18/02/2020
1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Kandungan antioksidan dalam makanan organik 30% lebih tinggi berbanding makanan yang menggunakan proses bahan kimia. Ini secara tidak langsung membantu mengurangkan penyakit jantung dan kanser.
2. Kandungan nutrien yang tinggi
Kandungan nutrient makanan organic lebih tinggi berbanding makanan yang diproses. Lebih teruk jika makanan yang diproses itu ditinkan kerana bahan kimia untuk pembuatan tin sebenarnya akan menurunkan lagi khasiat sesuatu makanan itu.
3. Lebih bersih
Makanan organik bersih kerana melalui proses secara semula jadi. Walaupun bahan kimia mampu menyuburkan, mencantikkan, mengelak tumbuhan atau haiwan daripada penyakit dan sebagainya tetapi bahan kimia yang digunakan member kesan terhadap khasiat sesuatu makanan.
4. Bebas racun dan bahan kimia
Makanan organik antara yang terbaik untuk diambil kerana bebas daripada racun atau bahan kimia yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan badan.
5. Simpan nutrien
Di samping kaya vitamin, garam galian dan serat, makanan organik turut berupaya menyimpan nutrien untuk jangka masa yang lebih lama. Makanan organik juga dikatakan menjadi pilihan utama chef professional dalam menyediakan hidangan.