09/02/2026
🎆 [Sorotan Majlis Apresiasi Tokoh Mahasiswa/i Al-Hujjah 2026] 🎆
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera✨
Pada 16 Januari 2026 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Apresiasi Tokoh Mahasiswa/i Al-Hujjah anjuran Exco Kesenian dan Kebudayaan serta Exco Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Kelab Al-Hujjah Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertempat di Bangi Guest House, Bangi Lama.
Pelbagai acara menarik diadakan seperti Persembahan Istimewa daripada Pelajar Tahun 4, Anugerah Tokoh Permata Hujjah Kategori Lelaki dan Perempuan, Anugerah Busana Indah Kategori Lelaki dan Perempuan dan Cabutan Bertuah.
Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih dirakamkan kepada para pensyarah yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan majlis ini dan kepada semua mahasiswa/i yang terlibat secara langsung terutama pelajar Tahun 4 yang sudi hadir pada malam tersebut. Semoga hubungan silaturrahim antara para pensyarah dengan pelajar berkekalan selamanya.
Selamat menjalani latihan industri diucapkan kepada para pelajar Tahun 4. Diharapkan segala bentuk kemudahan dan kejayaan sentiasa mengiringi langkah anda. Semoga setiap apa yang dilakukan mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T dan memberi pengalaman serta penghargaan yang tidak ternilai kepada para pelajar.
Sekian, terima kasih.
”SYARIAH DIJULANG, UMMAH CEMERLANG”
EXCO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN SERTA EXCO HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
KELAB AL-HUJJAH
PUSAT KAJIAN SYARIAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2025/2026