Alpro Pharmacy Banting

Alpro Pharmacy Banting Alpro Pharmacy Banting

24/02/2026

Cuba tunduk dan picit sikit perut anda sekarang. Lembik ke, tegang ke, atau keras macam bola sepak?

Selalu sangat orang cop perut buncit ni tanda suami isteri tengah bahagia atau sebab melantak nasi tambah. Padahal, perut kita ni macam dashboard kereta. Bentuk buncit yang berbeza bawa maksud masalah dalaman yang berbeza!

Jangan main redah je buat senaman sit-up 100 kali sehari, tapi buncit tak hilang juga sebab anda salah 'baca' jenis perut.

Mari kenal pasti 4 Jenis Perut Buncit dan apa maknanya:

1. Buncit Angin (The Bloated Belly)
Ciri-ciri: Waktu bangun pagi perut kempis elok je, tapi makin petang dia makin membesar dan tegang. Rasa penuh dan asyik nak sendawa atau kentut.
Punca: Usus anda sensitif. Boleh jadi sebab alergi susu (lactose intolerance), makan makanan bergas (kobis, kacang), atau makan terlalu laju sampai tertelan angin.
Cara Rawat: Kurangkan makanan bergas, kunyah makanan perlahan-lahan, dan ambil probiotik.

2. Buncit Stres (The Hormonal/Cortisol Belly)
Ciri-ciri: Perut buncit melondeh kat bahagian bawah pusat (macam tayar ganti/pouch) walaupun kaki dan tangan anda kurus!
Punca: Anda terlalu stres, kurang tidur, atau ada masalah hormon (macam PCOS bagi wanita). Badan keluarkan hormon kortisol dan kumpul lemak kat perut sebagai langkah 'berjaga-jaga'.
Cara Rawat: Tidur kena cukup 7-8 jam! Kurangkan kopi dan cari cara untuk kawal stres (me-time). Sit-up takkan jalan kalau otak masih stres.

3. Buncit Air (The Fluid Belly)
Ciri-ciri: Perut nampak menggeleber. Kadang-kadang jari tangan dan kaki pun rasa bengkak sikit dan ketat bila pakai cincin/kasut.
Punca: Anda kuat makan masin. Kicap, belacan, ikan masin, keropok, mi segera. Garam (sodium) yang tinggi akan pegang air dalam badan dan tak nak lepaskan.
Cara Rawat: Potong makanan masin dan banyakkan minum air kosong. Ya, minum air untuk buang air yang terperangkap!

4. Buncit Keras (The Visceral Fat Belly)
Ciri-ciri: Perut bulat ke depan dan bila ditekan, ia rasa PADAT dan KERAS macam tayar pam penuh.
Punca: Ini jenis paling bahaya! Lemak bukan bawah kulit, tapi lemak bersalut pada organ dalaman (hati, usus). Punca utama ialah gula, air manis, dan alkohol. Tiket VIP ke kencing manis dan sakit jantung.
Cara Rawat: Kena potong gula terus, buat intermittent fasting (puasa), dan wajib bersenam (kardio) untuk bakar lemak organ.

Dah picit perut tu? Anda tergolong dalam kump**an buncit yang mana satu?

24/02/2026

Viral Makan Kurma Selit Mentega (Butter): Memang Sedap Dan Boleh Makan, Tapi Tolong Jangan Melantak Sampai Habis Sekotak!

Trend potong kurma dan selit seketul mentega (butter) di tengahnya sentiasa rancak setiap kali bulan puasa. Nampak sangat menyelerakan, rasanya saling tak tumpah macam karamel berlemak cair di dalam mulut.

Ramai yang tanya doktor, "Boleh ke makan macam ni? Tak bahaya ke?"

Jawapan mudah: BOLEH MAKAN.

Dari sudut sains, gabungan karbohidrat (kurma) dan lemak sihat (mentega tulen) ini bagus kerana lemak akan melambatkan penyerapan gula kurma ke dalam darah. Ia juga merupakan antara makanan kegemaran Rasulullah SAW (gabungan Tamar dan Zubd).

TETAPI,

ada satu amaran keras yang anda wajib tahu: JANGAN MAKAN BERLEBIHAN!

Mari kita kira matematik kalori Kurma Butter ini:
1. KALORI SANGAT PADAT: Sebiji kurma bersaiz sederhana mempunyai sekitar 20 kalori. Seketul kecil mentega (5 gram) p**a mengandungi sekitar 35 hingga 40 kalori.

2. TOTAL SEBIJI: Ini bermaksud, sebiji 'Kurma Butter' sahaja sudah mencecah 60 hingga 70 kalori!

3. BAHAYA MELANTAK: Jika anda duduk bersila dan makan 5 hingga 6 biji tanpa sedar, anda sebenarnya telah menelan lebih dari 400 kalori. Ia bersamaan dengan kalori sepinggan nasi putih berserta lauk!

RISIKO JIKA TIDAK DIKAWAL:
Mentega adalah sumber lemak tepu (saturated fat). Walaupun ia mentega tulen (Pure Butter) yang lebih baik daripada marjerin, pengambilannya secara berlebihan setiap hari sepanjang bulan Ramadan akan menyebabkan:
- Berat badan anda naik mendadak (Defisit kalori ke laut).
- Bacaan kolesterol jahat (LDL) boleh meningkat bagi mereka yang sudah ada masalah kesihatan.
- Cepat rasa muak dan mengganggu selera untuk makan makanan ruji yang lain.

S.O.P MAKAN KURMA BUTTER:
- HADKAN pengambilan: Cukup sekadar 1 hingga 3 biji sahaja sewaktu berbuka atau bersahur. Jadikan ia sebagai 'manisan' (dessert) penambah tenaga, bukan makanan mengenyangkan perut.

- WAJIB MENTEGA TULEN: Pastikan anda guna Pure Butter (diperbuat dari susu lembu), BUKAN Marjerin (yang tinggi lemak trans berbahaya).

Benda yang sihat pun boleh jadi racun kalau diambil berlebihan. Kongsikan pesanan ini kepada mak ayah dan kawan-kawan supaya mereka beringat bila buat stok Kurma Butter kat rumah nanti!

24/02/2026

Suasana kat masjid waktu Tarawih tengah sunyi sepi, tiba-tiba masa nak turun sujud, dengar bunyi kruk krak dari lutut sendiri. Kadang-kadang kuat sangat sampai orang sebelah pun boleh dengar.

Mula la dalam hati rasa risau. Alamak, pelincir lutut aku dah kering ke ni? Ini petanda awal sakit lutut kronik (Osteoarthritis) ke?

Tarik nafas dan bertenang. Bunyi kruk krak pada sendi (crepitus) waktu ruku' dan sujud adalah sangat normal.

Bila anda bengkokkan lutut, tekanan dalam kapsul sendi akan berubah. Perubahan tekanan ni menyebabkan gelembung gas (nitrogen) yang ada dalam cecair pelincir lutut tu pecah. Letupan gelembung gas inilah yang hasilkan bunyi pop atau kruk krak tu. Kadang-kadang, ia cuma bunyi urat (tendon) yang melompat kembali ke tempat asal bila lutut bergerak.

Selagi lutut tu berbunyi tapi TAK RASA SAKIT, tak bengkak, dan tak kejang, anda selamat 100 peratus. Teruskan solat macam biasa.

TAPI, anda wajib jumpa doktor segera kalau bunyi kruk krak tu datang dengan tiga pakej ni:
1. Rasa sakit yang mencucuk atau ngilu setiap kali lutut berbunyi.
2. Lutut jadi bengkak, panas, dan merah lepas balik dari masjid.
3. Rasa macam ada benda bergeser (tulang sagat tulang) atau lutut rasa tersangkut (locking) bila nak bangun dari sujud.

Kalau ada tanda-tanda kat atas ni, itu bermaksud lapisan kusyen pelindung lutut (rawan) anda dah mula haus dan nipis. Ini baru betul petanda awal Osteoarthritis!

Macam mana nak jaga lutut untuk jangka masa panjang?
- Kurangkan berat badan. Satu kilogram berat perut yang turun, bersamaan dengan pengurangan empat kilogram beban pada lutut.
- Buat senaman kuatkan otot paha (quadriceps). Otot paha yang kuat akan tolong tampung berat badan supaya tak hempap lutut sepenuhnya.
- Kalau memang ada sakit lutut, jangan paksa diri sujud di lantai. Gunakan kerusi untuk solat Tarawih. Agama itu mudah.

Cuba tag mak ayah, pasangan, atau kawan korang yang lutut dorang selalu bunyi macam keropok patah kat masjid tu. Biar dorang lega sikit baca ni!

23/02/2026
23/02/2026
23/02/2026

“Pergi basuh kaki tu sebelum tidur, nanti mengigau!"

Biasa dengar kan petua orang tua-tua ni? Selain untuk jaga kebersihan cadar, tahukah anda membasuh kaki (atau mengambil wuduk) sebelum tidur sebenarnya "menggodam" biologi badan untuk paksa otak anda tidur lena?

Macam mana sains basuh kaki ni berfungsi?

1️⃣ Suis 'Cool-Down' Badan
Untuk membolehkan kita deep sleep , suhu teras badan (dalam perut/dada) KENA turun. Macam mana badan nak buang haba ni? Ia akan alirkan darah panas pergi ke kulit kaki dan tangan (Vasodilatasi).

Bila kita basuh kaki, penyejatan air di kulit akan bantu tarik haba ni keluar. Otak dapat signal: "Okay, suhu dah turun. Masa untuk tidur!"

2️⃣ 'Reset' Sistem Saraf
Rutin membasuh anggota badan secara perlahan dan fokus (seperti wuduk) sangat menenangkan. Ia menurunkan degupan jantung dan mengurangkan hyperarousal (keadaan otak yang tengah ligat berfikir masalah siang tadi).

🚨 TAPI AWAS, ADA CARA YANG SALAH!

Jangan basuh kaki guna air yang TERLALU SEJUK (terutama kalau bilik dah pasang ekon kuat). Bila air terlampau sejuk, salur darah kat kaki akan MENGEcut teruk (Vasoconstriction) Akibatnya, haba terperangkap dalam badan, kaki jadi sejuk beku, dan korang akan terkebil-kebil tak boleh tidur!

CARA YANG BETUL (Sains Tidur):
✔️ Guna air suhu bilik atau suam.
✔️ Lepas basuh, lap kaki (jangan masuk selimut dengan kaki basah lencun).
✔️ Kalau jenis kaki cepat sejuk dalam bilik ekon, pakai stokin nipis.

Malam ni, sebelum baring, luangkan masa 2 minit kat singki. Basuh kaki, lap kering. InsyaAllah, tidur malam ni lebih berkualiti dan takde lagi pusing kiri kanan sampai pukul 3 pagi.

23/02/2026

Sabun antibakteria lawan sabun biasa, adakah berbaloi atau sekadar merosakkan kulit.

Ramai yang terpengaruh dengan iklan sabun antibakteria yang didakwa membasmi kuman lebih berkesan berbanding sabun biasa. Harga di pasaran juga selalunya jauh lebih mahal.

Dari sudut kesihatan awam dan dermatologi, persepsi ini adalah kurang tepat dan penggunaan berterusan sebenarnya merugikan sistem pertahanan badan anda sendiri.

Mari kita lihat kesan tersembunyi di sebalik label membasmi 99 peratus kuman tersebut.

1. Sabun biasa sudah memadai untuk buang kuman.
Ramai sangka sabun antibakteria bunuh kuman jahat seperti peluru berpandu. Realitinya sabun biasa yang digabungkan dengan air sudah memadai. Molekul sabun biasa bertindak mengangkat dan memerangkap kotoran serta kuman ke dalam buih, kemudian air akan membilasnya buang. Ia adalah proses mekanikal yang sangat berkesan tanpa memerlukan bahan kimia keras.

2. Risiko bunuh mikrobiom bakteria baik.
Kulit manusia mempunyai ekosistem mikrobiom semula jadi iaitu bakteria baik yang melindungi kulit dari patogen luar. Bahan kimia dalam sabun antibakteria tidak membezakan antara kuman jahat dan bakteria baik. Ia menyapu bersih semuanya, lalu meninggalkan kulit anda terdedah kepada jangkitan kulat dan masalah ekzema.

3. Ancaman kerintangan antibiotik.
Penggunaan sabun antibakteria secara melampau di rumah menyumbang kepada krisis kesihatan global iaitu pembentukan bakteria kebal atau superbug. Kuman yang terselamat daripada bahan kimia ini akan bermutasi menjadi lebih kuat dan tidak lagi lut dengan rawatan perubatan atau antibiotik biasa di hospital.

4. Kulit menjadi kering dan mengelupas.
Bahan aktif dalam pencuci antibakteria sifatnya sangat keras dan menghakis lapisan minyak semula jadi (sebum) pada kulit. Ia merosakkan halangan pelindung kulit atau skin barrier, menyebabkan kulit tangan dan badan anda menjadi cepat kering, gatal dan pedih.

Simpan duit anda. Gunakan sabun mandi biasa yang lembut untuk kegunaan harian keluarga di rumah. Mencuci tangan dengan teknik yang betul selama 20 saat jauh lebih berkesan daripada bergantung kepada sabun mahal.

12/02/2026

Bangun pagi ada lebam di paha bukan sebab hantu tapi ini puncanya

Pernah tak jadi kat korang, malam tadi tidur elok je, tak terlanggar bucu meja, tak jatuh, tapi pagi ni bangun tengok ada lebam biru keunguan kat paha atau lengan?

Orang tua-tua panggil "Gigitan Hantu".
Doktor panggil "Purpura Simplex" atau "Devil's Pinch" (Cubitan Syaitan).

Jangan risau, tak perlu panggil bomoh. Panggil doktor kalau ia berlarutan.

Ini 4 sebab kenapa badan anda lebam sendiri:

1. Salur Darah Rapuh (Fragile Capillaries)
Ini paling biasa berlaku pada wanita. Dinding salur darah halus (kapilari) di bawah kulit anda nipis. Bila anda stres atau tertekan sikit semasa tidur, salur darah ni pecah sendiri dan darah merembes keluar jadi lebam.

2. Masalah Platlet (ITP)
Platlet adalah "batu bata" dalam darah yang tolong tampal luka. Kalau platlet rendah atau tak berfungsi, darah mudah bocor keluar dari salur darah walaupun tiada kecederaan. Ini boleh jadi tanda awal masalah darah (ITP).

3. Kurang Vitamin C & K
Vitamin C bukan untuk putih saja, ia adalah "simen" yang kuatkan dinding salur darah. Kurang vitamin C menyebabkan salur darah mudah pecah (Scurvy). Vitamin K p**a penting untuk pembekuan darah.

4. Kesan Ubat Tahan Sakit
Pengambilan ubat seperti Aspirin, NSAIDs (Painkiller), atau ubat cair darah boleh menyebabkan darah lambat beku dan mudah lebam.

Bila kena jumpa doktor?
Kalau lebam ni datang pakej sekali dengan:
- Gusi berdarah masa gosok gigi.
- Kerap mimisan (hidung berdarah).
- Demam yang tak kebah.
- Lebam makin banyak dan besar tanpa sebab.

Ini mungkin tanda Leukimia atau gangguan darah serius. Tapi kalau setakat lebam "manja" sekali-sekala, itu tandanya anda kena kurangkan stres dan makan buah oren lebih sikit.

Hantu tak salah, badan kita yang minta rehat.

12/02/2026

Teh Tarik 'Kurang Manis': Penipuan Terbesar Kita Pada Diri Sendiri.

Bila mamak datang ambil order, dengan penuh yakin kita cakap:
"Ane! Teh Tarik satu. Kurang manis ya!"

Kita pun rasa lega. Rasa sihat sikit sebab dah minta kurang gula.

Tuan-tuan, realitinya pahit (macam teh tanpa gula).
Istilah "Kurang Manis" di kedai makan selalunya bermaksud:
Daripada 5 sudu susu pekat, dikurangkan jadi 3 sudu saja.

Adakah itu sihat? TIDAK.

3 sudu susu pekat manis masih bersamaan dengan hampir 15-20 gram gula tambahan.
Had saranan gula harian untuk dewasa cuma sekitar 5-9 sudu teh (25-45g) SEHARI.
Satu cawan teh tarik 'kurang manis' dah tapau hampir separuh kuota gula harian anda.

Apa Masalah Susu Pekat?
Susu pekat manis (Condensed Milk) BUKAN susu sebenar.
Bahan utamanya adalah GULA (Sukrosa) dan Minyak Sawit. Susu lembu dalam tu sikit saja.
Jadi bila anda minum teh tarik, anda sebenarnya sedang minum Air Sirap Berperisa Teh dan Lemak Sawit.

Jangan tipu diri sendiri.
Kalau betul nak sihat, order Teh O Kosong atau Teh C Kosong (Susu Cair sahaja).
Lidah mungkin terkejut mula-mula, tapi pankreas anda akan berterima kasih sampai tua.

12/02/2026

Sometimes,
it’s not about skipping a shower. 🫧

Fresh clothes.
Clean hair.
Yet there’s still a faint scent in the room.

You hesitate —
should you say something?
Afraid it might hurt their feelings.

𝐁𝐮𝐭 𝐚𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐝𝐨𝐮𝐫 𝐢𝐬𝐧’𝐭 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐩𝐨𝐨𝐫 𝐡𝐲𝐠𝐢𝐞𝐧𝐞. 👴🏻👵🏻

As we age,
our skin changes.
Some scents appear naturally.

🍊𝐊𝐚𝐤𝐢𝐬𝐡𝐢𝐛𝐮 exists
to care with understanding —
a gentler way to support this stage of life.

🌿 𝐃𝐞𝐯𝐞𝐥𝐨𝐩𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐉𝐚𝐩𝐚𝐧
🌿 𝐃𝐞𝐬𝐢𝐠𝐧𝐞𝐝 𝐟𝐨𝐫 𝐚𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐤𝐢𝐧

👉 Available at Alpro Pharmacy nationwide.
A thoughtful choice for parents and elders.

𝐊𝐚𝐤𝐢𝐬𝐡𝐢𝐛𝐮 — 𝐀 𝐆𝐢𝐟𝐭 𝐓𝐡𝐚𝐭 𝐅𝐞𝐞𝐥𝐬 𝐉𝐮𝐬𝐭 𝐑𝐢𝐠𝐡𝐭 💛


11/02/2026

Address

NO 102, Jalan BUNGA PEKAN, BANTING
Banting
42700

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 21:00
Sunday 09:00 - 21:00

Telephone

+60175352355

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alpro Pharmacy Banting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Alpro Pharmacy Banting:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram