Pusat Khidmat ADUN Bayu - Puskab

Pusat Khidmat ADUN Bayu - Puskab Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Khidmat ADUN Bayu - Puskab, V4, Lorong Shed Sheh, Pekan Baru, Baling.

07/05/2023

Assalamualaikum

Jemputan Rumah Terbuka Pas Kawasan Baling
Peringkat Dun Bayu

Sabtu | 13/5/2023 | Kompleks Islam Bayu ( Kisba )
Kg Tandop, Bongor, Baling, Kedah
11.00 tengah hari sehingga 3.00 petang

Semua dijemput hadir !!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. PERMOHONAN BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE IPT (BAKIPT) TAHUN 2023 Syarat Permohonan :1. ...
15/02/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PERMOHONAN BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE IPT (BAKIPT) TAHUN 2023

Syarat Permohonan :

1. Pemohon LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. ( Mengikut alamat pada surat tawaran IPT )

2. Pendapatan kasar bulanan isi rumah dan bilangan anak adalah seperti berikut :

i ) RM3,000.00 DAN KE BAWAH - tiada syarat bilangan anak.

ii) RM3,001-RM6,000
- Lebih daripada 3 orang anak (selain pemohon) berumur 21 tahun dan ke bawah sahaja.

3. Permohonan dibuka bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2023 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.

4. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency)

5. Pemohon hendaklah membuat BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN atau mengemukakan SURAT PENGESAHAN PENERIMAAN TAWARAN MASUK IPT.

6. Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.

7. Pelajar SIJIL/ASASI/MATRIKULASI/FOUNDATION/SARJANA/PhD/Pasca-Siswazah/Separuh Masa/Luar Kampus/Program Persediaan Perguruan/Institusi Perguruan/Latihan Separa Perubatan di Kolej Perubatan/Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia TIDAK LAYAK memohon.

Kadar Bantuan:

RM300.00

Kaedah Permohonan:

Secara dalam talian melalui pautan https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt

Tarikh Permohonan :

(Semester Pertama Kemasukan Baharu Januari 2023 - Jun 2023)

🗓️ 15 Februari 2023 - 30 Jun 2023

Info Lanjut :

📞Hotline : 04-7027272 / 04 -7027297
📧E-mel : sppnk@kedah.gov.my
📍Unit Penajaan (BAKIPT)
Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah
Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar Kedah

Peringatan :

Setiap pemohonan hendaklah dibuat secara DALAM TALIAN sahaja.

Terima kasih.

14/10/2022
12/10/2022
[ BAYU BERSELAWAT SEMPENA MAJLIS MAULIDUR RASUL 1444H ]Ahli Majlis Daerah Baling dengan kerjasama HalWa Pusat Komuniti A...
12/10/2022

[ BAYU BERSELAWAT SEMPENA MAJLIS MAULIDUR RASUL 1444H ]

Ahli Majlis Daerah Baling dengan kerjasama HalWa Pusat Komuniti Al-Abrar akan mengadakan program Bayu Berselawat sempena Maulidur Rasul 1444H buat muslimat di Dun Bayu khususnya.

Maklumat adalah seperti berikut :

Hari : Sabtu
Tarikh : 15 Oktober 2022
Masa : 2:30 petang
Tempat : Kompleks Islam Bayu (KISBA), Tandop
Pengisian menarik :
-Solat Hajat
-Selawat
-Tazkirah Santai
-Munajat

Daripada Abu Hurairah radiallahu'anhu, Nabi S.A.W bersabda :

َمَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَة صَلَّى اللهُ عليه عَشْرًا
Sesiapa yang berselawat keatasku sekali, Allah akan berselawat keatasnya sepuluh kali. (Sahih Muslim)

Semua Muslimat dijemput hadir beramai-ramai

🎁Hadiah menarik menanti anda‼️
Hadiah Cabutan Bertuah ditaja oleh : YB ADUN BAYU

⭕Digalakkan membawa telekung solat & sejadah.

Adun Bayu, Cikgu Nasir bersama isteri menyambut kedatangan tetamu dari Muslimat Pas Kawasan Jerlun untuk sama-sama turun...
02/10/2022

Adun Bayu, Cikgu Nasir bersama isteri menyambut kedatangan tetamu dari Muslimat Pas Kawasan Jerlun untuk sama-sama turun padang menyantuni mangsa banjir di Kg Iboi.


Jambatan Bailey pon dah  rosak, begitulah juga nasib dan kehidupan kami disini. Sampai bila kami mesti lalui semua ini. ...
07/09/2022

Jambatan Bailey pon dah rosak, begitulah juga nasib dan kehidupan kami disini.
Sampai bila kami mesti lalui semua ini.
Kehidupan kami sentiasa dihantui air selut dari gunung lnas.
Usahalah, buatlah, carilah penyelesaian segera

Rintihan, rayuan penduduk Kg Iboi ketika saya melawat Pusat Pemindahan Sementara banjir di Dewan Empangan Kg lboi pagi tadi.

Menerima memorandum dari wakil penduduk Kg lboi dan sekitar ketika Himpunan Aman pada 31hb Ogos yg lalu yg saya tidak berkesempatan untuk hadir.


Adun Bayu, YB Cikgu Nasir menyambut ketibaan Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Besar Ke...
01/09/2022

Adun Bayu, YB Cikgu Nasir menyambut ketibaan Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Stadium Mini Baling bagi melawat kawasan banjir di Kampung Iboi.

Selain itu, Cikgu Nasir turut meluangkan masa beramah mesra bersama mangsa banjir yang berhimpun di Dewan Tun Abd Razak, Baling untuk menerima bantuan bencana banjir dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).


01/09/2022
YB Cikgu Abd Nasir hadir ke Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 Peringkat Negeri Kedah bert...
31/08/2022

YB Cikgu Abd Nasir hadir ke Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 Peringkat Negeri Kedah bertempat di Dataran Alor Setar pagi tadi.


Address

V4, Lorong Shed Sheh, Pekan Baru
Baling
09100

Opening Hours

Monday 09:30 - 04:30
Tuesday 09:30 - 04:30
Wednesday 09:30 - 04:30
Thursday 09:30 - 04:30
Sunday 09:30 - 04:30

Telephone

0137965629

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat ADUN Bayu - Puskab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram