27/04/2026
Banyak sekarang yang terangkan perbezaan tantrum dan meltdown.
Tahu tak apa yang sedang berlaku dalam otak sehingga berlakunya meltdown?
Meltdown boleh diterangkan menggunakan model "traffic light" dalam psikologi. Bahagian otak yang terlibat dalam setiap bahagian (hijau, kuning dan merah) adalah berlainan.
Kenapa kena tahu semua ni?
Supaya kita tahu macam mana nak tolong anak autisme yang sedang alami meltdown.
Bila dah masuk zon merah, itu maksudnya otak dah overload. Dah tak boleh fikir.
Masa itu, bila anak mengamuk, menjerit, adakah anda rasa pujukan, kata² manis, semua akan diterima?
Masa itu otak zon hijau seakan-akan terhimpit.
Tak boleh fikir.
Ibu ayah cakap apa tak boleh proses.
Ibu ayah rotan pun tak faham.
Yang diproses oleh otak anak, sakit! Kena keluar dari tempat yang ada stimulus yang tak best ini! Tak selamat!
Waktu itu, yang wajib buat ialah ibu ayah sendiri kena bertenang.
Eh, senanglah cakap bertenang, bertenang.
Betul, cakap memang mudah, tapi ingatlah anda sedang menjaga kunci syurga dan syaitan memang s**a kalau kunci syurga itu diherdik, ditengking.
Ibu ayah dah bertenang, bawa anak bertenang p**a.
Ingat, otak anak sedang zon merah, tak boleh nak proses maklumat. Ibarat windows yang sedang jem atau android yang asyik restart sebab overheat. So don't use words, use action.
Keluarkan dari kawasan yang mengganggu sensori dia.
Bagi deep pressure melalui pelukan (kalau anak ok).
Jika boleh /berkenaan, kembalikan rutin! Sebab apa?
Bayangkan dalam keadaan cemas, stress, tiba² anak nampak sesuatu yang dia familiar. Otak akan proses sesuatu yang sama/ familiar itu sebagai selamat dan ini boleh bantu otak keluar dari zon merah.
Bila kita faham kenapa meltdown berlaku, kita akan lebih faham bagaimana cara nak bantu anak selesaikan isu tersebut dengan betul dan kenapa ada sesetengah cara "tak jalan."