Aku Ingin Sihat

Aku Ingin Sihat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Aku Ingin Sihat, balakong.

Vitamin E dan Zinc baik untuk meningkatkan kesuburan dan 'kegagahan' lelaki. Jom lah ikhtiar bagi yang belum beroleh zur...
25/09/2015

Vitamin E dan Zinc baik untuk meningkatkan kesuburan dan 'kegagahan' lelaki. Jom lah ikhtiar bagi yang belum beroleh zuriat atau sekarang sedang murung diruntun masalah 'kelakian'. InsyaAllah memulihan secara natural dengan membekalkan makanan untuk sel anda :)
link dibawah adalah untuk set asas. Bagi yang ingin set penuh boleh click berikut

06/06/2014

Assalamualaikum untuk semua. Selamat Hari Jumaat di bulan Syaaban yang mulia.

Artikel terbaru berkenaan pening kepala atau lebih dikenali sebagai vertigo. Selamat membaca :)

Bagi anda yang mengalami Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV) terdapat manuver sederhana yang dapat anda lakukan secara mandiri di rumah untuk mencegah tercetusnya serangan vertigo. Manuver tersebut adalah manuver epley. Berikut cara melakukannya,

1. Duduk di atas kasur dengan kepala menghadap 45° ke arah telinga yang mengalami gangguan (jika telinga kiri maka hadap ke kiri dan sebaliknya). Letakkan bantal di belakang anda sehingga saat anda merebahkan badan kepala anda akan berada dibawah.
2. Rebah ke belakang dengan cepat, letakkan bahu di atas bantal, istirahatkan kepala ke arah bawah dengan kepala tetap mempertahankan 45° ke arah telinga kiri (jika telinga kiri yang terganggu). Posisi telinga kiri berada dibawah. Pertahankan selama 30 detik.
3. Kemudian berputar 90° ke arah kanan tanpa mengangkatnya (telinga kanan berada dibawah), pertahankan 30 detik.
4. Putar 90° ke arah kanan sehingga wajah menghadap bawah, pertahankan 30 detik.
5. Bangun ke sisi kiri hingga duduk di pinggir kasur.

Manuver ini dapat anda lakukan tiga kali sehari. Ulangi manuver ini setiap hari hingga anda bebas vertigo dalam 24 jam. Semoga manfaat.

lawati sihatjaya.wordpress.com untuk artikel penuh dan ilustrasi

28/01/2014

CoQ10 Sebagai Usaha Mencegah Sakit Kepala dan Migraine
Posted on December 3, 2013

Migraine adalah masalah sakit kepala yang berpanjangan dan berulang-ulang disertai dengan muntah. Punca migraine sangat banyak dan ia menyebabkan ketidakstabilan pada sistem neurovascular.

Sakit kepala yang disebabkan oleh migraine selalunya sebelah saja, rasa bergenyut-denyut dan berlangsung antara 2 hingga 72 jam.

Selain itu ia menyebabkan rasa loya, muntah, sangat sensitif pada cahaya (tidak boleh memandang pada cahaya yang terang), dan sensitif pada bunyi (tidak boleh mendengar suara yang kuat).

Migraines amat berkaitan dengan masalah keturunan dan kebanyakan mereka mengatakan ibu atau bapa mereka pernah mengalami migraine.

Pesakit migraine ini kebanyakan wanita kerana sakit kepala disebabkan migraine berkaitan dengan ketidakseimbangan hormone dalam tubuh mereka. Tidak hairanlah remaja perempuan lebih ramai mendapat sakit kepala dari remaja lelaki.
Ramai pesakit migraine yang mengadu kepada saya bahawa mereka sudah bosan untuk menelan ubat penahan sakit, kerana ubat-ubatan ini akan memberikan kelegaan yang hanya sementara. Apatah lagi banyak ‘khabar-khabar angin’ tentang bahaya kesan sampingan ubat penahan sakit terhadap ginjal dan hati.

Ramai yang mula mencuba rawatan alternatif dan rawatan Islam. Ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya.

Dalam satu jurnal, beberapa orang saintis dari Jabatan Neurology, Cincinnati Children’s Hospital Medical Center, Amerika Syarikat telah memberikan hipotesis bahawa sakit kepala migraine boleh disebabkan oleh kekurangan elemen CoQ10 dalam tubuh.

Coenzyme Q10 adalah elemen cofactor yang penting dalam penghasilan tenaga dalam tubuh dan juga merupakan antioksidan yang baik. Ia juga penting bagi fungsi enzim dan hormone.

CoQ10 biasanya dibina dalam badan dan ia juga boleh didapati dalam makanan yang dimakan. Kekurangan CoQ10 dalam tubuh boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh itu ahli saintis di hospital itu mencadangkan pengambilan suplemen CoQ10 sebagai salah satu rawatan mencegah sakit kepala akibat migraine.

Dalam kajian mereka, CoQ10 diukur dalam darah 1550 pesakit dan mereka diberikan suplemen CoQ10 dengan dos 1 to 3 mg/kg sehari. Apabila darah mereka diukur semula, didapati tahap elemen CoQ10 dalam darah mereka meningkat dan sakit kepala mereka menjadi kurang.

(rujuk: Hershey AD, ‘Coenzyme Q10 deficiency and response to supplementation in pediatric and adolescent migraine’. Headache 2007 Jan;47(1):73-80)

Kajian yang sama mengenai manfaat CoQ10 juga telah dikaji oleh sekumpulan saintis di Clinical Biochemistry Unit, Canterbury Health Laboratories, Christchurch, New Zealand.

(rujuk: Molyneux SL, ‘Coenzyme Q10: is there a clinical role and a case for measurement?’ Biofactor. 2003;18(1-4):79-89)

Hal yang sama dipersetujui oleh sekumpulan saintis di Thomas Jefferson University, Philadelphia, Amerika Syarikat. Mereka menggunakan coQ10 sebagai suplemen pencegahan migraine dengan dos sebanyak 150mg sehari, di mana kajian mereka mendapati bahawa CoQ10 amat berkesan.

(rujuk:Rozeb TD, ‘Open label trial of coenzyme Q10 as a migraine preventive’. Cephalgia. 2002 Mar;22(2):137-41)

Keberkesanan CoQ10 sebagai suplemen mencegah migraine juga ditulis dalam beberapa penerbitan:

Bianchi, A; Salomone, S; Caraci, F; Pizza, V; Bernardini, R; Damato, C (2004). Role of Magnesium, Coenzyme Q10, Riboflavin, and Vitamin B12 in Migraine Prophylaxis. “Vitamins & Hormones Volume 69″. Vitamins and hormones. Vitamins & Hormones 69: 297–312.
Sandor PS. J. Neurology 2005 Feb 22;64(4):713-5. “Efficacy of coenzyme Q10 in migraine prophylaxis: a randomized controlled trial”
Sebagai kesimpulannya bagi pesakit migraine yang jemu memakan ubat penahan sakit atau pesakit migraine yang bimbang kesan sampingan ubat yang dimakan dalam waktu yang panjang atau pesakit migraine yang tidak sembuh setelah mencuba beberapa kaeadah perubatan, saya mencadangkan agar mencuba mengalamalkan CoQ10 selama tiga bulan dengan dos yang dicadangkan 100 mg tiga kali sehari.

Oleh kerana CoQ10 adalah elemen yang dibina dalam tubuh, maka ia boleh dikatakan mesra tubuh apabila diamalkan sebagai suplemen. Ia boleh digunakan untuk mengelakkan sakit kepala untuk migraine untuk wanita yang hamil dan menyus**an anak.

Bagi anda yang ingin mendapatkan CoQ10 sila lawati laman e-store Sihat Berjaya seperti link di atas.

Artikel asal : http://drzubaidi.com/blog/?p=3018

04/11/2013

Apa Yang Dapat Kita Belajar Dari Hijrah Rasulullah SAW
Posted on November 4, 2013

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah kepada semua. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat mengambil semangat daripada sirah yang dapat kita praktikan di dalam kehidupan seharian kita. Disertakan 10 pengajaran yang dapat kita ambil daripada peristiwa hijrah ini.

1. Berusaha sedaya mampu dan serah keputusan akhir kepada Allah (Tawakal) : Melalui hijrah Rasulullah dan Abu Bakar kita mendapati mereka menggunakan sepenuh kemampuan mereka untuk menjayakan hijrah. Dan inilah persediaan yang dituntut dari setiap mukmin, untuk mempersiapkan segala yang mereka mampu, dan apa jua yang di luar kemampuan tidak dituntut.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan”. (Al-Anfaal:60)

Namun kadang kala selepas mengatur strategi, kita dapati berlaku perkara-perkara yang di luar perancangan manusia. Ketika peristiwa hijrah, orang musyrikin telah tiba di rumah Rasulullah s.a.w sebelum waktu yang baginda jangkakan dan selepas baginda mengatur strategi mengikut jangkaan baginda s.a.w, orang-orang yang memburu mereka tiba di pintu Gua Thur, Suraqah dapat mengejar Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a, dan mereka bertembung dengan Buraidah Al-Aslami bersama kaumnya.

Tetapi pengajaran yang kita dapati di sini adalah sekiranya kita mengerahkan seluruh kemampuan dan mengambil asbab, Allah akan menyempurnakan kekurangan yang berlaku di luar jangkaan kita. Dengan itu, Allah s.w.t menutup mata-mata orang musyrikin sehingga mereka tidak nampak Rasulullah s.a.w keluar dari rumah baginda, Dia tidak membuatkan mereka menjenguk ke dalam gua, Dia menenggelamkan kaki kuda Suraqah ke dalam pasir dan mencampakkan rasa takut di hatinya, dan Dia jualah yang melapangkan dada Buraidah dan kaumnya untuk memeluk Islam.

2. Keyakinan kepada pertolongan Allah : Rasulullah tidak sekali-kali bergantung pada asbab dan meninggalkan Tuhan bagi asbab, sesungguhnya baginda mengetahui bahawa asbab tidak akan mendatangkan hasil kecuali jika Allah kehendaki. Oleh itu, selepas mengerahkan segala asbab dengan sempurna baginda menyertakan keyakinan yang tinggi bahawa apa yang dikehendaki Allah pasti berlaku. Ini jelas daripada sabda baginda s.a.w: “Apa katamu bahawa di samping yang berdua itu ada yang ketiga iaitu Allah!”

Keyakinan baginda s.a.w juga jelas dari perbuatan baginda yang tidak banyak menoleh dalam perjalanan. Sesungguhnya baginda telah melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya, dan apa yang Allah kehendaki pasti akan berlaku. Tanpa keyakinan seperti ini tidak mungkin Negara Islam akan tertegak.

3. Sentiasa optimis dan memberi pengharapan kemenangan Islam : Setiap detik kehidupan baginda s.a.w tidak pernah sunyi daripada sikap optimis, termasuk ketika perjalanan hijrah yang bahaya ini. Walaupun nyawa baginda s.a.w dan sahabatnya diancam ketika itu, baginda mengkhabarkan kepada Suraqah bukan sahaja tentang kemenangan Islam ke atas kaum Quraisy atau Arab, bahkan tentang jatuhnya kerajaan Parsi ke atas umat Islam, harta Maharaja Kisra ibnu Hurmus menjadi harta ghanimah (harta rampasan perang) dan Suraqah akan memakai gelang kemegahan maharaja Parsi itu. Hal ini menjadi kenyataan semasa Saidina Umar menjadi Khalifah Islam dan Parsi dapat dikalahkan.

Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menjanjikan kemenangan dan pertolongan Allah kepada umat Islam. Antaranya, Firman Allah SWT dalam surah As-Shaaf ayat 9:

“Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya mengatasi segala agama yang lain, walaupun orang musyrik tidak menyukainya”.

Begitu juga firman Allah SWT dalam surah ar-Ruum ayat 47:

“…Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yang beriman”.

Ayat-ayat tersebut menceritakan mengenai kemenangan yang akan dinikmati oleh umat Islam. Tidak perlulah kita berasa lemah dan sedih dengan tipudaya dan rancangan jahat musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Apa yang mereka lakukan dan cita-citakan telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah As-Shaaf ayat 8:

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut (ucapan-ucapan dusta) mereka. Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun orang kafir membencinya”.

4. Perlunya teman dalam berjuang (kehidupan berjemaah) : Dalam setiap peringkat kehidupan dan setiap langkah dakwah baginda s.a.w kita dapati betapa baginda sangat mementingkan perihal teman. Baginda hidup di Mekah dengan sahabat-sahabatnya, keluar ke Thaif dengan teman, menemui delegasi berteman, mengikat baiah berteman, malah ketika hijrah baginda bertanya kepada Jibril a.s. tentang temannya berhijrah. Semua ini berlaku dalam keadaan baginda s.a.w seorang rasul yang hebat, namun setiap manusia memerlukan teman. Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk sentiasa mencari teman yang soleh sebagaimana sabda baginda: “Syaitan bersama seorang dan dia lebih jauh dari yang berdua”.

Walaupun Syaitan tidak mungkin dapat memperdayakan baginda s.a.w semenjak dadanya dibelah dan dibuang dari hatinya bahagian syaitan, serta Allah membantunya untuk menghadapi syaitan sehingga qarin Baginda memeluk Islam dan mengajaknya ke arah kebaikan, namun Rasulullah s.a.w tetap mementingkan teman sepertimana yang diajarkan kepada kita melalui petunjuk sirahnya.

5. Kepimpinan melalui tauladan : Hijrah ini menjelaskan kepada kita bagaimana seorang pemerintah yang hebat hidup dalam kesusahan rakyatnya. Baginda s.a.w berhijrah sepertimana mereka, diusir seperti mereka, penat seperti mereka,sedih seperti mereka, hidup bersama mereka merasai setiap keperitan dan pengorbanan mereka.

Boleh sahaja Allah s.w.t memindahkan baginda s.a.w dari Mekah ke Madinah menggunakan Buraq seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj, namun di manakah qudwah? Dari mana kita dapatkan teladan? Muslimin memerlukan jalan praktikal untuk membina ummah, jalan yang dalam kemampuan setiap orang muslim. Oleh itu Rasulullah s.a.w perlu melalui jalan ini walaupun penuh dengan halangan dan kepenatan.

6. Mengajak manusia kepada Islam (dakwah) : Dakwah mengalir dalam darah Rasulullah s.a.w, baginda tidak pernah melepaskan peluang dan tidak terikat dengan keadaan untuk mengajak siapa sahaja yang baginda mampu. Sepertimana baginda menyeru Buraidah dan kaumnya kepada Islam. Baginda s.a.w tidak memikirkan jalan untuk melepaskan diri dari mereka, malah baginda menganggap bahawa Allah s.w.t mendatangkan lelaki itu dan kaumnya sebagai hadiah, pemberian, nikmat, ganjaran dan pahala yang tak terkira.

7. Meletakkan Allah dan Rasulullah sebagai keutamaan : Pada hijrah ini kita dapati bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a bersedia untuk beramal kerana Allah dalam apa jua situasi dan pada setiap waktu dan tempat. Perkara yang paling utama dalam hidup beliau adalah keredhaan Allah s.w.t dan rasul-Nya. Tidak wujud dalam hidupnya perkataan ‘zuruf’ (situasi), bahkan beliau mengabaikan situasi yang berlaku dalam hidupnya kerana wujudnya situasi yang lebih besar, iaitu amal, usaha, pengorbanan dan jihad di jalan Allah s.w.t.

8. Kecintaan kepada Rasulullah : Kita juga dapati betapa cintanya Abu Bakar r.a kepada Rasulullah s.a.w dan bagaimana beliau tidak menunggu arahan ataupun permintaan, malah beliau berusaha dalam membuktikan cintanya kepada Rasulullah s.a.w dengan menyediakan tunggangan, menangis akibat gembira dipilih menjadi teman hijrah baginda, membersihkan gua, berjalan di depan dan belakang baginda bagi menjaga baginda, dan banyak lagi.

Beliau mencintai Rasulullah s.a.w dengan ikhlas, dan cinta kepada Rasulullah s.a.w adalah satu kewajipan. Barangsiapa yang mengutamakan cinta lain berbanding cinta kepada Rasulullah s.a.w, maka dia berada dalam bahaya yang besar. Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai berbanding ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

9. Menginfaqkan harta untuk perjuangan : Pemberian dan infaq Abu Bakar As-Siddiq r.a, beliau mengambil 5000 dirham yang merupakan seluruh hartanya untuk dibelanjakan demi dakwah. Sebelumnya beliau membelanjakan 35000 dirham di jalan Allah, kemudian dia terus menginfaqkan hartanya di Madinah, dan ketika beliau menjadi khalifah, dan ketika beliau di pembaringan menanti maut. Sesungguhnya beliau r.a telah membeli syurga, dan pemuda yang memiliki sifat seperti ini berhak diredhai oleh Allah: “Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas, hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya)” (Al-Lail: 17-21).

10. Sokongan ahli keluarga di dalam usaha dakwah : Tidakkah anda lihat bagaimana Abu Bakar As-Siddiq r.a menggunakan seluruh keluarganya di jalan Allah? Beliau menggunakan anak lelakinya Abdullah untuk menyampaikan berita-berita, menggunakan Asma’ anak perempuannya untuk membawa makanan dan minuman, menggunakan Amir bin Fuhairah hambanya untuk menyembunyikan kesan-kesan tapak kaki. Sesungguhnya As-Siddiq r.a telah memindahkan cintanya terhadap dakwah ni kepada ahli keluarganya. Malangnya sesetengah pendakwah menghidap penyakit ‘uzlah dari keluarga’. Kita dapati mereka sangat aktif di luar rumah, kemudian mereka tidak melibatkan orang yang paling rapat dengan mereka untuk beramal demi Allah s.w.t., mereka tidak berusaha untuk membuatkan ahli keluarga mereka turut merasai kemanisan iman seperti yang mereka rasai. Ini merupakan satu salah faham yang amat besar dan pengabaian aulawiyat yang sangat dahsyat. Maka belajarlah daripada Abu Bakar r.a dan ingatlah: “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipersoalkan (dipertanggung jawabkan) tentang rakyatnya”.

Semoga dengan masukkan tahun 1435 hijrah ini, kita akan menjadi insan yang lebih baik dan dapat menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah dengan lebih sempurna. Selamat menyambut Ma’al Hijrah.

30/10/2013

Kajian mengenai kaitan kemurungan di tempat kerja bergantung kepada bagaimana ketua anda melayan anda

30/10/2013

Workplace Depression Tied To How Boss Treats You: Study

Are you unhappy or even depressed at work? It may be partly your boss' fault.

That's the conclusion of a Danish study investigating factors that may contribute to workplace depression. The results of the study were published in three articles in 2012 and 2013, but have just recently garnered media attention in Denmark.

Led by the Department of Occupational Medicine at Aarhus University Hospital, researchers questioned 4,237 public employees between 2007 and 2009, interviewing many of them to pinpoint cases of clinical depression. While it's a common perception that a high workload contributes heavily to workplace depression, the researchers said their results showed something different.

”We may have a tendency to associate depression and stress with work pressure and workload; however, our study shows that the workload actually has no effect on workplace depression,” Aarhus University psychologist Matias Brødsgaard Grynderup, told Science Nordic.

Instead, the study concluded that workplaces with low levels of institutional justice put employees at risk for work-motivated depression. Workplace injustice is defined by the researchers as a combination of factors, including consistency of decision-making procedures, degree of transparency and cooperation among employees, as well as "the degree to which supervisors consider employees’ viewpoints, suppresses personal bias and treats the employees with kindness, consideration and truthfulness."

Workplace depression is certainly a problem in the U.S., where around 12 percent of workers have been diagnosed with depression at some point, according to a July poll conducted by Gallup. And all that depression is costly, too, causing a loss of around $23 billion annually to U.S. employers, Gallup noted. So, is there anything managers can do to try to keep at bay depression among their workers?

”When the employees’ sense of justice plays such a central role in minimizing the risk of depression, this is probably the area that the preventive work should focus on,” Grynderup told ScienceNordic. “I recommend a management style in which there is a clearly expressed wish to treat employees properly – combined with a transparent organizational structure.”

Dan Witters, a principal at Gallup and research director of the American poll, made a similar point to Forbes over the summer, noting that workers are generally happier when they feel like their opinions count, are given regular recognition and are encouraged to develop within the company.

“Just engaging the employee is a very smart, low-cost way for employers to reduce the chance that the employee will be depressed," Witters told Forbes.

(Hat tip, MSN)

Sourc: http://www.huffingtonpost.com/2013/10/29/workplace-depression-boss-workload-study_n_4171370.html

28/10/2013

Pain Killer / Ubat Penahan Sakit : Kawan atau Musuh
Posted on October 28, 2013

Satu artikel yang ditulis oleh Dr Nazil Nuhairi (MBBS) yang amat baik berkenaan pain killer atau penahan sakit; parecetamol / panadol / ponstan termasuk. Sama ada ia kawan atau bakal menjadi pembunuh anda. Anda boleh lawati blog beliau untuk artikel menarik yang lain http://jagabadansekarang.blogspot.com

PAIN KILLER ; KAWAN ATAU LAWAN ?

Salam semua sahabat…

Kali ini saya nak kongsi maklumat mengenai pain killer. Semasa saya bekerja di Jabatan Gatroenterology( penyakit perut ) dan Nephrology( buah pinggang ) banyak sangat pesakit yang masuk sebab pendarahan dalam perut dan rosak buah pinggang. Apa puncanya? Banyak puncanya tetapi punca yang kita mampu cegah ialah pain killer.

Selalunya saya tengok menjadi trend dikalangan GP( klinik ) bagi pain killer kat orang tua, biasalah sakit urat. kalau tengok nama pain killer tu biasanya Voren( Diclofenic ) , Ponstan( Mfenemic ), Synflex( Neproxen ). Tu semua adalah pain killer kita panggil NSAIDS( non steroidal anti inflammatory drug ) yg biasa diberi kepada pesakit. Tak cukup dengan tu ada GP yg bagi steroid Prednisolon sebagai sakit urat.

Memang pesakit s**a giler dengan combination NSAIDS dan steroid sebab kesannya serta merta boleh rasa. Sebab tu ada orang tua marah kalau tak bagi dia ubat sakit urat termasuklah saya pernah kena marah. Tapi mereka tak tahu kesan buruknya. Saya melihat saban hari pesakit datang dengan berak najis hitam macam rambut, atau muntah darah. Najis hitam tu sebab ada pendarahan. Biasanya pesakit akan pucat dan letih sebab kehilangan banyak darah. Yang lebih parah ada yang maut disebabkan kehilangan banyak darah.

Puncanya pain killer. pain killer akan menghakis dinding perut, lama-kelamaan akan tembus dan menghakis pembuluh darah. Itu yang jadi pendarahan. Selalunya orang tua.

Kalau orang muda pulak, kesnya datang dengan rosak buah pinggang. Uncle saya pun adalang mangsa kepada pain killer. Dia ada gout so hari-hari maan pain killer. Sampailah suatu hari buah pinggang dia rosak dan perlu dialisis. Namun dia bernasib baik sebab berjaya buat Renal Transplant.

Nak cakapnya, hati-hati dengan pain killer. Dia boleh jadi kawan kalau guna dia dengan betul. pain killer bukan ubat untuk dimakan berpanjangan, macam darah tinggi, kencing manis. Makan bila sakit je. Kalau sakit berpanjangan cuba kurangkan dengan kaedah luaran, minyak panas ka, hot pack ka. lebih selamat.

26/10/2013

Cara Menambah Susu Badan dengan cara sihat dan semulajadi

Pemakanan penggalak susu

Lobak putih
- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

Buah longan kering
- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

Kurma
Bagaimana Menambah Kuantiti Susu Bagi Ibu Yang Menyusu Secara Semulajadi

Pucuk betik/Betik muda
- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

Halba/Fenugreek
- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed
- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah. Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Moringa/murunggai/pokok kelor
- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita. Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.

Jantung pisang
- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

Daun cekur manis/pucuk manis
- Sedap dimasak gulai lemak atau ulam

Kacang soya
- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

Pengambilan Air
- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang
- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyus**an bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.
Psikologi

Selain itu,jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barula penyusuan dapat berlangsung dengan lancar

Cadangan suplemen untuk Ibu Menyusu
Vitalea (multivitamin) , B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan Energizing Soy Protein (ESP).

Sekiranya pemakanan anda seimbang dan tiada masalah kurang tenaga, dengan mengambil Alfalfa dan Ostematrix sudah memadai.

Untuk Keterangan lanjut, sila click My Webshop atau lawat http://sihatjaya.my1stop.com.my/

Jumaat merupakan penghulu segala hari. Renungan untuk hari ini adalah berkenaan Al-Quran sebagai penyembuh – syifa. Arti...
25/10/2013

Jumaat merupakan penghulu segala hari. Renungan untuk hari ini adalah berkenaan Al-Quran sebagai penyembuh – syifa. Artikel dibawah diambil dari laman web Darus Syifa berkenaan Al-Quran sebagai Rahmat dan Penyembuh. Semoga kita mendapat manfaat.

Jumaat merupakan penghulu segala hari. Renungan untuk hari ini adalah berkenaan Al-Quran sebagai penyembuh - syifa. Artikel dibawah diambil dari laman web Darus Syifa berkenaan Al-Quran sebagai Rah...

23/10/2013

Stress atau tekanan perasaan bukan hanya bahaya kepada mereka yang selalu stress tetapi juga kepada individu di sekeliling mereka. Inilah yang dapat dirumuskan daripaca artikel dibawah ini. Kenapa hal ini berlaku? Jawapannya di dalam artikel dibawah

NOTA : Gabungan Vitamin B Complex & Ostematrix dapat meningkatkan daya tahan anda terhadap stress

How Other People's Stress Can Kill You

Even the most idiosyncratic soul is born to conform. When others laugh, our mouths upturn into smiles. When the person next to you yawns, chances are you're going to break off a tonsil-rattling exhale, too. And when your stressed-out colleague is demanding a meeting right now, the alarmed face quickly incites yours to mimic it. Now you're stressed, too.

So much for free will. We all have a copycat streak, thanks to social circuitry that makes us yawn and panic when others do. As a social animal, we are built to relate to others, so much so that we physically reflect back their expressions and movements. The urge to echo is triggered by what are known as mirror neurons, brain cells that mimic the actions or emotions of others. While they help the species learn, understand, and bond, they can also be your undoing when the channeled behavior is the emotional contagion of stress.

Mirror neurons were first identified in the 1990s by Italian scientists studying how the brain controls mouth and hand movements in macaques. (1) Researchers found that a distinct batch of cells lit up when the monkees performed or even observed specific movements.

Mirror neurons are thought to operate similarly in humans. Located near motor neurons responsible for movement, speech, and intention to act, they simulate the actions and emotions of others or give us the impulse to do so -- thus, one of life's great mysteries, the contagious yawn. You're not remotely sleepy, but you cut loose with a jaw-popper after the person next to you has done the same.

A study in Switzerland using fMRI scans found a connection between the mirror neuron system and higher cognitive empathic functions. When subjects in the study were shown photos of people yawning, a region in the mirror neuron system was activated.

Even if we're not physically imitating what we see, mirror neurons still fire off a simulated version of the activity in your head as if you actually did it. It's all designed to help us learn, understand, empathize, and connect with what others are doing and feeling. Too often, though, what's mirrored is the stress of coworkers, managers and significant others.

Researchers have long known about the infectious nature of stress. Pass-along strain runs rampant in relationships and work settings. Studies have shown that there is "crossover" stress from one spouse to the other, between coworkers, and "spill over" from the work domain to home. The stress contagion effect, as it's known, spreads anxiety like a virus. Our mirror neurons help suck us into the emotional eruptions of others.

Emotions are highly contagious, as film directors and fear-mongering propagandists know, especially negative emotions. And that can be highly dangerous when the emotional storms of others reflexively trigger the stress response in us. Stress is a factor in five out of the six leading causes of death, according to the CDC. (2)

Stress suppresses the immune system, lowers the good cholesterol, increases the bad, and leaves decision making up to a hysterical corner of your ancient brain that can't compute the social stressors of the modern world. It can lead to any number of illnesses and conditions, from insomnia to cardiovascular diseaseto heart attacks. It's a national health emergency that kills more people than traffic accidents or ni****ne and could be alleviated with proactive stress screening, advice doctors seldom prescribe. (You can sign a petition here to get stress screening added to the Affordable Care Act's preventive services.)

But you don't have to buy anyone else's stress -- or the alarms of your own overwrought stress response, which are equally false (unless you are in a true life-or-death moment). The key to resisting the emotional contagion of stress is overriding the double-team autopilot of the stress response -- reacting before you think -- and your mirror neurons. When someone dumps emotional toxins on you, you can choose not to accept the incoming by catching yourself when the bogus, catastrophic story of stress goes off and activates a wave of stupefying emotion. Instead of latching on to the fear or panic because it's in your head, contest it by reframing the irrational story to what's actually the reality. You are not about to die, as the clueless ancient brain thinks.

Stress is the result of the story we tell ourselves. That requires that we dispute the stress of the addled colleague who expects an instant response to her email. She will hear from you -- when you're able. Refuse the frenzy of someone else's deadline by stepping back and identifying the real story -- it's not an emergency, it's not your stress, it's not a crisis--and by using proven stress management processes, from progressive relaxation to meditation, to turn off the false danger signal. Instead of mirror neurons reflecting stress, you can use them as a tool to better understand why a person is going off, and, as a result, why you don't have to.

We can let others know that we would prefer to be dealt with in a way that doesn't treat every event as Apocalypse Now or threaten our health. Others don't know they're as much of a conduit for stress as a fiber optic cable is for data. Let them know. Reduce the interactions you can with the stress conductors in your life. And put a selection of photos on your computer or smartphone of people in the act of yawning to use your mirror neurons to treat the false alarms of others with the response they deserve.

References:

1. "The Mind's Mirror," Lea Winerman, Monitor Staff, American Psychological Association, October 2005, Vol 36, No. 9.

2. Stress as a factor in five out of six leading causes of death:
-- Heart disease
-- Cancer
-- Lower pulmonary disease
-- Stroke
-- Accidents

Artikel Penuh dan working link di

Address

Balakong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aku Ingin Sihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram