23/12/2025
Alhamdulillah, Program Sunat Beramai-ramai anjuran Masjid Ar-Rahman, Kampung Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang telah berlangsung dengan lancar dan jayanya pada hari Ahad, 21 Disember 2025 yang lepas.
Kami di Klinik Fuziah amat berbesar hati apabila diberi kepercayaan untuk menjalankan prosedur berkhatan bagi 54 orang peserta, dengan sokongan padu 13 orang anggota pasukan perubatan yang komited serta berpengalaman.
Terima kasih kepada pihak masjid, ibu bapa, dan semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang sangat baik. Semoga program ini memberi manfaat dan menjadi kenangan bermakna buat semua adik-adik yang diraikan πβ¨