Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk

Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk. Memberikan Informasi Kesihatan Dan Aktiviti Kesihatan Di Daerah

Jangan bagi nyamuk menang game kita ๐ŸฆŸโŒSempena ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, jom sama-sama kita tingkatkan kesedara...
25/04/2026

Jangan bagi nyamuk menang game kita ๐ŸฆŸโŒ

Sempena ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, jom sama-sama kita tingkatkan kesedaran dan lindungi komuniti daripada ancaman malaria ๐Ÿ’ช

Malaria bukan sekadar penyakit biasa โ€” ia boleh dicegah kalau kita bertindak awal!
๐Ÿ‘‰ Pastikan kawasan rumah bebas air bertakung
๐Ÿ‘‰ Gunakan perlindungan seperti kelambu atau repelan
๐Ÿ‘‰ Dapatkan rawatan segera jika ada simptom

โ€œ๐—˜๐—น๐—ถ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ: ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—•๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต, ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚โ€
Bukan sekadar slogan, tapi usaha bersama kita semua ๐Ÿค

Bila semua ambil peranan, kita boleh capai Malaysia bebas malaria! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ


Jom kita jaga kesihatan dari awal sampai ke akhir ๐Ÿ’‰โœจSempena ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐ˆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ฌ๐š๐ฌ๐ข ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, ingat yaโ€”vaksin buka...
24/04/2026

Jom kita jaga kesihatan dari awal sampai ke akhir ๐Ÿ’‰โœจ

Sempena ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐ˆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ฌ๐š๐ฌ๐ข ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, ingat yaโ€”vaksin bukan sekadar untuk bayi sahaja, tapi untuk ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ต๐Ÿ‘ด

Dari si kecil yang baru kenal dunia, anak remaja, golongan dewasa dan warga emas yang kita sayang โค๏ธ
๐Ÿ‘‰ Vaksin = perlindungan awal
๐Ÿ‘‰ Vaksin = masa depan lebih sihat
๐Ÿ‘‰ Vaksin = pelindung sepanjang usia

๐Ÿ“… 24 April โ€“ 30 April 2026
Ayuh ambil peluang ini untuk semak status imunisasi anda dan keluarga. Jangan tunggu sakit baru nak bertindak!

๐‹๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐๐ข๐ซ๐ข, ๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐ค๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š, ๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐ค๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข.
Sebab bila kita semua dilindungi, Malaysia pun lebih kuat ๐Ÿ’ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ


[TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG PERTANDINGAN MENCIPTA KARYA KREATIF SEMPENA SAMBUTAN HARI IMUNISASI SEDUNIA 2026] ๐ŸŽจโœจPejab...
24/04/2026

[TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG PERTANDINGAN MENCIPTA KARYA KREATIF SEMPENA SAMBUTAN HARI IMUNISASI SEDUNIA 2026] ๐ŸŽจโœจ

Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk merakamkan ucapan tahniah kepada semua Tabika yang telah menjayakan Pertandingan Mencipta Karya Kreatif baru-baru ini. Syabas kepada para pemenang dan jutaan terima kasih kepada semua guru serta murid atas hasil karya yang luar biasa!

Bersempena dengan Minggu Imunisasi Sedunia 2026 (24-30 April) yang bertemakan:

"VAKSIN: Perlindungan Kini, Masa Depan dan Sepanjang Usiaโ€

Kami ingin menekankan betapa pentingnya perlindungan kesihatan bermula dari awal usia. Melalui kreativiti yang dipamerkan, kita bukan sahaja memupuk bakat, malah membina generasi yang sihat dan berdaya tahan. Vaksinasi adalah pelaburan terbaik untuk memastikan anak-anak kita terus membesar dengan ceria dan selamat daripada penyakit berjangkit.

Terima kasih kepada KEMAS Bagan Datuk & Pejabat Perpaduan Bagan Datuk serta pihak Tabika yang sentiasa menyokong inisiatif kesihatan komuniti ini agar masyarat sentiasa cakna tentang kepentingan Kesihatan.




Infografik Sempena Hari Malaria Sedunia- 25 April 2026*Malaria zoonotik* adalah salah satu ancaman kesihatan yang masih ...
23/04/2026

Infografik Sempena Hari Malaria Sedunia- 25 April 2026

*Malaria zoonotik* adalah salah satu ancaman kesihatan yang masih wujud di Malaysia, terutamanya di kawasan berhampiran hutan serta aktiviti manusia yang bersentuhan dengan habitat semula jadi.

Ia berpunca daripada jangkitan parasit malaria, iaitu Plasmodium knowlesi, yang secara semula jadi menjangkiti monyet daripada genus Macaca sebagai perumah. Penularan kepada manusia berlaku melalui gigitan nyamuk Anopheles yang dijangkiti.

Apa yang membimbangkan, simptomnya sering menyerupai demam biasa โ€” seperti demam, menggigil dan sakit kepala โ€” menyebabkan ramai terlepas pandang tanda awal jangkitan. Namun, jangkitan Malaria zoonotik boleh berkembang dengan cepat dan berisiko menjadi teruk jika tidak dirawat awal.

Tanpa pengesanan dan rawatan segera, malaria zoonotik boleh membawa kepada komplikasi serius, malah boleh mengancam nyawa.

๐Ÿ’ก Jika anda sering memasuki kawasan hutan atau tinggal berhampiran hutan, lindungi diri anda dengan:
โœ”๏ธ Menggunakan kelambu ketika tidur
โœ”๏ธ Memakai pakaian berlengan panjang di kawasan berisiko
โœ”๏ธ Menggunakan repelan nyamuk
โœ”๏ธ Mendapatkan pemeriksaan segera jika mengalami demam selepas berada di kawasan hutan atau ladang

Jangan ambil mudah. Kenali faktor risiko dan simptom awal.

โ€œEliminasi Malaria: Kita Boleh. Kini Kita Mampu.โ€



๐Ÿ“ขAKTIVITI VERIFIKASI 2R DI BAGAN DATUK(Pemprosesan Semula / Pembaikan Mutu Makanan Import)๐Ÿ—“๏ธ 21 April 2025โ€œTurun padang,...
23/04/2026

๐Ÿ“ขAKTIVITI VERIFIKASI 2R DI BAGAN DATUK
(Pemprosesan Semula / Pembaikan Mutu Makanan Import)

๐Ÿ—“๏ธ 21 April 2025

โ€œTurun padang, pastikan selamat!โ€ ๐Ÿ’ชโœจ

Pasukan Jawatankuasa Pengimportan Makanan (JPM) di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sekali lagi komited menjalankan pemantauan di lapangan dengan mengadakan aktiviti verifikasi 2R di gudang simpanan di daerah Bagan Datuk.

Diketuai oleh Ts. Norhidayah Binti Othman (Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Import) bersama barisan pegawai berpengalaman:
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ’ผ En. Kalidass a/l Murugan (Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Eksport)
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ’ผ Pn. Mas Imelia Binti Mohd Khalid (Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pre-Market Approval)
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ’ผ En. Kamarol Azizi Bin Hashim (Pegawai Kesihatan Persekitaran, Cawangan Import)

๐Ÿ” Apa yang dibuat?
Pasukan telah menjalankan semakan dan verifikasi ke atas konsainan makanan import yang dialihkan (undertaking) bagi memastikan proses pemprosesan semula & pembaikan mutu (2R) dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan.

๐Ÿ’ก Kenapa penting?
Kerana setiap makanan yang masuk ke negara kita mesti:
โœ… Selamat dimakan
โœ… Berkualiti
โœ… Patuh kepada Peraturan-Peraturan Makanan 1985

๐Ÿค Turut bersama di lapangan:
๐Ÿ‘ฅ Wakil BKKM, JKN Perak (Cawangan Penguatkuasaan & Import)
๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ Dr. Mohamad Zarudin Bin Mat Said (PKD Bagan Datuk)
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ”ฌ Pasukan UKKM, PKD Bagan Datuk

๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ Selesai verifikasi, misi diteruskan!
Pasukan JPM turut mengadakan lawatan kerja ke:
๐Ÿšข Pelabuhan Pintu Masuk Bagan Datuk
๐Ÿข Kompleks Inspektorat PKD Bagan Datuk

๐Ÿ’ฌ KKM komited memastikan setiap makanan yang sampai ke tangan rakyat adalah selamat, bersih dan berkualiti.

โค๏ธ
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGAN BERSAMA PASUKAN JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK DALAM USAHA MENAIKTARAF PERKHIDMATAN RADIO...
23/04/2026

LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGAN BERSAMA PASUKAN JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK DALAM USAHA MENAIKTARAF PERKHIDMATAN RADIOLOGI DI DAERAH BAGAN DATUK

Pada 15 April 2026 yang lalu, pasukan dari JKN Perak yang diketuai oleh Dr Hairul Izwan Abdul Rahman dari Cawangan Perkembangan Kesihatan Keluarga - Kesihatan Primer bersama-sama Unit Kejuruteraan, En Abu Bakar Abdullah dan Puan Nor Suhaila Baharuddin; Unit Kawalselia Radiasi Perubatan, En Khairul Ehsan Zazeli dan wakil dari Perkhidmatan Radiologi Kesihatan Awam, Pn Masitoh Saad telah hadir ke PKD Bagan Datuk bagi tujuan tersebut.

Turut bersama-sama perbincangan ini ialah Pegawai Kesihatan Daerah Bagan Datuk, Dr Mohamad Zarudin Mat Said; Pegawai Perubatan Kesihatan Keluarga, Dr Nur Liyana Mohd Yusni; Pegawai Perubatan Kesihatan Primer, Dr Hari Kirthini A/P Yenkarama; Juru X-ray, En Zulfadzli Mat Said dan Penolong Jurutera, En Abdullah Hassan Kamaluddin.

Sesi ini turut membincangkan cadangan menaiktaraf perkhidmatan Radiologi di Bagan Datuk samada melalui pemindahan dari fasiliti terdekat dan juga menggunapakai permohonan perlaksanaan projek RMK13. Memenuhi keperluan semasa samada meningkatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih holistik dan lengkap serta memastikan kemudahan komuniti Bagan Datuk menjadi faktor utama perkhidmatan Radiologi di Bagan Datuk ini perlu di realisasikan.

Jabatan ini mengucapkan penghargaan atas input dan saranan dari pasukan negeri dalam melengkapkan cadangan ini dan harapan agar cadangan ini dapat diterjemahkan kepada gerak kerja sebenar yang memberi manfaat kepada komuniti di Bagan Datuk pada masa akan datang.

Jabatan Kesihatan Negeri Perak



Ramai yang beranggapan bahawa malaria telah pupus. Namun, hakikatnya penyakit ini masih wujud di Malaysia, terutamanya m...
22/04/2026

Ramai yang beranggapan bahawa malaria telah pupus. Namun, hakikatnya penyakit ini masih wujud di Malaysia, terutamanya melibatkan kes malaria zoonotik.

Malaria bukan sekadar topik dalam buku teks. Ia masih menjadi ancaman kesihatan dan boleh membawa komplikasi serius sekiranya tidak dikesan serta dirawat awal. Apa yang membimbangkan, gejalanya sering disalah anggap sebagai demam biasaโ€ฆ sedangkan itu mungkin tanda awal jangkitan.

Bersempena World Malaria Day 2026 pada 25 April ini, kami akan berkongsi siri infografik berkaitan malaria setiap hari.

โ€œEliminasi Malaria: Kita Boleh. Kini Kita Mampu.โ€



08/04/2026TOWNHALL KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT & EKOPELANCONGAN 2026โ€œEkopelancongan Sejahtera, Bebas Penyakit Berjangkit...
22/04/2026

08/04/2026
TOWNHALL KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT & EKOPELANCONGAN 2026
โ€œEkopelancongan Sejahtera, Bebas Penyakit Berjangkitโ€

Program Townhall Kawalan Penyakit Berjangkit dan Ekopelancongan 2026 yang berlangsung pada 8 April 2026 ini membuka mata komuniti bahawa keindahan Bagan Datuk bukan sekadar aset ekonomi, tetapi turut datang bersama risiko kesihatan yang perlu diurus dengan bijak.

Bertemakan โ€œEkopelancongan Sejahtera, Bebas Penyakit Berjangkitโ€, program ini menekankan bahawa kesihatan awam merupakan asas kepada kelangsungan ekonomi setempat, khususnya kepada pekerja ladang, nelayan dan pengusaha pelancongan yang berisiko terdedah kepada jangkitan penyakit.

Program ini turut diserikan dengan majlis perasmian Sambutan Hari Tibi dan Malaria 2026 peringkat daerah oleh Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Mohamad Zarudin Bin Mat Said.

Melalui pendekatan interaktif di booth pameran berkaitan penyakit kencing tikus dan melioidosis, tuberkulosis (tibi), malaria serta bahaya merokok, seramai 140 peserta telah mengambil bahagian. Para peserta bukan sahaja menerima maklumat, malah turut didedahkan dengan langkah pencegahan secara praktikal yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

Program ini juga berjaya memperkukuh kolaborasi strategik antara agensi kesihatan, sektor pelancongan, perladangan dan komuniti setempat dalam usaha memastikan kawalan penyakit berjangkit dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Terima kasih diucapkan kepada Agensi yang terlibat dalam menjayakan Program ini.

-PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN BAGAN DATUK
-STESEN PENYELIDIKAN MPOB BAGAN DATUK
-PERSATUAN NELAYAN KAWASAN HILIR PERAK
-PUSAT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN KOKO BAGAN DATUK
-LADANG FLEMINGTON
-LADANG BAGAN BATOH
-LADANG JENDERATA
-LADANG NLFCS
-KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK
-POLITEKNIK MARITIM SULTAN NAZRIN SHAH
-PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BAGAN DATUK
-AGENSI NINE ISLAND
-MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN



PROGRAM IMUNISASI KEBANGSAAN (NIP): APA YANG ANDA PERLU TAHU?Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perlindungan kesi...
21/04/2026

PROGRAM IMUNISASI KEBANGSAAN (NIP): APA YANG ANDA PERLU TAHU?

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perlindungan kesihatan terbaik untuk anak anda secara PERCUMA di klinik kesihatan berdekatan.

Fakta Pantas:
๐Ÿ’‰ 10 jenis vaksin disediakan.
๐Ÿฆ  Melawan 13 penyakit berbahaya.
๐Ÿ‘ถ Untuk bayi semenjak lahir hingga 18 bulan.

Pastikan buku rekod kesihatan anak sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. Ikuti jadual yang ditetapkan untuk memastikan imuniti anak berada pada tahap terbaik! ๐Ÿ›ก๏ธ



Ramai yang hadapi masalah di tempat kerja sebenarnya berpunca daripada komunikasi yang tidak berkesan.Bukan sebab kerja ...
21/04/2026

Ramai yang hadapi masalah di tempat kerja sebenarnya berpunca daripada komunikasi yang tidak berkesan.

Bukan sebab kerja susah,
bukan sebab tak pandai,
tapi sebab mesej tak sampai dengan betul.

Salah faham sikit โ†’ jadi konflik
Nada tak kena โ†’ orang terasa
Tak dengar betul-betul โ†’ masalah berulang

๐Ÿ’ก Jadi apa boleh kita ubah?

โœ”๏ธ Cakap dengan jelas & terus kepada point
โœ”๏ธ Gunakan nada yang sesuai (bukan emosi)
โœ”๏ธ Dengar dulu, baru respon
โœ”๏ธ Cuba faham perspektif orang lain

Kerana akhirnya, kita semua sedang berusaha sebaik mungkin.
Dan jika beban itu mula terasa terlalu berat, ada telinga yang sedia mendengar di Talian HEAL 15555.

Address

PEJABAT KESIHATAN DAERAH BAGAN DATUK
Bagan Datoh
36300

Telephone

+6056222033

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk:

Share