Dr Wan Martina

Dr Wan Martina Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dr Wan Martina, Doctor, Klinik Perdana Ikhlas Pekan Jelawat, Bachok.

08/04/2022

Berpuasa bermaksud berlapar . Ia amat baik untuk kesihatan seperti hasil- hasil kajian oleh pakar- pakar . Ia adalah satu kaedah badan atau sel kita ‘reset diri’ .

Ramai juga orang silap faham dan makan secara salah mengakibatkan penyakit- penyakit seperti Kencing Manis menjadi tidak terkawal di bulan Ramadan . Makan lah secara yang betul . Ia bukan saja boleh mengawal paras gula bagi pesakit Kencing Manis, tapi juga memberi kesan kesihatan yang lebih baik pada semua .

Ramai juga yang makan terlalu banyak semasa bersahur untuk mengelak rasa lapar di siang hari . Ini adalah tidak betul . Pilih makanan yang betul bukan makan dalam kuantiti yang banyak , supaya boleh kekalkan rasa kenyang yang berpanjangan .

Fiber adalah makanan yang amat penting di ambil dengan mencukupi semasa bulan Ramadan . Badan amat memerlukan fiber apabila kita berpuasa . Ia bukan saja boleh mengekalkan rasa kenyang yang lama , namun lebih dari itu ia amat penting untuk mencegah penyakit - penyakit seperti Kencing Manis , jantung dan kanser . Ia juga boleh membantu menurun kan kolestrol , mencegah sembelit dan merupakan sumber prebiotik yang penting untuk meningkatkan pertahanan badan .

Budaya orang Kelantan di bulan Ramadan adalah kerabu . Ia adalah menu turun temurun sejak dahulu. Amat bijak nenek moyang kita memilih menu yang sesuai . Bahan utama di dalam kerabu adalah sayur- sayuran dan buah- buahan muda . Ia adalah sumber fiber yang utama . Ia juga kaya dgn kandungan mikronutrien vitamin dan mineral . Sumber yang amat di perlukan untuk kesihatan sel dan kesihatan sistem pertahanan badan . Kerabu adalah satu menu lengkap dengan campuran protin dari sumber ikan .

Kerabu bukan saja boleh di amal setiap hari untuk berbuka puasa . Ia juga bagus untuk di amal di waktu sahur . Jadikan ia menu harian dengan campuran pelbagai jenis sayuran dan buah- buahan segar untuk memberi sumber nutrisi lengkap memenuhi keperluan badan .

KERABU PERIA
Bahan-bahan yang diperlukan
Bahan A

1. 1 biji buah peria
2. 1 batang serai segar
3. 1 ikat daun selom
4. 1 biji cili merah
5. 1 ulas bawang besar

Bahan B
2. Garam bukit secukup rasa
4. 3 ulas bawang merah di mayang nipis
5. Santan pekat - 1 gelas

Bahan C
1. 5 ekor ikan selayang ( di rebus dan ambil isinya dan di hancurkan )
2. 2-3 biji limau nipis - ambil air perahan limau

Cara -cara :

1. basuh semua bahan A dan toskan dan di mayang halus.

2. Peria yg sudah di potong halus rendam di dalam air garam lebihkurang 30 minit untuk kurangkan rasa pahit .
3. Masak santan pekat hingga mendidih , masukkan bawang merah , garam (Bahan 😎
4. Masukkan bahan A + C dan gaul rata . Kemudian masukkan bahan B yg telah di masak dan gaul sehingga sekata .
5. Sedia untuk di hidangkan .

Dr Martina

01/12/2021

Kanser Payudara : Biopsi dan Diagnosis

Jika terdapat ketulan atau tanda luar biasa pada mamogram, hanya ada satu cara untuk mengetahui samada kanser atau bukan. Pakar bedah perlu mengeluarkan sebahagian atau seluruh tisu berkenaan.

Spesimen ini akan dihantar kepada pakar patologi yang akan memeriksanya denga mikroskop dan membuat laporan samada spesimen berkenaan menunjukkan sel kanser atau sebaliknya.

Ketulan yang dapat dirasa dengan tangan hendaklah dibuat biopsi, walaupun mamogram adalah normal.Sebelum anda bersetuju untuk membuat biopsi, anda mungkin mahu mendapatkan pendapat kedua. Dengan cara ini, pakar dari hospital atau pusat mamografi lain akan memeriksa mamogram anda. Doktor anda boleh menguruskan hal ini untuk anda, atau anda boleh meminta supaya filem tersebut dihantar kepada pakar yang anda pilih.Jika anda tidak diperiksa di pusat kanser yang besar, anda boleh meminta hospital atau klinik anda membantu. Pusat kesihatan berkenaan hendaklah menghantar mamogram terdahulu dan yang terkini ke pusat yang pakar dalam mamografi dan diagnosis kanser payudara. Atau anda sendiri boleh menghantar salinannya kepada pakar lain untuk mendapatkan pandangan kedua.Mentafsirkan mamogram dengan tepat memerlukan kemahiran dan pengalaman yang banyak. Anda mahu memastikan filem x- ray anda dibaca oleh pakar.

credit to infosihat

30/11/2021

Kita masih belum menang. Terus patuhi SOP.
Pakai pelitup muka, kerap cuci tangan, jaga jarak, elak tempat sesak .

13/11/2021
Alhamdulillah. Sinar makin nampak terang. Semoga trend penurunan kes ini terus kekal sehingga mencapai ke duan angka dan...
27/09/2021

Alhamdulillah. Sinar makin nampak terang. Semoga trend penurunan kes ini terus kekal sehingga mencapai ke duan angka dan akhirnya Covid 19 pupus di Malaysia dan seluruh dunia

Tahniah !
26/09/2021

Tahniah !

26/09/2021

Kepada Sahabat- sahabat yang bertanya.

Cycle Threshold (CT) value ataupun “nilai kitaran ambang” adalah bilangan kitaran yg diperlukan untuk penumpuan fluorescent memberikan isyarat untuk melintasi paras Nilai ambang atau “threshold Level” dan dikesan sebagai positif. Biasanya dalam ujian RT PCR mempunyai kurang lebih 40 kitaran untuk mendapatkan bacaan positif.
Jika pengesanan CT value adalah rendah, maka kita dapat rumusan;
1 Kesan virus (virus load) dalam badan adalah tinggi
2 Jangkitan Covid-19 adalah dalam peringkat awal
3 Pengesanan kes dan ujian di RT PCR di buat di peringkat awal jangkitan
4 Kebolehjangkitan adalah tinggi ketika ini jika terdedah kepada individu lain.
5 Salah satu kemungkinan kesan mutasi protein ‘ spike’ atas permukaan virus yang boleh meningkatkan kebolehjangkitan dengan virus load yang tinggi.
Jika didapati CT value adalah tinggi ini bermakna;
5 Jangkitan berada di peringkat akhir
6 Kebolehjangkitan adalah di paras rendah
7 Pengesanan kes dan ujian RT PCR dijalankan di peringkat lewat
8 Ada kemungkinan jangkitan kes dalam peringat pemulihan
9 Pengambilan sampel yang kurang sesuai atau tidak dihantar dalam suhu sesuai ke Makmal.
10 Pengesanan saki baki virus sahaja.
11 Juga didapati dalam satu kajian di IMR, beberapa sampel klinikal yang mempunyai PCR Ct value 32 dan ke atas telah dimasukkan dalam sel sesuai untuk membiak virus. Namun tiada sample yang berjaya menghasilan virus hidup dan ini menunjukkan risiko rendah kebolehjangkitan.

Rujukan : KKM

Address

Klinik Perdana Ikhlas Pekan Jelawat
Bachok
16370

Telephone

+6097782396

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Wan Martina posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category