Pusat Kesihatan Universiti UKM

Pusat Kesihatan Universiti UKM Pusat Kesihatan Universiti
Tel : 03 8921 4510/ 3666
www.ukm.edu.my/pusatkesihatan

JEMPUTAN KE PROGRAM KESEDARAN TINGKAH LAKU BERISIKO TINGGI (HIGH RISK BEHAVIOUR) UKM 2025 Pusat Kesihatan Universiti den...
15/11/2025

JEMPUTAN KE PROGRAM KESEDARAN TINGKAH LAKU BERISIKO TINGGI (HIGH RISK BEHAVIOUR) UKM 2025

Pusat Kesihatan Universiti dengan kerjasama pelbagai agensi ingin menjemput semua ke program ini yang bakal diadakan pada :

Tarikh : 20 Disember 2025 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : PUSANIKA UKM BANGI

Objektif program adalah:
1. Memberi pemahaman yang jelas tentang jenis-jenis tingkah laku berisiko tinggi seperti merokok, v**e, dadah, pergaulan tidak selamat (HIV/AIDS) dan buli.
2. Mencegah penularan tingkah laku tidak sihat dalam komuniti kampus.
3. Membentuk modal insan universiti yang berakhlak dan resilien.

Pelbagai aktiviti menarik:
1. Senamrobik
2. Fun Walk 3 km
3. Explorace
4. Reruai pameran (NGO HIV, PKDHL, PDRM, AADK, LPPKN, BSMM)
5. Ceramah ‘Jenayah Buli’
6. Demonstrasi CPR
7. Cabutan bertuah

Borang pendaftaran Fun Walk 3km -
https://forms.gle/EbeQZPaGavwvauGv7

Borang pendaftaran Explorace –
https://forms.gle/d9RxLsP76MKz9KFb7

Penyertaan terbuka kepada Warga dan Bukan Warga UKM.

PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORD 'LONGEST FOOTPRINT ON CANVAS'.Sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia pada hari ini...
14/11/2025

PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORD 'LONGEST FOOTPRINT ON CANVAS'.

Sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia pada hari ini, 14 November 2025, PKU UKM telah berjaya mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records bagi “Koleksi Tapak Kaki di atas Kain Kanvas Terpanjang di Malaysia.” Projek yang mengambil masa 2 bulan ini menjadi simbolik kepada amalan 10,000 langkah sehari yang disarankan kepada seluruh warga UKM sebagai usaha mencegah penyakit diabetis dan penyakit metabolik lain yang semakin meningkat dalam masyarakat kita hari ini. Majlis penyerahan sijil pengiktirafan telah diadakan pada hari ini bertempat di PKU.

Antara pengisian projek adalah mengadakan jelajah saringan kesihatan di beberapa PTj dan fakulti serta memberikan ceramah kesihatan kepada para pelajar di hampir semua kolej kediaman di dalam kampus.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak inisiatif sihat dan inovatif yang menggabungkan elemen kesedaran kesihatan, kebersamaan dan kreativiti dalam kalangan warga UKM. Setiap langkah yang kita ambil hari ini adalah langkah menuju masa depan UKM yang lebih sihat, sejahtera dan gemilang.

PERSEDIAAN BANTUAN PERUBATAN SEMPENA KONVOKESYEN UKM KE 53Pada setiap kali konvokesyen, PKU dan pelajar BSMM akan bertug...
13/11/2025

PERSEDIAAN BANTUAN PERUBATAN SEMPENA KONVOKESYEN UKM KE 53

Pada setiap kali konvokesyen, PKU dan pelajar BSMM akan bertugas di semua sidang bagi memberi perkhidmatan perubatan semasa kes kecemasan.

Pada konvo tahun ini yang akan bermula pada 22 Nov hingga 4 Disember 2025, persediaan bantuan perubatan telah diberikan oleh staf PKU yang diketuai oleh Pegawai Perubatan PKU merangkap AJK BSMM iaitu Dr Mohd Najid, dibantu oleh Nurse Fatehah, IK Mohd Fitri dan MA Megat.

Persediaan dimulai dengan sesi pembelajaran teori melalui online dan sesi praktikal.

Semoga semua petugas dapat menjalankan tugasan dengan baik sepanjang sidang konvokesyen.

13/11/2025

Pusat Kesihatan Universiti UKM ingin menjemput YBhg. Tan Sri/Prof/Dato'/Dr/Tuan/Puan untuk menyertai *Sembang Santai PKU bertajuk Kembara Bijak Kembara Selamat : Passport Kesihatan Anda* secara dalam

SUNTIKAN VAKSIN INFLUENZA KEPADA PARA PETUGAS KONVOKESYEN UKM 2025PKU telah diamanahkan untuk menguruskan perolehan vaks...
12/11/2025

SUNTIKAN VAKSIN INFLUENZA KEPADA PARA PETUGAS KONVOKESYEN UKM 2025

PKU telah diamanahkan untuk menguruskan perolehan vaksin Influenza seterusnya melakukan suntikan kepada para petugas konvokesyen UKM ke-53 bermula 10 hingga 14 November 2025 bertempat di bilik vaksin PKU.

Inisiatif ini menunjukkan keprihatinan pihak Pengurusan Universiti dalam menjaga kebajikan petugas konvokesyen yang akan memulakan tugas pada 22 November hingga 4 Disember kelak.

*Jemputan menyertai Sembang Santai PKU Bil 5/2025*                                                                      ...
11/11/2025

*Jemputan menyertai Sembang Santai PKU Bil 5/2025*
Pusat Kesihatan Universiti UKM ingin menjemput YBhg. Tan Sri/Prof/Dato'/Dr/Tuan/Puan untuk menyertai *Sembang Santai PKU bertajuk Kembara Bijak Kembara Selamat : Passport Kesihatan Anda* secara dalam talian pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 13 November 2025 (Khamis)
Masa : 9.30-10.30 pagi
Tempat : Secara langsung di Zoom Meeting dan Facebook Rasmi Pusat Kesihatan Universiti UKM

Pautan Zoom : https://ukm-edu-my.zoom.us/j/92407731481?pwd=u8XPOkTTmeFJiAGPUQSmjfylNn3OEI.1
Meeting ID: 924 0773 1481
Passcode: 922028

Moderator : Encik Megat Faiz Aizat bin Megat Abd Aziz, Penolong Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan UKM

Penceramah : Dr. Nora ‘Aini binti Ramly, Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan UKM

TAKLIMAT PERTOLONGAN CEMAS ASAS KEPADA PELAJAR BSMM UKMSaban tahun akan diadakan taklimat ini kepada para pelajar BSMM t...
09/11/2025

TAKLIMAT PERTOLONGAN CEMAS ASAS KEPADA PELAJAR BSMM UKM

Saban tahun akan diadakan taklimat ini kepada para pelajar BSMM terutama kepada ahli baharu mengenai pertolongan cemas asas secara teori dan praktikal pada. Sesi ini diadakan pada 6 November 2025 bertempat di PKU.

Taklimat ini bertujuan untuk:

1. Memberi kefahaman asas pertolongan cemas dan responden awal kepada pelajar dalam menghadapi kecemasan semasa di kolej dan semasa duty standby rasmi universiti seperti sukan, konvokesyen dll.

2. Meningkatkan kecekapan dan keyakinan pelajar supaya mampu bertindak pantas, yakin dan betul ketika berlaku kemalangan atau kecederaan ringan.

RUANG PELBAGAI GUNA Penyediaan ruang rehat, mini gym dan ruang menyusu (laktasi) di tempat kerja dapat meningkatkan kese...
08/11/2025

RUANG PELBAGAI GUNA

Penyediaan ruang rehat, mini gym dan ruang menyusu (laktasi) di tempat kerja dapat meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental staf dengan memberi ruang untuk berehat seketika serta menggalakkan gaya hidup sihat sepanjang waktu bekerja serta memberi privasi dan keselesaan kepada ibu yang bekerja untuk menyusu atau mengepam susu tanpa gangguan.

JOM KITA BEKERJA DENGAN GEMBIRA!

JEMPUTAN KE PROGRAM KESEDARAN TINGKAH LAKU BERISIKO TINGGI (HIGH RISK BEHAVIOUR) UKM 2025 Pusat Kesihatan Universiti den...
07/11/2025

JEMPUTAN KE PROGRAM KESEDARAN TINGKAH LAKU BERISIKO TINGGI (HIGH RISK BEHAVIOUR) UKM 2025

Pusat Kesihatan Universiti dengan kerjasama pelbagai agensi ingin menjemput semua ke program ini yang bakal diadakan pada :

Tarikh : 20 Disember 2025 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : PUSANIKA UKM BANGI

Objektif program adalah:
1. Mendapat pemahaman yang jelas tentang jenis-jenis tingkah laku berisiko tinggi seperti merokok, v**e, dadah, pergaulan tidak selamat (HIV/AIDS) dan buli.
2. Mencegah penularan tingkah laku tidak sihat dalam komuniti kampus.
3. Membentuk modal insan universiti yang berakhlak dan resilien.

Pelbagai aktiviti menarik:
1. Senamrobik
2. Fun Walk 3 km
3. Explorace
4. Gerai pameran (NGO HIV, PKD HL, PDRM, AADK, LPPKN, BSMM)
5. Ceramah ‘Jenayah Buli’
6. Demonstrasi CPR
7. Cabutan bertuah

Borang pendaftaran Fun Walk 3km -
https://forms.gle/EbeQZPaGavwvauGv7

Borang pendaftaran Explorace –
https://forms.gle/d9RxLsP76MKz9KFb7

Penyertaan terbuka kepada Warga dan Bukan Warga UKM.

GEROBOK REZEKI PELAJAR Alhamdulillah berkat Jumaat, 7 November 2025, PKU dapat melancarkan projek ini dengan kerjasama d...
07/11/2025

GEROBOK REZEKI PELAJAR

Alhamdulillah berkat Jumaat, 7 November 2025, PKU dapat melancarkan projek ini dengan kerjasama daripada Ketua Projek, Dr Mohd Najid dan para AJK.

Semoga projek ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang memerlukan agar kekal berdaya dan bertahan dalam kehidupan pengajian seharian.

PKU mengalu-alukan sumbangan berbentuk tunai atau barangan bagi menjamin kelangsungan projek ini.


KURSUS PSYCHOLOGICAL FIRST AID (PFA)PKU telah berjaya menganjurkan kursus ini pada 4 November 2025 bertempat di Auditori...
04/11/2025

KURSUS PSYCHOLOGICAL FIRST AID (PFA)

PKU telah berjaya menganjurkan kursus ini pada 4 November 2025 bertempat di Auditorium Pusanika UKM, dengan kehadiran daripada pelajar, staf dan orang awam.

Address

Jalan Nik Ahmed Kamil
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:45
Friday 08:00 - 16:45

Telephone

+60389215087

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan Universiti UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Kesihatan Universiti UKM:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram