Kisah Anak Autisma

Kisah Anak Autisma Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kisah Anak Autisma, Family Therapist, Bagan Serai.

27/04/2026

Hud dan Hayy kalau belajar dengan aku, "muka ada sunyum".

Kalau belajar dengan Bentara Guru, automatik muka jadi serius.

Hahahahahaha.

Terima Kasih.

24/04/2026

Mati-mati aku ingatkan kambing dan lembu bernafas menggunakan hidung.

Rupa-rupanya Hud cakap bukan.

Hahahaha.

Nak tahu tonton video ini sampai habis.

Terima Kasih.

22/04/2026

Inilah secebis perbualan Hud dan Hayy sebelum tidur malam tadi.

Masing-masing meluahkan perasaan.

Konon-kononnya, banyak sangat la kerja rumah yang cikgu beri setiap hari.

Padahal setiap malam tidur awal.

Pandai p**a membuat perbandingan ketika mereka di tadika dahulu.

Macam budak sekolah memengah p**ak dah.

Hahahahaha.

Terima Kasih.

Syukur alhamdulillah.Pagi tadi, segala hajat dan permintaan Hud telah berjaya aku lunaskan.Beberapa buah hamper dan sedi...
21/04/2026

Syukur alhamdulillah.

Pagi tadi, segala hajat dan permintaan Hud telah berjaya aku lunaskan.

Beberapa buah hamper dan sedikit wang sumbangan untuk Olahragawan dan Olahragawati Terbaik, telah aku sampaikan kepada pihak sekolah melalui Cikgu Ridzuan (PK Koku) dan Cikgu Nazmi.

Semoga segala kebaikan yang Hud lakukan ini, dapat dijadikan contoh kepada kita semua.

Bak kata Hud kepada aku semalam.

"Daddy!

"Sedikit itu lebih baik daripada tidak ada apa-apa langsung."

Terima Kasih.

Baru-baru ini dengan nada yang sedih, Hud berkata kepada aku."Tak lama lagi sekolah Hud akan mengadakan Hari Sukan Sekol...
20/04/2026

Baru-baru ini dengan nada yang sedih, Hud berkata kepada aku.

"Tak lama lagi sekolah Hud akan mengadakan Hari Sukan Sekolah."

"Daddy tahu tak?"

"Satu sukan apa pun Hud tak masuk bertanding."

"Hud nak jer masuk bertanding,tapi Hud tak larat."

"Daddy pun tahu kan?"

"Hud ada asma."

"Bila Hud berlari kuat sedikit,Hud akan mula jadi penat."

Terasa sayu p**a aku mendengar luahan hati Hud.

"So?"

"Hud nak suruh Daddy buat apa?"

"Cikgu Hud, semua dah tahu Hud ada asma."

"Kenapa Hud nak sedih p**a?"

"Diaorang faham jer masalah Hud."

"Hud jangan sedih-sedihlah."

Aku cuba memujuk sambil memberikan kata-kata semangat buat Hud.

"Hud rasa sedih, sebab Hud tak mampu untuk menyumbang apa-apa kepada sekolah, dan rumah sukan Hud."

Jawab Hud dengan wajahnya yang sayu.

"Habis tu apa yang Daddy boleh tolong?"

"Hud cakap jer,insyaAllah Daddy akan cuba bantu Hud."

"Yang penting Hud jangan sedih-sedih lagi."

Aku terus berusaha untuk cuba memujuk Hud.

Sebagai bapa,setiap kali Hud atau Hayy merasa sedih,aku pasti akan turut merasa sedih juga.

"Duit raya dan duit jual telur ayam Hud banyak lagi tak dalam bank?"

Soal Hud kepada ku lagi.

"Banyak jer lagi."

"Hari tu kita cuma guna sedikit sahaja, untuk beli jam baharu yang Hud pakai sekarang ni."

"Duit EMK (Elaun Murid Khas) Hud pun ada lagi."

"Daddy dan Mama tak pernah guna pun."

Jawab ku kepada Hud.

"Boleh tak Daddy keluarkan sedikit duit tu daripada bank?"

Hud bertanya kepada aku lagi.

"Boleh jer.......

"Tapi Hud nak beli apa dengan duit tu?"

Soal ku kembali kepada Hud.

"Hud nak suruh Daddy beli hadiah banyak-banyak."

Hadiah tu nanti,kita beri kepada kawan-kawan Hud yang masuk bertanding semasa hari sukan tu nanti."

"Nanti Daddy telefon atau whatapps Cikgu Hud,dan tanya pada dia, hadiah apa yang mereka perlukan semasa Hari Sukan tu nanti."

"Hud rasa inilah sahaja sumbangan yang dapat Hud berikan untuk sekolah Hud."

"Nak masuk bertanding Hud tak mampu."

Terdiam seketika aku mendengar permintaan Hud itu.

Rasa sebak pun ada.

Rasa bangga pun ada sedikit.

Aku tidak sangka kanak-kanak seusia Hud boleh terfikir sampai ke tahap ini.

Tambahan p**a dia seorang kanak-kanak Autism.

Semasa aku seusia Hud,rasanya aku pun tidak mampu untuk berfikir jauh seperti Hud.

"Ok Hud."

"Nanti Daddy call Cikgu Ridzuan, Guru Koku sekolah Hud."

"Daddy akan tanya, apa bentuk sumbangan yang boleh kita berikan kepada pihak sekolah, sempena Hari Sukan Sekolah nanti."

Mendengar jawapan ku itu,wajah Hud yang sedih, terus bertukar menjadi ceria.

"Thank you Daddy."

"I love you so much."

“Finally, I was able to contribute something to my school.”

Kata Hud sambil memeluk ku dengan penuh erat.

Terima Kasih.

18/04/2026

Petang semalam,sewaktu Hud sedang mengutip telur ayam di reban,satu keajaiban kecil telah berlaku.

Salah seekor ayam yang paling garang di reban tersebut, telah melarikan diri sebaik sahaja mendengar Hud membaca surah Al-Fatihah.

Tonton video ini sehingga habis dan berikan pendapat anda di ruangan komen.

Terima Kasih.

Syukur alhamdulillah.Syukur alhamdulillah.Syukur alhamdulillah.Akhirnya masalah lambakan telur ayam Hud dan Hayy yang ti...
18/04/2026

Syukur alhamdulillah.
Syukur alhamdulillah.
Syukur alhamdulillah.

Akhirnya masalah lambakan telur ayam Hud dan Hayy yang tidak habis terjual kelmarin, telah selesai sepenuhnya.

Hanya dalam tempoh sejam selepas kisah ini dipaparkan,aku telah menerima ratusan komen dan mesej dari orang ramai yang menyatakan kesedian mereka untuk membeli kesemua telur ayam Hud dan Hayy yang tidak habis terjual itu.

Syukur alhamdulillah juga, kerana aku telah dihubungi oleh beberapa orang peniaga makanan, yang tinggal berhampiran rumah kami,dan mereka bersedia untuk menjadi pelanggan tetap untuk telur ayam Hud dan Hayy.

Syukur alhamdulillah.

Begitu murah Ya Allah rezeki yang telah Engkau berikan kepada Hud dan Hayy.

Terkesima dan terharu aku membaca satu persatu komen dan mesej-mesej yang telah ditinggalkan.

Maaf.......

Kerana kesemuanya tidak mampu untuk aku balas satu persatu.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan kalian terhadap Hud dan Hayy.

Kadang-kadang aku sendiri terfikir, aura ajaib apa yang telah berada di dalam diri Hud dan Hayy?

Terlalu ramai orang yang menyayangi dan mengambil berat tentang kehidupan mereka.

Setiap cerita yang aku kongsikan tentang mereka berdua, sentiasa di baca atau di tonton videonya oleh ribuan pembaca.

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan ini.

Semoga sokongan yang diberikan ini akan terus kekal sampai bila-bila.

Syukur alhamdulillah.

Terima Kasih.

Semasa Hud berusia lima tahun dahulu,setiap kali aku bertanya, tentang cita-citanya,jawapannya pasti pegawai polis.Hahah...
16/04/2026

Semasa Hud berusia lima tahun dahulu,setiap kali aku bertanya, tentang cita-citanya,jawapannya pasti pegawai polis.

Hahahaha.

Minat sungguh dengan polis.

Namun selepas dia sedar tentang kekurangan dirinya,terus dia mengubah cita-citanya.

Sekarang jika ditanya apa cita-citanya, jawapannya pasti businessman.

Pernah aku bertanya kepadanya.

"Hud nak jadi businessman,benda apa yang Hud nak jual?"

Jawapannya dari dahulu sehingga sekarang tidak pernah berubah-ubah.

BUKU.

"Satu hari nanti, Hud akan jadi penulis, dan Hud akan jual sendiri buku-buku Hud itu."

Inilah jawapan yang sering diberikan,setiap kali aku bertanya tentang cita-citanya.

Sejujurnya aku menyokong sahaja cita-citanya itu.

Bak kata pepatah Melayu,

Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu.

Namun secara jujurnya, aku kosong bila berbicara tentang ilmu perniagaan.

Seumur hidup aku tidak pernah berniaga.

Aku cuma mahir dalam dunia ketenteraan sahaja.

Jika ditanya tentang senjata,tentang latihan ketenteraan atau tentang Ilmu Medan Perang,insyaAllah sampai sekarang aku masih tahu dan ingat lagi cara pelaksanaannya.

Apa pun demi ingin membantu dan menyokong Hud dan Hayy dalam mencapai cita-cita mereka,aku mesti melakukan sesuatu.

Hari ini syukur alhamdulillah,aku telah berjaya mengajar Hud bagaimana untuk dia menjual telur-telur ayamnya.

Walaupun hanya diajar menjual telur,sekarang Hud sudah tahu serba sedikit tentang dunia perniagaan.

Hahahahaha.

Selama ini mungkin Hud berfikir, berniaga ini sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Apa pun bulan ini,Hud dapat belajar sesuatu yang baharu dalam perniagaan telur ayamnya.

Bulan ini hati Hud sedih sedikit.

Jualan telur ayamnya merudum jatuh sedikit, disebabkan jualan telur ayam di pasaran sekarang ini, lebih murah dari harga yang di jual oleh Hud.

Sekarang ini telur ayam Hud masih kekal dengan harga RM10.00 sepapan termasuk telur ayam Gred A.

Sedangkan harga telur ayam d pasaran sekarang ini boleh di dapati dengan harga semurah RM5.00 sepapan.

Aku difahamkan telur ayam tersebut adalah dari lambakan telur ayam untuk stock Hari Raya lepas yang tidak habis di jual,sebab itulah para peniaga terpaksa menjual dengan harga yang murah bagi menghabiskan segera telur ayam tersebut sebelum ianya rosak.

"Hud jangan putus asa ok?"

"Nanti bila telur ayam stock lama tu dah habis,harga telur ayam di luar tu mesti akan naik harga balik."

"Time tu mesti orang akan datang beli telur ayam dengan Hud balik".

Aku cuba memujuk dan memberi sedikit suntikan semangat buat Hud.

Hud memandang tepat ke arah ku.

Tiba-tiba Hayy yang berada di sebelah Hud bersuara.

"Susah-susah sangat kita sembelih jer ayam-ayam ni."

"Kita jual daging ayam p**a."

"Kalau tak laku kita bagi biawak makan."

Kata-kata Hayy itu membuat aku terburai ketawa.

Hahahahaha.

Hud yang sedang bersedih juga turut ketawa bersama.

Hilang terus rasa sedih Hud.

Terima kasih Hayy kerana berjaya mengembirakan hati Abg Hud semula.

Terima kasih juga atas doa kalian semua buat Hayy baru-baru ini.

Alhamdulillah.

Semalam dia sudah sembuh dari demamnya.

Terima Kasih.

P/S: Kalau ada sesiapa yang ingin support bisnes telur ayam Hud boleh tinggalkan komen atau DM Admin.

Sebaik sahaja Hud sembuh dari demam dan asma,hari ini giliran Hayy p**a yang demam.Tepat sekali ramalan ku.Memang begitu...
15/04/2026

Sebaik sahaja Hud sembuh dari demam dan asma,hari ini giliran Hayy p**a yang demam.

Tepat sekali ramalan ku.

Memang begitulah kebiasaannya mereka berdua ini.

Lepas seorang demam,pasti yang kedua akan menyusul p**a.

Lama aku berfikir

Ini baru anak dua.

Kalau anak ramai pasti lebih mencabar kan?

Tiba-tiba terbayang betapa susahnya mak ayah aku dulu-dulu, membesarkan kami tujuh beradik.

Apa pun sama-sama kita doakan semoga Hayy cepat sembuh.

Amin.....

Terima Kasih.

Syukur alhamdulillah.Hud sudah sihat kembali.Terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mengirimkan doa buat Hud.W...
14/04/2026

Syukur alhamdulillah.

Hud sudah sihat kembali.

Terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mengirimkan doa buat Hud.

Walaupun baru kembali sihat,bulu mata Hud tetap kekal lentik.

Hahahahaha.

Terima Kasih.

Tidak lama lagi sekolah Hud akan mengadakan Hari Sukan Sekolah.Oleh sebab itu, bermula minggu lepas, guru-guru di setiap...
12/04/2026

Tidak lama lagi sekolah Hud akan mengadakan Hari Sukan Sekolah.

Oleh sebab itu, bermula minggu lepas, guru-guru di setiap rumah sukan mula sibuk mengadakan latihan bagi memilih pelajar yang layak untuk mewakili rumah sukan masing-masing dalam acara yang akan dipertandingkan nanti.

Berkali-kali aku berpesan kepada Hud.

"Jika ada latihan sukan, jangan dipaksakan diri sangat."

"Hang tu ada asma."

"Kalau tak larat,beritahu cikgu."

"Hang jangan takut."

"Cikgu takkan marah."

"Lagi pun,dalam borang perakuan kesihatan hang di sekolah,Daddy dah declare benda ni."

Inilah pesanan ku kepada Hud, setiap pagi sebelum dia pergi ke sekolah.

"Daddy jangan risau."

"Hud buat latihan sukan sikit-sikit jer."

"Kalau Hud tak larat,Hud akan beritahu Cikgu."

Jawab Hud kepada ku.

Mendengar jawapan Hud, aku menjadi sedikit lega.

Dipendekkan cerita,pada hari Isnin yang lepas,latihan sukan pun bermula.

Jangka masa latihan sukan tersebut tidak lama mana pun.

Cuma satu jam setengah sahaja, yang bermula pada jam 0400 petang sehingga jam 0530 petang.

Pada hari itu,selepas tamat latihan sukan, aku menjemput Hud di padang sekolahnya.

Ketika Hud melangkah masuk ke dalam kereta,aku lihat peluh membasahi dahinya.

Wajahnya kelihatan sedikit keletihan.

Di dalam kereta dia diam sahaja sehingga sampai ke rumah.

Malam itu dia mula batuk-batuk tetapi tidaklah serius sangat.

Keesokan harinya dia masih mampu untuk ke sekolah seperti biasa.

Selepas p**ang dari sekolah wajahnya mula kelihatan sugul.

Badannya mula panas dan nafasnya sudah mula turun naik dengan cepat.

Cepat-cepat aku bawa dia ke klinik.

Apa yang aku khuatirkan,akhirnya berlaku juga.

Doktor mengesahkan dia demam dan baru hendak mula di serang asma.

Begitulah keadaan Hud.

Hendak aku halang sekeras-kerasnya, daripada dia terlibat dengan sebarang aktiviti sukan,kadang-kadang tidak sampai hati juga.

Kasihan p**a bila mengenangkan, dia akan duduk seorang diri melihat rakan-rakannya yang lain bermain atau bersukan di atas padang.

Hud jika di serang asma,tempoh pemulihannya agak lama.

Kadang-kadang sehingga dua minggu baharu dia akan pulih sepenuhnya.

Itu yang aku risau setiap kali dia diserang asma.

Semasa kecil dia pernah "ditidurkan" gara-gara serangan asma yang kronik.

Selepas hampir setahun tidak di serang asma,hari ini penyakit asmanya bertandang kembali.

Minggu lepas kaki aku tersalah urat.

Sebaik sahaja kaki aku sembuh, Hud p**a yang sakit.

Bersambung-sambung p**a dengan aku.

Inilah di antara dugaan dalam kehidupan seharian kita.

Apa pun terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan aku baru-baru ini.

Alhamdulillah.

Aku telah sembuh sepenuhnya.

Pada pagi ini,aku mohon kepada semua untuk kita sama-sama mendoakan kesihatan Hud p**a.

Semoga Allah angkat dan buang segala rasa sakit dan penat yang Hud alami sekarang ini.

Berikanlah dia sedikit ruang, untuk sama-sama merasai nikmat hidup seperti rakan-rakannya yang lain.

Lindungi dan jauhkan dia daripada menjadi mangsa buli atau segala jenis kejahatan di muka bumi ini.

Sesungguhnya di saat ini dia sedang berusaha dengan segala kekuatan kecil yang dia ada, untuk cuba menikmati hidup ini, sama seperti teman-teman sekelas atau rakan-rakannya yang lain.

Ibarat sebuah lagu,

Jika tidak hari ini,
Mungkin hari esok.

Jika tidak hari esok,
Mungkin minggu depan.

Jika tidak minggu depan,
Mungkin bulan depan.

Jika tidak bulan depan,
Mungkin tahun depan.

InsyaAllah.

Amin.Amin.Ya Rabbal Alamin.

Terima Kasih.

P/S: Kisah Hud berkaitan penyakit asmanya pernah dipaparkan di dalam akhbar Sinar Harian pada suatu ketika dahulu.

Address

Bagan Serai
34300

Telephone

+60194008684

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kisah Anak Autisma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kisah Anak Autisma:

Share