HR Ikhlas Perdana

HR Ikhlas Perdana Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from HR Ikhlas Perdana, Medical and health, MDB PJ 0543 LOT 16, PEKAN JELAWAT, Bachok.

13/12/2022

VERTIGO adalah sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan.

VERTIGO boleh terjadi akibat dari satu keadaan yang menjejaskan telinga dalam atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan.

💫Gejala boleh bertahan selama beberapa minit sehingga beberapa jam.
💫Gejala akan hilang dengan sendiri dalam kebanyakan kes.

KLINIK KELUARGA ANDA
KLINIK KOMUNITI KITA

Apa Itu Diet Suku-Suku Separuh ?Diet ini menggunakan teknik pembahagian makanan kepada tiga jenis makanan. Separuh bahag...
02/10/2022

Apa Itu Diet Suku-Suku Separuh ?
Diet ini menggunakan teknik pembahagian makanan kepada tiga jenis makanan. Separuh bahagian ialah sayur atau buah-buahan, manakala lagi dua sukatan suku ialah karbohidrat dan protein.

Konsep diet ini dikatakan sangat baik dan sesuai untuk semua tidak kiralah seseorang itu ingin mulakan diet kerana ingin turun berat badan atau ingin mengelak penyakit.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengesyorkan corak pemakanan diet suku- suku separuh kerana ia dapat mengelakkan masalah obesiti yang boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Diseases) seperti kencing manis, penyakit jantung dan kolesterol tinggi.

Berdasarkan statistik daripada KKM, penyakit-penyakit dalam kategori ini juga menyumbang sehingga 73% punca kematian rakyat Malaysia.

Ia merupakan peratusan yang amat membimbangkan ditambah lagi dengan data penduduk Malaysia yang mencatatkan berat badan berlebihan tertinggi berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara.

Pernah dijangkiti Covid-19? Rasa cepat penat & letih? Kembalikan fungsi & kapasiti paru-paru anda dengan senaman ini.
02/10/2022

Pernah dijangkiti Covid-19? Rasa cepat penat & letih? Kembalikan fungsi & kapasiti paru-paru anda dengan senaman ini.

Antara punca sakit belakang ialah perut yang buncit. Punyalah cari punca lain, tapi lupa perut yang menonjol ke depan. B...
02/10/2022

Antara punca sakit belakang ialah perut yang buncit. Punyalah cari punca lain, tapi lupa perut yang menonjol ke depan.

Bukan menghina, tetapi itulah hakikatnya. Perut buncit membuatkan otot belakang bekerja lebih keras dan memudahkan ia kejang (SPASM).

Saya tahu ia bukan mudah, namun ia tidak mustahil.

Buat para isteri, perut suami anda yang buncit bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan. Ia boleh disabitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Kredit: Dr Mahyuddin

Assalamualaikum ini adalah waktu operasi klinik kami sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan nombor telefon tertera
02/10/2022

Assalamualaikum ini adalah waktu operasi klinik kami sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan nombor telefon tertera

Selamat Tahun Baru Islam Yang Ke -1444 HijrahHijrah itu bukan pelarian,Tetapi tuntutan dari tuhan,Sama-sama tingkatkan a...
30/07/2022

Selamat Tahun Baru Islam Yang Ke -1444 Hijrah

Hijrah itu bukan pelarian,
Tetapi tuntutan dari tuhan,
Sama-sama tingkatkan amalan,
Agar hidup sentiasa aman.

28/06/2022

📢 Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan.

✅ Langkah-langkah pencegahan penyakit inluenza yang boleh diamalkan adalah seperti dikongsikan.

Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya juga digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.

25/06/2022

25 Jun setiap tahun merupakan hari vitiligo sedunia.

Vitiligo atau sopak adalah penyakit pigmentasi kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih di bahagian badan dengan sebaran secara simetri pada kulit manusia.

💛 Bersama meraikan kepelbagaian, setiap daripada anda adalah terlalu istimewa.

Address

MDB PJ 0543 LOT 16, PEKAN JELAWAT
Bachok
16090

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HR Ikhlas Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram