31/07/2024
Halu kamurang, kucing jenis American curl umur 2bulan lebih jantan untuk dilepaskan kepada tuan baru. Wasp ja kio kalau mau☺️
Perkhidmatan Terapi Bios 9000. Rawatan alternatif untuk merawat pelbagai penyakit.
Lot 16 Taman W. T. K Phase 2
Bandau Kota Marudu
89108
| Monday | 08:00 - 16:30 |
| Tuesday | 08:00 - 16:30 |
| Wednesday | 08:00 - 16:30 |
| Thursday | 08:00 - 16:30 |
| Friday | 08:00 - 16:30 |
| Saturday | 08:00 - 12:30 |
| Sunday | 08:00 - 12:30 |
Be the first to know and let us send you an email when Terapi SIHAT Kota Marudu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Send a message to Terapi SIHAT Kota Marudu:
Selamat Sejahtera, Salam Sihat dan Salam Perkenalan kepada semua yang sudah melawat page kami “TERAPI SIHAT KOTA MARUDU”. Mesti banyak yang tertany-tanya terapi ini bagaimana caranya kan? Ada yang terfikir mungkin diurut-urut atau diberikan ubat dan sebagainya.
Terapi BIOS9000 sebenarnya salah satu alternatif ataupun cara lain untuk kita mengekalkan dan mendapatkan kesihatan pada tubuh badan kita, sebab itulah terapi tidak ada had-had umur yang sepatutnya untuk berterapi. Ertinya tua atau muda pun boleh mendapat kebaikan daripada terapi ini. Bukan itu saja, terapi ini juga boleh dicuba kepada sesiapa saja yang ada ‘sesuatu’,maksudnya kalau ada ketidakselesaan dalam badan kita yang kita sendiri tidak tahu apa sakit itu. Sebab rasanya ramai orang yang rasa diri sihat, tidak ada masalah, tidak ada sakit yang perlu makan makan ubat tapi sebenarnya kita tahu dan kita kenal diri atau tubuh badan kita masing-masing semestinya ada sesuatu yang tidak betul pada kesihatan badan kita. Bukan saja pada dalaman badan tapi juga pada luaran, sebab mungkin ada yang kelihatan cantik,segak, kacak, wangi dan sebagainya tapi disebalik itu semua mungkin ada kulit yang kusam, ada luka yang sudah lama tidak baik-baik, ada ‘panau’, ada ‘bisul’, dan banyak lagi. Bahkan luka akibat terkena pisau kecil, atau tercucuk duri bunga ros pun kita boleh mencuba terapi ini. Semua itu kita boleh cari cara lain untuk merawatnya seperti terapi ini. Erti kata lain, apa juga sakit atau masalah yang kita alami berkaitan dengan kesihatan kita, kita boleh mencuba terapi. Siapa-siapa yang tergolong seperti itu, mari cuba terapi. Cuma terdapat 3 orang yang tidak sesuai untuk berterapi iaitu perempuan mengandung, sudah pasang bateri dijantung, dan yang ketiga sudah disahkan menghidap penyakit kanser. selain daripada 3 golongan tersebut, masih boleh mencuba terapi ini.
Mesin yang digunakan dalam terapi ini adalah BIOS9000, ia adalah 100% dibuat di Jepun. Ertinya bukan sahaja teknologi dari Jepun tapi ia juga dipasang di Jepun. Kilangnya dikenali sebagai ITO.CO.Ltd. Kilang ini ditubuhkan dari tahun 1916 lagi, jadi pada tahun 2019 ini ia sudah genap 103tahun dalam bidang mencipta pelbagai mesin untuk kesihatan. Kilang ini juga adalah kilang pertama yang mencipta mesin X-ray di Asia. Bila melihat tahun kilang ini sudah berkecimpung dalam dunia business kita boleh andaikan semestinya ia adalah kilang yang sudah kukuh dan boleh dipercayai. Berdoa supaya satu masa nanti kita sama-sama dapat melawat Jepun dan juga kilang ini.
Bagaimana mesin BIOS9000 ini berfungi untuk memperbaiki kesihatan kita? Mattress yang kita duduk diatas kerusi itu disambung ke mesin BIOS9000, apabila mesin ‘on’ ,kita tidak akan terasa apa-apa, langsung tiada rasa gegaran, tiada rasa sakit, tapi sebenarnya dari hujung kepala hingga hujung kaki terdapat 60 kali gegaran dalam masa sesaat dalam badan kita. Gegaran itu berfungsi untuk menghancurkan, memecahkan apa juga kotoran yang menyebabkan darah kita menjadi kotor, dan pekat. kemudian kotoran akan keluar dari badan kita secara semulajadi melalui najis, peluh , dan air kencing. Najis kita akan bertambah bau, hitam dan sebagainya. Peluh kita p**a akan terasa berminyak, melekit dan mungkin juga terasa gatal dan lagi bau. Air kencing boleh dicek selepas menjalan terapi selama 7 hari, pada hari kelapan awal pagi sebelum sarapan air kencing boleh disambut dalam bekas yang tidak digunakan, selepas 5 jam air kencing itu akan kelihatan seperti berminyak pada permukaan atas, seperti jeli-jeli ditengahnya dan di permukaan bawah ada seperti pasir-pasir halus. tetapi jika sudah dicek pada air kencing itu masih tidak ada apa-apa, bukan tidak ada kotoran cuma ia sudah keluar ikut najis ada peluh.