21/05/2024
Alhamdullilah selesai Mesyuarat Pertama Prapendaftaran Koperasi Atas Amben Malaysia Berhad.
Koperasi ini ditubuhkan untuk para terapis pantang atau confinement lady, tukang urut lelaki dan perempuan, perawat bekam & accupunture, ruqyah dan para usahawan yang terlibat dalam Penjagaan diri dari seluruh Malaysia.
Matlamat utama koperasi ialah berkongsi rezeki dengan semua anggota dgn perlibatan bersama dalam perniagaan berkaitan penjagaan diri. Bermatlamat mengangkat darjat perawat, menambah nilai perawat dengan pelbagai ilmu dan membantu dari segi kekuatan fizikal dan mental.
Semoga segala usaha kami diberkati dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.