Poliklinik MyNur

Poliklinik MyNur Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Poliklinik MyNur, Medical and health, G-3A, Plaza Bangi Perdana, Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15, Bangi.

RAWATAN PESAKIT LUAR.
'Your Family & Pain Clinic'
Saringan Kesihatan,Ultrasound Scan.Cuci Telinga.Khatan Dewasa,Kanak2,Bayi Lelaki dan Perempuan.Cuci Luka,Vertigo.Masalah Sendi Lutut & Rawatan Sakit Belakang.BUKA (ISNIN-AHAD) 9.30 PG-9.30 MLM.

Makluman waktu Operasi Poliklinik MynurKlinik kami dibuka setiap hari 🕤 9:00 pagi hingga 9:00 malam Kami sentiasa bersed...
27/03/2026

Makluman waktu Operasi Poliklinik Mynur

Klinik kami dibuka setiap hari
🕤 9:00 pagi hingga 9:00 malam

Kami sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kesihatan anda 🤍

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙Di hari yang mulia ini,kami menyusun sepuluh jari memohon maafatas segala kekhilafan ❤️Sem...
19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙

Di hari yang mulia ini,
kami menyusun sepuluh jari memohon maaf
atas segala kekhilafan ❤️

Semoga Aidilfitri kali ini
dipenuhi kegembiraan bersama insan tersayang.

Maaf Zahir & Batin
Poliklinik Mynur

Assalamualaikum w.b.t,Dengan penuh hormat, dimaklumkan bahawa Poliklinik Mynur akan ditutup sempena Hari Raya Aidilfitri...
18/03/2026

Assalamualaikum w.b.t,

Dengan penuh hormat, dimaklumkan bahawa Poliklinik Mynur akan ditutup sempena Hari Raya Aidilfitri bermula:

📅 20 Mac 2026 sehingga 23 Mac 2026

Operasi akan disambung semula pada 24 Mac 2026.

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan buat semua 🌙✨

🌙 Reminder RamadanJangan lupa jaga kesihatan ketika berpuasa:• Minum air secukupnya• Jangan tinggal sahur• Pilih makanan...
11/03/2026

🌙 Reminder Ramadan

Jangan lupa jaga kesihatan ketika berpuasa:
• Minum air secukupnya
• Jangan tinggal sahur
• Pilih makanan seimbang

Kesihatan anda keutamaan kami.

Ikhlas dari , Poliklinik Mynur

Salam Ramadan Al-Mubarak 🌙Bulan puasa bukan alasan untuk abaikan kesihatan.Jika anda mengalami:• Gastrik teruk• Pening &...
22/02/2026

Salam Ramadan Al-Mubarak 🌙

Bulan puasa bukan alasan untuk abaikan kesihatan.
Jika anda mengalami:
• Gastrik teruk
• Pening & lemah melampau
• Gula tidak terkawal
• Dehidrasi

Dapatkan pemeriksaan awal di klinik.

Kesihatan anda keutamaan kami.
Selamat beribadah dengan tenang dan sihat 💚
Ikhlas dari , Poliklinik Mynur

Salam Ramadan Al-Mubarak 1447HSemoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, kesihatan yang baik dan rahmat ...
20/02/2026

Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, kesihatan yang baik dan rahmat buat kita semua.
Di bulan yang mulia ini, kami di Poliklinik Mynur sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan anda dan keluarga.

✨ Jaga kesihatan, jaga pemakanan dan jangan lupa minum air secukupnya ketika bersahur & berbuka.

Ikhlas daripada warga Poliklinik Mynur 🫶🏻

✨🧧 Happy Chinese New Year !! Kami mendoakan agar tahun ini membawa kesihatan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada anda d...
16/02/2026

✨🧧 Happy Chinese New Year !!
Kami mendoakan agar tahun ini membawa kesihatan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada anda dan keluarga.
Salam hormat daripada kami , Poliklinik Mynur ( rakan sihat anda ) 🍊✨

Darah Emas. Rh Null.Hanya 43 orang dalam sejarah dunia pernah direkodkan memilikinya.Bukan 43 ribu. 43 orang.Ini bukan d...
09/02/2026

Darah Emas. Rh Null.

Hanya 43 orang dalam sejarah dunia pernah direkodkan memilikinya.

Bukan 43 ribu. 43 orang.

Ini bukan darah biasa. Ini satu keajaiban biologi.

Secara saintifik, sel darah merah mereka "bogel". Kosong. Tak ada satu pun daripada 61 jenis antigen dalam sistem Rh.

Darah mereka sangat "tulen" sampaikan ia boleh dipindahkan ke mana-mana manusia di muka bumi yang ada masalah darah rare, tanpa sebarang penolakan.

Badan mereka adalah "Kunci Universal".

Kalau saintis jumpa pemilik darah ni, mereka bukan dilayan macam pesakit. Mereka dilayan macam aset paling berharga. Setitik darah mereka bernilai ribuan dolar untuk kajian sains. Sampel darah mereka disimpan dalam peti besi beku di Paris dan Bristol.

Tapi ironinya kejam.

Pemilik Rh Null boleh selamatkan 8 bilion manusia.
Tapi 8 bilion manusia tak boleh selamatkan dia.

Sebab badan dia akan tolak semua jenis darah lain. Dia hanya boleh terima darah dari geng "Darah Emas" yang lain saja.

Penderma terhebat. Tapi penerima paling sunyi.

Kredit : PHM

Ramai orang tunggu tanda baru nak risau pasal tekanan darah tinggi.Masalahnya, tekanan darah tinggi selalunya tak bagi “...
06/02/2026

Ramai orang tunggu tanda baru nak risau pasal tekanan darah tinggi.
Masalahnya, tekanan darah tinggi selalunya tak bagi “signal” yang jelas. Sebab itu ia digelar pembunuh senyap.

Tapi bila bacaan dah makin tinggi, badan kadang-kadang mula bagi petunjuk halus yang orang selalu tak sedar, atau selalu salah sangka sebagai penat biasa.

7 tanda yang patut buat anda cepat-cepat periksa bacaan
1. Sakit kepala kuat, terutama waktu pagi
2. Penglihatan kabur atau rasa macam “berkelip”
3. Dada rasa ketat atau sakit yang datang dan pergi
4. Sesak nafas walau buat kerja ringan
5. Jantung berdebar atau degupan tak sekata
6. Telinga berdengung atau rasa “berbunyi”
7. Mimisan yang kerap tanpa sebab jelas

Twist yang ramai tak s**a dengar
Tanda-tanda ini bukan “confirm” tekanan darah tinggi. Anda boleh ada tekanan darah tinggi bertahun-tahun tanpa apa-apa rasa. Cara paling tepat tetap satu, ukur bacaan.

Solusi ringkas yang boleh mula hari ini
Periksa tekanan darah sekurang-kurangnya setahun sekali, atau lebih kerap kalau ada faktor risiko. Kalau ada alat di rumah, buat bacaan beberapa hari dan catat. Jangan bergantung pada sekali ukur sahaja.

Jika ada sakit dada kuat, sesak nafas teruk, kebas sebelah badan, mulut senget, atau pertuturan jadi pelik, itu kecemasan. Jangan tunggu.

Kredit : PHM

Diabetes – bahaya kalau gula tak terkawal ‼️Gula tinggi yang dibiarkan boleh rosakkan:⚠️ buah pinggang⚠️ mata (rabun / b...
03/02/2026

Diabetes – bahaya kalau gula tak terkawal ‼️

Gula tinggi yang dibiarkan boleh rosakkan:
⚠️ buah pinggang
⚠️ mata (rabun / buta)
⚠️ saraf (kebas kaki)
⚠️ jantung & strok
⚠️ luka kaki jadi gangren

📌 Diabetes boleh hidup normal kalau makan terjaga + ubat ikut jadual + follow up doctor di Poliklinik Mynur Bandar Baru bangi

Nisfu Syaaban, malam yang penuh rahmat. Jangan malu-malu minta pada Allah swt.
02/02/2026

Nisfu Syaaban, malam yang penuh rahmat. Jangan malu-malu minta pada Allah swt.

Ramai orang tak sedar, minum air masak secukupnya boleh bagi banyak manfaat pada badan.✅ 7 Kelebihan Minum Air Masak💧 1)...
02/02/2026

Ramai orang tak sedar, minum air masak secukupnya boleh bagi banyak manfaat pada badan.

✅ 7 Kelebihan Minum Air Masak

💧 1) Elak dehidrasi
Badan cukup air → kurang pening, letih & lesu.

💧 2) Lancarkan penghadaman
Air bantu usus bergerak dengan baik → kurang sembelit.

💧 3) Bantu kawal berat badan
Minum air sebelum makan boleh kurangkan craving & makan berlebihan.

💧 4) Kulit lebih sihat
Air bantu kulit lebih lembap & kurang nampak kusam.

💧 5) Bantu fungsi buah pinggang
Air bantu keluarkan toksin & kurangkan risiko batu karang.

💧 6) Stabilkan suhu badan
Badan tak cepat “overheat”, especially cuaca panas.

💧 7) Kurangkan risiko sakit kepala
Kadang-kadang headache berlaku sebab kurang minum air.

Address

G-3A, Plaza Bangi Perdana, Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:30 - 21:30
Tuesday 09:30 - 21:30
Wednesday 09:30 - 21:30
Thursday 09:30 - 21:30
Friday 09:30 - 21:30
Saturday 09:30 - 21:30
Sunday 09:30 - 21:30

Telephone

+60389129559

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik MyNur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik MyNur:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram