

* Tetapi khatan mungkin akan menyebabkan komplikasi, dan sebahagiannya boleh dielakkan seperti yang diterangkan oleh doktor kami;

- undercut atau dah khatan tenggelam
- phimosis atau buta - boleh menyebabkan tak balance cut kulit dalam dan luar
- hypospadias - shaft dan junctional perlu dirujuk kepada pakar

Jom kita khatan dengan selamat!
Insyaallah

Temui kami di
Klinik Medinna 24 Jam Taman Nirwana
Hubungi: 011-5867 5878

Klinik Medinna 24 Jam Seri Kembangan
Hubungi: 0132992580

Jom Khatan Dengan Selamat! * Dengan doktor kami yang berpengalaman, lebih beribu rekod kes khatan, tanpa komplikasi.* Te...
09/09/2025

Jom Khatan Dengan Selamat!

* Dengan doktor kami yang berpengalaman, lebih beribu rekod kes khatan, tanpa komplikasi.

* Termasuklah kes 5 kali gagal khatan sebelum ini, tetapi Alhamdulillah berjaya apabila dengan doktor kami.

* Dan juga khatan bayi serta dewasa.

* Baiki khatan daripada klinik lain, seperi tenggelam dan sebagainya.

* Kami mementingkan kepuasan ibu bapa dan keselamatan prosedur serta jaminan sembuh. Kita akan pantau sehingga sembuh dan memberikan penerangan tentang penjagaan di rumah.

"Kesihatan Anda Keutamaan Kami"

Hubungi kami di Klinik Medinna 24 Jam Taman Nirwana di 011-5867 5878

06/09/2025

Anak Demam?

* Kebanyakan ibu bapa panik apabila anak demam. Ini adalah respon normal terutamanya bagi 'first time' parents.

* Namun demikian, kadangkala keadaan tidak mengizinkan untuk anda ke klinik lebih awal, tetapi adakah selamat untuk dirawat di rumah?

* Ini adalah persoalan lazim yang sering kami terima.

* Ikuti penerangan Dr Afifah, Residen Klinik Medinna Taman Nirwana.

"Kesihatan Anda Keutamaan Kami"

Klinik Medinna:

Taman Nirwana: 011-5867 5878
Seri Kembangan: 0132992580

Address

1-G-2, City Garden Commercial Centre, Jalan Nirwana, Taman Nirwana
Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Medinna 24 Jam Taman Nirwana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Medinna 24 Jam Taman Nirwana:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram