MKS Terapi Urut Saraf Wanita Pandan Indah / Ampang

MKS Terapi Urut Saraf Wanita Pandan Indah / Ampang Menjaga kesihatan sejak daripada muda amatlah penting utk mendapatkan kesejahteraan di hari tua. In sya Allah.

khas untuk wanita sahaja
Pusat Urut & Rawatan Terapi Tulang Belakang terletak di Pandan Indah, Ampang
Untuk pertanyaan / Tempahan masa sila hubungi / klik link dibawah:

BookingSlotUrut@BoneSetting" rel="ugc" target="_blank">http://www.wasap.my/601167445018/BookingSlotUrut@BoneSetting Rawatan urut amat penting dilakukan selalu agar badan kita sentiasa segar kerana aliran darah di dalam badan mengalir dengan lancar ke otak kita. Terdapat dua jenis urutan yang ditawarkan;

1) Urutan Relaxing: Rawatan urut relaxing sangat baik untuk membuat badan kita segar kembali setelah badan lelah bekerja. Tambahan khidmat Bone Setting digalakkan untuk melancarkan darak ke otak.

2) Urutan Urat Saraf: Rawatan urut urat saraf perlu dilakukan jika mengalami sakit di bahagian badan yang tertentu, seperti pinggang, lengan, bahu,kaki, lutut dan lain-lain. Tambahan khidmat Bone Setting amat digalakkan untuk membetulkan semula struktur tulang di badan kita. jika mengalami sakit di bahagian pinggang, lengan, bahu,kaki, lutut, amat lah digalakkan untuk mengambil rawatan Bone Setting. kita hanya ikhtiar kerana hanya Allah penyembuh segala penyakit.

12/11/2025

Bukan mudah nak konsisten buat rawatan, tapi customer kami ni dah datang 5 kali 🤍 Terima kasih my lovely customer yang dah konsisten berikhtiar bersama Master Nisa 💚 Rawatan kali ke-5 untuk masalah frozen shoulder dan sakit pinggang ini, Alhamdulillah, semakin banyak perubahan positif yang dirasai.
Semoga terus diberi kesembuhan yang berpanjangan, insyaAllah 🤍

09/11/2025

Ramai yang datang cuma nak cuba-cuba, tapi alhamdulillah lepas rawatan terus rasa ringan 🌿 Terima kasih sebab percaya dan berikhtiar bersama kami 💚
Moga semua terus sihat dan diberi kesembuhan berpanjangan 🤍

07/11/2025

Syukur alhamdulillah, semakin ramai yang datang berikhtiar sembuh bersama kami 💚 Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda semua. Moga setiap rawatan membawa kelegaan dan ketenangan. 🌸

05/11/2025

✨ Bidara Oil — minyak urut herba dengan rasa hangat lembut, tak panas dan selamat untuk ibu mengandung. Bantu legakan lenguh, sendi dan urat tegang secara semula jadi. 💚

untuk pertanyaan, pembelian dan tempahan: 011 - 6260 6154 📲

Akhirnya… hari yang kami nanti sekian lama, tiba juga! 💚✨Dengan penuh rasa teruja dan syukur, kami memperkenalkan produk...
29/10/2025

Akhirnya… hari yang kami nanti sekian lama, tiba juga! 💚✨

Dengan penuh rasa teruja dan syukur, kami memperkenalkan produk pertama keluaran MKS Terapi Urut Saraf Wanita —
🌿 BIDARA OIL by Kucing Hijau x MKS 🌿

Ini bukan sekadar minyak herba biasa.
Bidara Oil dirumus dengan lebih daripada 10 ramuan herba asli seperti Minyak Bidara, Minyak Jerangau, Minyak Buah Pala, Minyak Daun Pudina dan Minyak Kelapa, khusus untuk bantu:

💆‍♀️ Membantu Melegakan sakit otot, sendi dan saraf
🌿 Membantu Melancarkan peredaran darah
🩸 Membantu Mengurangkan keradangan & anti-bakteria
🧘‍♀️ Menenangkan tubuh dan minda dari tekanan harian

Kami bangga kerana setiap titisan Bidara Oil dihasilkan dengan teliti — menggunakan minyak herba asli tanpa bahan kimia tambahan.

Aromanya lembut, rasa nyaman di kulit, dan hasilnya… kelegaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata 🌸

Inilah langkah pertama kami dalam membawa solusi semulajadi untuk kesihatan dan ketenangan tubuh.

Dari tangan kami, untuk kesejahteraan anda semua 💚

📲 Untuk tempahan & pertanyaan: 011-6260 6154

Pernah tak, bila badan rasa berat… urat tegang, sendi pun mula berbisik minta sesuatu. Ada kalanya, bukan kerja yang pen...
19/10/2025

Pernah tak, bila badan rasa berat… urat tegang, sendi pun mula berbisik minta sesuatu. Ada kalanya, bukan kerja yang penat — tapi tubuh yang terlalu lama menanggung.

Dari ramuan herba yang sudah lama digunakan dari nenek moyang kita untuk meredakan saraf dan lenguh badan, kini kami sempurnakan dalam satu formula yang lengkap..

Tak lama lagi, kelegaan itu bakal kembali dalam bentuk yang lebih halus,
tapi kekal dengan kekuatan tradisi.

🌿 Sesuatu sedang mendekat… bersedia untuk rasa lega yang sebenar.

18/10/2025

semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan ikhtiar sembuh my lovely customer ☺️ terima kasih telah dapatkan rawatan dgn kami 🥰

09/10/2025

“Bila Sukan Jadi Ujian”

Dia aktif bersukan, tapi tak sangka kecintaannya itu juga mengajarnya tentang batas.

Satu pagi, selepas larian panjang, rasa tegang di lutut dan belakang tak lagi hilang seperti biasa. Rasa mencucuk menjalar sampai ke lutut — rupanya itu bukan sengal biasa, tapi sciatica.

Bila datang buat rawatan, dia mula buka cerita tentang kisah bagaimana dia dapat sakit kepada master Nisa… setelah mendapat consultation daripada master Nisa, dia dengan penuh harapan, mahu kembali aktif tanpa rasa sakit, dan kali ini, dengan lebih berhati-hati.

Kadang, tubuh hanya minta kita berhenti sekejap —
bukan untuk menyerah, tapi untuk sembuh. 💚

Ramai ambil mudah bab penjagaan perut Tapi tahu tak… bila usus tak sihat, kesannya boleh rasa pada tenaga, kulit, tidur ...
05/10/2025

Ramai ambil mudah bab penjagaan perut
Tapi tahu tak… bila usus tak sihat, kesannya boleh rasa pada tenaga, kulit, tidur dan emosi juga?

Dengan 4Life Probiotics, perut dijaga dari dalam 🌸
Bakteria baik bantu seimbangkan sistem penghadaman & kuatkan imun tubuh.
Bila perut sihat — badan pun rasa ringan dan mood pun happy! 💚

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh tekan link di bio ✨️

Alhamdulillah pada Ahad lepas 28/9/2025, Master Nisa telah menghadiri program komuniti kesihatan dan program vaksin seba...
02/10/2025

Alhamdulillah pada Ahad lepas 28/9/2025, Master Nisa telah menghadiri program komuniti kesihatan dan program vaksin sebagai panel Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 11 di Surau Fathurrahman PPAM Melinjah, Putrajaya Presint 11 😊

02/10/2025

Alhamdulillah my lovely regular customer yang terus membuat rawatan secara berkala dengan Master Nisa 🥰 semoga ikhtiar untuk sembuh puan Intan akan diberikan kesihatan yang baik.. Terima Kasih banyak-banyak untuk supportnya 🥰

Address

11AG, Jalan PANDAN INDAH 1/23B
Ampang
55100

Opening Hours

Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Telephone

+60183103349

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MKS Terapi Urut Saraf Wanita Pandan Indah / Ampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram