Tadika Desa Pintar

Tadika Desa Pintar Tadika Islam di Bandar Baru Bangi berdaftar dengan KPM yang menyediakan pendidikan yang menyeluruh dengan mencorak peribadi dan meneroka potensi anak-anak.

Marhaban Ya Ramadan 🥰Syukur Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadan yang penuh rahmat dan berkat ini....
19/02/2026

Marhaban Ya Ramadan 🥰

Syukur Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadan yang penuh rahmat dan berkat ini. Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa, dimana kita diberi peluang untuk memperbaiki diri dan mempertingkatkan takwa kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H/2026 buat semua umat Islam. Semoga Ramadan kali ini menjadi titik perubahan untuk kita semua, yang penuh dengan pengampunan, rahmat dan cahaya yang menyinari hati ✨❤️

28/01/2026

Anak-anak hebat bukan kerana mereka tahu segalanya, tetapi kerana mereka berani mencuba🤩Fokus dengan gembira dan menikmati setiap proses kecil pembelajaran dengan senyuman😊♥️

Alhamdulillah cikgu seronok tengok anak2 happy🥰

Hadiah kecil dari tangan yang ikhlas 😍😍😍Allah berfirman:“Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ...
22/01/2026

Hadiah kecil dari tangan yang ikhlas 😍😍😍

Allah berfirman:
“Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.”
(Surah Luqman: 14)

Aktiviti Necklace Straw ini bukan sekadar hasil kreativiti,
tetapi tanda kasih sayang anak buat ibu tercinta 💝
Dari jari kecil, lahir cinta yang besar ✨

Setiap perasaan itu ciptaan Allah 🤍Melalui Kotak Emosi, anak-anak belajar mengenal emosi diri dan belajar berlembut deng...
21/01/2026

Setiap perasaan itu ciptaan Allah 🤍

Melalui Kotak Emosi, anak-anak belajar mengenal emosi diri dan belajar berlembut dengan hati sendiri 😊

Israk Mikraj merupakan peristiwa agung yang memperlihatkan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT, di mana Rasulullah ﷺ telah...
17/01/2026

Israk Mikraj merupakan peristiwa agung yang memperlihatkan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT, di mana Rasulullah ﷺ telah diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, seterusnya diangkat ke langit untuk menerima perintah solat.

Peristiwa ini mengajar kita tentang keimanan, kesabaran dan kepentingan solat sebagai tiang agama. Semoga kisah penuh hikmah ini menjadi inspirasi dalam mendidik anak-anak kecil kita agar membesar dengan hati yang cintakan Allah, Rasul dan amalan kebaikan.

Moga generasi yang dibesarkan hari ini menjadi insan beriman, berakhlak mulia dan bercahaya dengan ilmu serta iman. ✨🕌

Bismillah…Di sinilah langkah kecil bermula 🌱Membina ilmu, akhlak dan iman,Demi melahirkan generasi harapan ummah😍😍      ...
14/01/2026

Bismillah…
Di sinilah langkah kecil bermula 🌱
Membina ilmu, akhlak dan iman,
Demi melahirkan generasi harapan ummah😍😍

✨ Welcome Back To School ✨Kembali ke sekolah dengan hati yang ceria dan semangat membara ✏️🎒Di sinilah benih ilmu disema...
14/01/2026

✨ Welcome Back To School ✨

Kembali ke sekolah dengan hati yang ceria dan semangat membara ✏️🎒Di sinilah benih ilmu disemai, bakat diasah dan kenangan manis dicipta🥰

Kami sentiasa komited menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat, menyeronokkan dan bermakna untuk setiap anak😍😍

🌞Topi matahari🌞"Demi matahari dan sinarnya di pagi hari" (Asy-Syams, ayat 1)Anak-anak mengenal ciptaan Allah melalui akt...
08/01/2026

🌞Topi matahari🌞

"Demi matahari dan sinarnya di pagi hari" (Asy-Syams, ayat 1)

Anak-anak mengenal ciptaan Allah melalui aktiviti kreatif😍

Matahari mengajar kita erti syukur dan tanda kebesaran Allah☀️

Semoga setiap senyuman kecil ini menjadi langkah awal melahirkan insan yang soleh dan solehah❤️

Didik dengan kasih sayang, asuh dengan doa🤲

Setiap senyuman membawa cerita, setiap hadiah menyimpan makna ♥️Anak-anak melangkah ke hadapan dengan lebih yakin hari i...
02/01/2026

Setiap senyuman membawa cerita, setiap hadiah menyimpan makna ♥️

Anak-anak melangkah ke hadapan dengan lebih yakin hari ini dan itulah saat yang paling kami syukuri 🌙 🥰






Hari ini anak-anak diraikan,bukan kerana siapa yang paling menonjol, tetapi kerana setiap langkah kecil yang telah merek...
02/01/2026

Hari ini anak-anak diraikan,
bukan kerana siapa yang paling menonjol, tetapi kerana setiap langkah kecil yang telah mereka lalui 🌱😍

Melihat keyakinan di wajah mereka, kami tahu perjalanan awal ini sedang dibina dengan penuh kasih sayang ♥️

Alhamdulillah tahniah anak-anak hebat!





Alhamdulillah 🤍 telah berlangsung Majlis Graduasi Tadika Desa Pintar 2025 dengan jayanya 🎓✨Mengangkat tema “Bahasa Arab,...
23/12/2025

Alhamdulillah 🤍 telah berlangsung Majlis Graduasi Tadika Desa Pintar 2025 dengan jayanya 🎓✨

Mengangkat tema “Bahasa Arab, Bahasa Al-Quran” kami menyaksikan anak-anak kecil ini melangkah keluar dari dunia tadika dengan bekalan ilmu, adab dan keyakinan diri 🌱

Dari sebutan huruf hijaiyyah, doa-doa harian dan hadis hingga keberanian berdiri di atas pentas, inilah hasil proses didikan yang penuh kasih sayang dan kesabaran ❤️

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu ayah atas kepercayaan yang diberikan, serta barisan guru yang sentiasa komited mendidik generasi kecil dengan nilai Al-Quran 🌙

Semoga anak-anak ini terus membesar menjadi insan yang mencintai ilmu, agama dan kebaikan 🤲





✨ CUTI SEKOLAH ANAK, HATI IBU AYAH TENANG ✨Sedang cari program cuti sekolah yang bermanfaat, selamat & menyeronokkan unt...
16/12/2025

✨ CUTI SEKOLAH ANAK, HATI IBU AYAH TENANG ✨

Sedang cari program cuti sekolah yang bermanfaat, selamat & menyeronokkan untuk anak? 🤍
Tadika Desa Pintar sedia membantu!

➡️ Hantar anak pagi sebelum kerja
➡️ Ambil petang selepas pulang
✔️ Cuti anak terisi, ibu ayah pun lega 🥰

📍 PROGRAM CUTI SEKOLAH
TADIKA DESA PINTAR

🏫 Tempat:
Tadika Desa Pintar
No. 30-1, Jalan 7/7B, Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi

🗓️ Tarikh:
22 Disember – 9 Januari 2026

🕰️ Masa:
8:00 pagi – 1:00 petang (Separuh Hari)

💰 Yuran:
✨ RM250 sahaja ✨

🌈 Aktiviti menarik & bermanfaat:
📘 Pengukuhan membaca, mengaji & hafazan
🎲 Pembelajaran santai — belajar sambil bermain

📚 Antara modul disediakan:
✨ Muslim Hebat & Pintar™
✨ Smart Solat
✨ Huffaz Cilik
✨ Pengukuhan Bacaan
✨ Sensorial
✨ Art & Craft
✨ Kiddie Bakery
✨ Laksamana Kecil
✨ Saintis Cilik

📞 Maklumat & Pendaftaran:
👉 Klik link:
http://www.wasap.my/60162256468/ProgramCutiSekolah

⚠️ Tempat terhad!
Jom isi cuti anak dengan pengalaman seronok, selamat & bermakna 🤍

Address

No. 30-1, Jalan 7/7B, Seksyen 7
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:30
Tuesday 07:30 - 18:30
Wednesday 07:30 - 18:30
Thursday 07:30 - 18:30
Friday 07:30 - 18:30

Telephone

+60162256468

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Desa Pintar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Tadika Desa Pintar:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram