15/10/2025
INFOGRAFIK PKU BIL 17 - INFLUENZA
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan terdapat 15 kluster baharu kes influenza mengikut laporan Minggu Epidemiologi (ME) 39/2025 berbanding hanya 3 kluster pada minggu sebelumnya. Majoriti kes ini melibatkan insitusi pendidikan, termasuk sekolah dan tadika.
Kes influenza adalah kes yang bermusim dan berlaku setiap tahun. Namun, disebabkan sifat mutasi pada virus influenza, akan sentiasa terdapat kes berlainan kategori keterukan setiap tahun.
Langkah yang terbaik bagi memastikan keselamatan dan kesihatan diri dan ahli keluarga terjaga dari jangkitan ini adalah melalui pencegahan umum dan jika perlu, disarankan pengambilan vaksinasi influenza seperti yang disarankan oleh KKM.
Sekiranya anda mempunyai gejala influenza atau mempunyai tanda-tanda yang serius, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran anda.