20/03/2026
Alhamdulillah, Ramadan sudah sampai ke penghujungnya… tapi kali ini terasa lebih berat untuk melepaskannya.
Entah kenapa, hati terasa kosong… seolah-olah kita sedang mengucapkan selamat tinggal kepada sesuatu yang sangat kita perlukan. Ramadan datang membawa ketenangan, tapi pergi meninggalkan seribu persoalan… cukupkah amalan kita? diterimakah semuanya?
Malam raya ini mungkin yang terakhir untuk kita… mungkin juga Ramadan terakhir dalam hidup kita, siapa tahu.
Jadi malam ini, jangan lepaskan peluang… menangislah dalam doa, luahkan segala yang terbuku di hati. Kerana di saat inilah pintu-pintu langit terbuka luas, dan setiap doa didengari tanpa hijab.
Ya Allah… jika ini Ramadan terakhir kami, terimalah segala amalan kami… dan jika masih ada kesempatan, izinkan kami bertemu lagi dengan Ramadan yang akan datang.
Selamat tinggal Ramadan… kau akan sentiasa dirindui. 🤍