Wan Optometry

Wan Optometry Kepakaran kami adalah membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan dan mengenalpasti masalah kesihatan mata.
(2)

19/03/2026

NOTIS PENUTUPAN WAN OPTOMETRY

Kami akan tutup dari 20 Mac 2026 hingga 27 Mac 2026.

Kami akan mula beroperasi pada 28 Mac 2026 (Sabtu). Dari pukul 10 pagi- 7petang.

Selamat Hari Raya kepada semua pelanggan Wan Optometry ๐Ÿ˜

25/02/2026

Ramai orang tahu kencing manis boleh rosakkan kaki. Tapi ramai tak sedar, kencing manis juga boleh rosakkan mata sampai buta.

Bukan nak takut takutkan.

Cuma ini yang berlaku, dalam bahasa paling mudah.

Di belakang mata kita ada โ€œskrinโ€ halus yang bernama retina. Semua yang kita nampak, masuk dan diproses di situ.

Bila gula dalam darah tinggi lama lama, ia macam โ€œmengaratkanโ€ salur darah halus di retina. Salur darah jadi rosak.

Mula mula salur darah tu bocor.

Bila bocor, retina jadi basah dan bengkak. Bila bahagian tengah retina (makula) bengkak, penglihatan mula kabur. Tulisan jadi tak jelas. Garis lurus nampak beralun. Muka orang macam tak tajam.

Lepas tu, bila retina tak cukup oksigen, badan cuba buat salur darah baru. Masalahnya, salur darah baru ni rapuh. Mudah pecah.

Bila pecah, darah masuk dalam mata.
Terus nampak tompok hitam, macam asap, macam ada benang benang terapung. Ada yang tiba tiba jadi gelap sebelah.

Kalau ini berulang, tisu parut boleh tarik retina sampai tertanggal. Bila retina tertanggal, risiko hilang penglihatan jadi sangat tinggi.

Sebab itu diabetes boleh buat buta.
Bukan sebab mata โ€œsakitโ€, tapi sebab retina rosak perlahan lahan.

Yang paling bahaya, awal awal biasanya tak rasa apa apa. Mata nampak macam biasa, tapi retina tengah rosak dalam senyap.

Jadi ini pesan paling penting.
Kalau anda ada kencing manis, buat pemeriksaan fundus mata setiap tahun walaupun tak ada simptom. Itu cara paling selamat untuk tangkap awal sebelum ia jadi teruk.

Kawal gula dalam darah, ambil ubat ikut aturan doktor, dan jangan tinggal follow up.
Mata kita bukan boleh ganti.

23/02/2026

โ€œBeli kat online RM15 je Min, siap dapat free gift bekas cermin mata lagi! Nampak cantik je mata warna Ash Grey ni."

Niat asal nak melaram, tapi tak sedar anda sebenarnya sedang bermain 'Russian Roulette' dengan penglihatan sendiri. Kanta lekap berwarna murah yang dibeli online tanpa preskripsi nampak macam benda kecil, tapi risikonya boleh buat anda HILANG MATA SELAMANYA.

Pakar mata (Oftalmologis) cukup gerun bila tengok kes macam ni. Ini apa yang berlaku bila anda sumbat plastik murah dalam mata:

1๏ธโƒฃ Kuman Makan Mata (Keratitis & Ulser)
Ini paling menakutkan. Kanta murah mudah mengumpul bakteria, kulat, atau parasit Acanthamoeba. Kuman ni akan 'makan' kornea (lapisan depan mata) sampai berlubang dan tinggalkan parut kekal.

2๏ธโƒฃ Mata 'Lemas' Tak Bernafas
Mata kita perlukan oksigen. Kanta timbang kilo ni material dia tak jelas dan tebal. Bila mata lemas, ia jadi kering, pedih, dan mudah luka. Dari luka halus inilah kuman masuk berpusu-pusu.

3๏ธโƒฃ Melecet & Calar
Anda ingat bola mata semua orang saiz sama baju free size ke? Kanta ketat akan melecetkan kornea. Kanta longgar p**a asyik bergerak dan perangkap habuk di celah mata.

4๏ธโƒฃ Pewarna Luntur & Kasar
Pigmen warna pada kanta murah biasanya dibuat tak ikut standard perubatan. Permukaannya kasar macam kertas pasir halus, buat mata sentiasa merah dan gatal (alergi).

๐Ÿ’ฅ TABIAT BURUK 'PAKEJ' KANTA MURAH:
Bila beli murah, common sense pun selalunya hilang.
โŒ Pakai bawa tidur (overnight)
โŒ Cuci kanta guna air paip atau jilat guna AIR LIUR!
โŒ Tak tukar air solution berhari-hari.
โŒ Paling jijik: KONGSI kanta lekap dengan kawan kawan!

๐Ÿšจ BILA NAK KENA LARI JUMPA DOKTOR?
Kalau mata tiba-tiba merah menyala sebelah, sakit berdenyut kuat, silau bila tengok cahaya, keluar lelehan nanah, atau pandangan makin kabur... BERHENTI PAKAI TERUS dan pecut ke Kecemasan (ED) / Klinik Mata. Jangan tunggu esok!

Sayangilah mata. Nak pakai contact lens pergi kedai cermin mata, buat fitting dan minta nasihat Optometris yang bertauliah. Cacat penglihatan sebab nak jimat RM20 memang tak berbaloi.

23/02/2026

Jom cek mata dekat Wan Optometry. Sempat lagi nak buat spec mata raya! ๐Ÿ˜‹

๐ŸŽ‰ ๐‹๐ˆ๐•๐„ ๐‹๐”๐‚๐Š๐˜ ๐ƒ๐‘๐€๐– ๐–๐€๐ ๐Ž๐๐“๐Ž๐Œ๐„๐“๐‘๐˜ โ€“ ๐„๐’๐Ž๐Š ๐Ÿ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐Œ! ๐ŸŽ‰Jom join kami esok di Live TikTok & Facebook untuk cabutan bertuah deng...
11/02/2026

๐ŸŽ‰ ๐‹๐ˆ๐•๐„ ๐‹๐”๐‚๐Š๐˜ ๐ƒ๐‘๐€๐– ๐–๐€๐ ๐Ž๐๐“๐Ž๐Œ๐„๐“๐‘๐˜ โ€“ ๐„๐’๐Ž๐Š ๐Ÿ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐Œ! ๐ŸŽ‰

Jom join kami esok di Live TikTok & Facebook untuk cabutan bertuah dengan hadiah bernilai ๐—ฅ๐—  ๐Ÿฎ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ! ๐Ÿ˜

๐Ÿ“ฃ HARI INI HARI TERAKHIR untuk layak masuk!

Setiap pembelian RM200 = 1 cabutan nama. Lagi banyak penyertaan, lagi tinggi peluang menang!

Set reminder sekarang:
๐Ÿ•‘ ๐Ÿญ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ๐Ÿฎ.๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐Ÿ“ ๐—Ÿ๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ง๐—ถ๐—ธ๐—ง๐—ผ๐—ธ & ๐—™๐—ฎ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฏ๐—ผ๐—ผ๐—ธ ๐—ช๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐—ฝ๐˜๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐˜๐—ฟ๐˜†

Siapa agaknya pemenang bertuah tu? Mungkin ANDA! โœจ
Jumpa esok ya!

K-Vue Lucky Draw kini bermula di Wan Optometry!Beli apa-apa contact lens Maxvue Vision & anda layak masuk cabutan ๐ŸŽฏ๐Ÿ† Gra...
10/02/2026

K-Vue Lucky Draw kini bermula di Wan Optometry!

Beli apa-apa contact lens Maxvue Vision & anda layak masuk cabutan ๐ŸŽฏ

๐Ÿ† Grand Prizes: iPhone 17 โ€ข Flight ticket to Korea โ€ข Apple Watch

๐Ÿฝ๏ธ Monthly Reward: Baucar Makanan Korea RM50 (pemenang setiap bulan)

3 langkah mudah:

Beli Maxvue Vision di Wan Optometry

Scan QR (tertera pada kaunter/struk)

Isi butiran + upload resit

Tip: Simpan kotak & resit asal untuk pengesahan pemenang.

โ€œ๐€๐ง๐š๐ค ๐ง๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐จ๐ค๐š๐ฒโ€ ๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐ฎ ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ข๐š ๐จ๐ค๐š๐ฒ. ๐Ÿ‘€Di Wan Optometry, pemeriksaan mata kanak-kanak dibuat lebih teliti...
07/02/2026

โ€œ๐€๐ง๐š๐ค ๐ง๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐จ๐ค๐š๐ฒโ€ ๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐ฎ ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ข๐š ๐จ๐ค๐š๐ฒ. ๐Ÿ‘€

Di Wan Optometry, pemeriksaan mata kanak-kanak dibuat lebih teliti โ€” bukan setakat check power, tapi saringan menyeluruh untuk kesan awal masalah mata & risiko power naik cepat.

Jangan tunggu sampai anak mengadu baru nak periksa.

๐Ÿ“ฒ PM kami untuk slot pemeriksaan.

30/01/2026

Anda macam ni ke? ๐Ÿคฃ

Datang dari Perak, terus grab offer!โ€ ๐Ÿ™ŒMereka pilih ๐‡๐Ž๐˜๐€ ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข๐Ÿ๐จ๐ค๐š๐ฅ dan upgrade ๐’๐ž๐ง๐ฌ๐ข๐ญ๐ฒ ๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐ฎ๐ฆ๐š โ€”senang bila keluar masu...
30/01/2026

Datang dari Perak, terus grab offer!โ€ ๐Ÿ™Œ

Mereka pilih ๐‡๐Ž๐˜๐€ ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข๐Ÿ๐จ๐ค๐š๐ฅ dan upgrade ๐’๐ž๐ง๐ฌ๐ข๐ญ๐ฒ ๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐ฎ๐ฆ๐š โ€”senang bila keluar masuk dari panas ke indoor โ˜€๏ธโžก๏ธ๐Ÿ 

Kami juga buat ๐ž๐ฒ๐ž ๐ก๐ž๐š๐ฅ๐ญ๐ก ๐œ๐ก๐ž๐œ๐ค ๐ฅ๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฉ: ๐ฌ๐ฅ๐ข๐ญ ๐ฅ๐š๐ฆ๐ฉ + ๐Ÿ๐ฎ๐ง๐๐ฎ๐ฌ ๐œ๐š๐ฆ๐ž๐ซ๐š untuk semak keadaan saraf & retina ๐Ÿ‘๏ธ๐Ÿฉบ

๐Ÿ“ Wan Optometry | ๐Ÿ“ฒ WhatsApp kami untuk temujanji

Client kami  pilih ๐‘๐š๐ฒ-๐๐š๐ง ๐‘๐๐Ÿ“๐Ÿ’๐Ÿ‘๐Ÿ“ (๐๐ฅ๐š๐œ๐ค) + ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข๐Ÿ๐จ๐ค๐š๐ฅ ๐‡๐Ž๐˜๐€ ๐๐š๐ฅ๐š๐ง๐ฌ๐ข๐ฌ ๐Ÿ‘“๐‘ฉ๐’๐’๐’–๐’”: Free upgrade HOYA Sensity Green (look seaka...
27/01/2026

Client kami pilih ๐‘๐š๐ฒ-๐๐š๐ง ๐‘๐๐Ÿ“๐Ÿ’๐Ÿ‘๐Ÿ“ (๐๐ฅ๐š๐œ๐ค) + ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข๐Ÿ๐จ๐ค๐š๐ฅ ๐‡๐Ž๐˜๐€ ๐๐š๐ฅ๐š๐ง๐ฌ๐ข๐ฌ ๐Ÿ‘“

๐‘ฉ๐’๐’๐’–๐’”: Free upgrade HOYA Sensity Green (look seakan G15 Ray-Ban) ๐Ÿ˜Ž๐ŸŒค๏ธ

Sesuai untuk pandu, kerja, baca โ€” satu cermin mata je.

โณ Promo free upgrade tamat 31 Jan 2026.

16/01/2026

โš ๏ธ Ini peluang terakhir

Beli kanta HOYA
โžก๏ธ FREE upgrade Sensity Blue

๐Ÿ“… Akhir 31 Januari 2026 sahaja
Siapa cepat, dia dapat.

๐Ÿ’ณ Atome & SPayLater diterima
๐Ÿ“ฒ Lock slot hari ini โ€“ jangan tunggu esok.

Address

16 Jalan BM2/1 Seksyen 2 Bandar Bukit Mahkota
Bangi
43000

Opening Hours

Monday 11:00 - 19:30
Tuesday 11:00 - 19:30
Wednesday 11:00 - 19:30
Thursday 11:00 - 19:30
Friday 11:00 - 19:30
Saturday 11:00 - 19:30
Sunday 11:00 - 19:30

Telephone

01163280484

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wan Optometry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wan Optometry:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram