04/02/2026
Hari ini saya telah hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebagai expert witness bagi satu kes hadanah melibatkan seorang kanak-kanak autisme berusia 7 tahun.
Kes ini bukan sekadar perebutan hak jagaan antara ibu dan ayah. Tetapi yang paling penting adalah mengenai kestabilan emosi, kestabilan rutin, dan kesejahteraan seorang anak istimewa.
Kanak-kanak autisme tidak sama seperti kanak-kanak tipikal. Mereka ini sangat:
• perlukan rutin yang konsisten
• perlukan persekitaran yang boleh dijangka
• perlukan penjaga yang benar-benar faham
dan peka dengan keperluan sensori, emosi dan tingkah laku mereka. Bukan boleh diletakkan sesuka hati di bawah penjagaan sesiapa saja tanpa mengambil kira situasi ini.
Paling ditakuti perubahan mendadak, konflik ibu bapa, atau penjagaan yang tidak konsisten boleh menyebabkan kanak-kanak autism mengalami regresi, tantrum, anxiety yang teruk, dan gangguan fungsi harian.
Sebagai child clinical psychologist dengan pengalaman bertahun-tahun dalam penilaian dan intervensi autisme dan kes mahkamah, tugas saya di mahkamah pada hari ini ialah untuk:
• menerangkan keperluan sebenar kanak-kanak autisme dari sudut psikologi klinikal
• membantu mahkamah melihat dari sudut “kepentingan terbaik kanak-kanak” bukannya emosi orang dewasa
• memastikan recommendations dibuat berdasarkan data, pemerhatian profesional dan child development (autism) bukannya andaian
Dalam kes hadanah ini khususnya yang melibatkan anak autisme, soalnya bukan:
“Siapa lebih berhak?”
Tetapi:
“Siapa mampu menyediakan penjagaan paling stabil, konsisten dan selamat untuk perkembangan anak ini?”
Ada kes perebutan anak berlaku bukan sebab sayang teramat sangat pada anak tu tetapi lebih kepada sikap ego ayah atau ibu. Besar peranan saya untuk mempertahankan penjaga yang sesuai untuk kanak-kanak autistik ini. Jika silap beri maklumat dan cadangan boleh regress dia nanti.
Jika anda:
• ibu atau ayah kepada anak autisme
• sedang melalui konflik hak jagaan
• atau perlukan laporan profesional, penilaian, atau sokongan sebagai expert witness
📩 WA untuk konsultasi profesional & kes berkaitan mahkamah☺️☺️