Siapa Kami ?
Penubuhan Pusat Kesejahteraan Psikologi & Kaunseling (PKPK) merupakan satu tanggungjawab yang diambil oleh Pusat Psikologi & Kesejahteraan Manusia (PsiTRA), FSSK dalam membantu kerajaan meningkatkan keupayaan modal insan sesuai dengan Dasar Sosial Negara bagi mewujudkan sinergi multisektoral. Pada masa yang sama ia merupakan remedi dalam membendung masalah sosial dengan menggunakan tenaga kepakaran yang sedia ada di UKM untuk dipulangkan kembali bagi manfaat komuniti, masyarakat dan negara. Ia melibatkan perkhidmatan psikologi secara profesional kepada masyarakat dan mengaplikasikan konsep waqaf agar semua golongan masyarakat mendapat manfaatnya sesuai dengan peranan UKM sebagai “pendaulat amanah negara”. Di samping itu, ia turut menunjukkan keprihatinan UKM terhadap keadaan masyarakat yang sentiasa terdedah dengan pelbagai masalah psikologi dan sosial serta penyakit mental yang saban hari meningkat. Di samping itu juga, projek penubuhan PKPK ini juga adalah bertujuan bagi memastikan perkembangkan potensi diri masyarakat yang optimum di dalam persekitaran sosial yang lebih sihat.
Visi : Menerajui perkhidmatan kesejahteraan psikologi & kaunseling yang professional, beretika dan berintegriti penuh selari dengan matlamat dan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia.
Misi : Menjadikan Pusat Kesejahteraan Psikologi & Kaunseling (PKPK) sebagai pusat rujukan dan agen pemerkasaan profesional untuk meningkatkan kesejahteraan hidup serta mampu berperanan secara konsisten dalam menyumbang kepada perkembangan dan perubahan positif individu, keluarga, komuniti,  masyarakat dan negara.
Moto : Ayuh Kekal Sihat: Biofizikal, Psikologi (Emosi dan Kognisi), Sosial dan Spiritual�