GymCademy

GymCademy GymCademy is a Child Therapy Centre which provides the best therapy session to typical & special child aged from 1 year - 15 years old.

Unlike other therapy centres, our main aim is the deliverance of knowledge to the parents for self intervention at home SENSORY-MOTOR-COGNITIVE-SOCIAL APPROACH | GYM FOR KIDS | FUN IN THERAPY FOR SPECIAL NEEDS CHILDREN | AUDITORY MEMORY QURAN FOR KIDS | QURAN FOR SPECIAL NEEDS | ONLINE ASSESSMENT/THERAPY SESSION | 1-TO-1 PARENTS COACHING

Selamat bercuti ibu ayah dan anak-anak semua 🤩Usah risau, GymCademy beroperasi seperti biasa hari ini .Semua sesi berjal...
25/12/2025

Selamat bercuti ibu ayah dan anak-anak semua 🤩

Usah risau, GymCademy beroperasi seperti biasa hari ini .

Semua sesi berjalan seperti dijadualkan, penuh hingga ke petang.

Moga anak-anak sihat, ceria dan dapat lakukan aktiviti dengan baik bersama teacher masing-masing ✨

📌 Tempahan sesi terapi bulan Januari kini DIBUKA. Namun, slot yang tinggal semakin terhad.

👉 Untuk tempahan, boleh terus mesej admin kami.

Maklumat lanjut di ruang komen. 👇🏻

12/12/2025

“Buat semua ibu ayah yang ada sesi terapi di GymCademy hari ini, semoga urusan anda dipermudahkan dan anak-anak dalam keadaan sihat serta tak sabar nak jalani aktiviti bersama tcer.” 🤩

Malam ini GymCademist ke UKM, Bangi bagi sama-sama berdoa bermunajat dalam OKU Berdoa bersama anak-anak istimewa. Kebetu...
05/12/2025

Malam ini GymCademist ke UKM, Bangi bagi sama-sama berdoa bermunajat dalam OKU Berdoa bersama anak-anak istimewa.

Kebetulan terserempak Dr. Syazwan, pensyarah pendidikan khas UKM. Dulu GymCademy pernah kolaborasi dengan Dr. Syazwan untuk program sambutan hari Autisme di Mydin Jasin.



Semalam berlangsung Karnival Kebajikan: Melaka Prihatin, Rakyat Disantuni sempena Sambutan Hari Warga Emas, Hari OKU & H...
05/12/2025

Semalam berlangsung Karnival Kebajikan: Melaka Prihatin, Rakyat Disantuni sempena Sambutan Hari Warga Emas, Hari OKU & Hari Kanak-Kanak serta Perasmian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka.

Alhamdulillah, GymCademy diberi peluang buka reruai di karnival dan suasananya memang meriah habis!
Pengunjung datang dari pelbagai lapisan masyarakat; pelajar, guru-guru, pensyarah UPSI, NGO dan ramai lagi.

Paling best, bila berbual dengan mereka…
rupanya ramai yang dah lama kenal GymCademy.
Dan tak kurang juga ibu ayah yang memang tunggu peluang nak jumpa terapis kami untuk tanyakan perkembangan anak.
Syukur, terapis kami dapat bantu sehabis baik.

Terima kasih JKM Melaka atas jemputan yang bermakna ni.

Kalau ada rezeki, insyaAllah kami sedia hadir lagi tahun depan.😊

Mana lagi? Melaka Lerrr..

Adik tetap JUARA di hati kami. ❤️🍎
03/12/2025

Adik tetap JUARA di hati kami. ❤️🍎

Selamat Hari OKU Sedunia.Tarikh yang istimewa setiap tahun bagi mengiktiraf, menghormati dan memperjuangkan hak serta pe...
03/12/2025

Selamat Hari OKU Sedunia.

Tarikh yang istimewa setiap tahun bagi mengiktiraf, menghormati dan memperjuangkan hak serta penyertaan penuh golongan OKU dalam masyarakat.

Hari yang buat kita berhenti sekejap…dan fikir balik, berapa ramai insan istimewa yang sebenarnya kita tak pernah benar-benar “lihat”.

Di sebalik seorang anak OKU, ada ibu ayah yang dah belajar sabar, belajar kuat, dan belajar senyum walaupun dunia kadang tak memahami situasi.

Moga hari ini jadi peringatan buat kita semua:

kita bukan kena jadi sempurna, kita cuma perlu jadi manusia yang sedikit lebih empati dan sedikit lebih membuka ruang.

Selamat Hari OKU Sedunia,
“Masyarakat Inklusif OKU, Kunci Kemajuan Sosial”

Setulus ikhlas dari kami team GymCademy.

Terima kasih dan tahniah! Hospital Putra Hospital Melaka atas penganjuran program semalam.Terima kasih juga kepada semua...
30/11/2025

Terima kasih dan tahniah! Hospital Putra Hospital Melaka atas penganjuran program semalam.

Terima kasih juga kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke reruai kami. Meriah!🤩

Semoga kita berjumpa program yang lain nanti.😊

Reruai GymCademy dah ready, tinggal tunggu nak buka je esok! 🤩Jom! jumpa kami di Dewan Gelanggang Bola Keranjang, Bukit ...
28/11/2025

Reruai GymCademy dah ready, tinggal tunggu nak buka je esok! 🤩

Jom! jumpa kami di Dewan Gelanggang Bola Keranjang, Bukit Serindit Melaka.

• Aktiviti best-best untuk anak memang banyak.
• Ibu ayah nak check perkembangan anak? Kami sediakan penilaian asas terus.
• Terapis pun turun padang, boleh tanya apa saja tentang perkembangan anak anda.
• Anak s**a hadiah? Confirm senyum lebar kalau singgah reruai kami!

Esok kita jumpa. Datanglah ramai-ramai, kita meriahkan sama-sama! 🎉

Hari Sabtu ni kalau ibu ayah free, jom datang ke stadium Tun Fatimah, Melaka bawa anak-anak sekali. Team GymCademy ada b...
25/11/2025

Hari Sabtu ni kalau ibu ayah free, jom datang ke stadium Tun Fatimah, Melaka bawa anak-anak sekali.

Team GymCademy ada buka reruai dan anak boleh main, ibu ayah pun boleh join aktiviti dan dapat hadiah best-best nanti. 🤩

Ibu ayah yang nak jumpa terapis untuk diskus berkaitan perkembangan anak jemput datang reruai kami sudi membantu.

kita jumpa dekat sana nanti. Jangan lupa tegur2 kami tau! 😁

Selamat menduduki Peperiksaan SPM 2025 kepada semua calon.Semoga diberikan ketenangan, kelancaran menjawab dan dipermuda...
25/11/2025

Selamat menduduki Peperiksaan SPM 2025 kepada semua calon.

Semoga diberikan ketenangan, kelancaran menjawab dan dipermudahkan dalam setiap kertas yang diduduki.

Moga segala usaha selama ini membuahkan kejayaan yang membanggakan diri sendiri serta kedua ibu bapa.
All the best, dan semoga mencapai keputusan cemerlang. 🍎

Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia.Hari untuk ingat yang budak-budak ni bukan sekadar “kecil”mereka manusia penuh jiwa, pe...
20/11/2025

Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Hari untuk ingat yang budak-budak ni bukan sekadar “kecil”mereka manusia penuh jiwa, penuh rasa, penuh cerita yang kita kadang terlepas pandang.

Moga anak-anak kita membesar dengan baik, berilmu dan jadi orang yang beradab.

Kadang kita sangka dunia ni besar sangat untuk mereka.
Tapi sebenarnya, apa yang paling besar… ialah kasih sayang dari ibu dan ayah serta keluarga.

Hari ini, jom kita raikan mereka bukan sebab mereka comel, bukan sebab mereka bising atau aktif… tapi sebab mereka hadir sebagai anugerah yang buat hidup kita lebih penuh makna.

Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia dari GymCademy.

Address

No. 61, Jalan Eco 1, Zon Industri Ayer Keroh Baru
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 17:30
Sunday 09:00 - 12:00

Telephone

+601110712840

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GymCademy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to GymCademy:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Our Story

SENSORY-MOTOR-COGNITIVE-SOCIAL APPROACH | GYM FOR KIDS | CHILDREN THERAPY PROGRAM FOR SPECIAL NEEDS CHILDREN | WEIGHT MANAGEMENT PROGRAM FOR KIDS | AUDITORY MEMORY QURAN FOR KIDS | QURAN FOR SPECIAL NEEDS | INTERGRATED QURANIS ACADEMY - ACADEMIC | INTERGRATED QURANIS ACADEMY - VOCATIONAL |