18/04/2023
Kelebihan dan Fadhilat Solat Sunat Tasbih
Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada Abbas Ibn Abdul Muttalib, maksudnya:-
“Wahai Abbas, wahai bapa saudaraku!
Mahukah aku berikan kepada kamu sesuatu?
Mahukah aku berikan sesuatu yang kamu boleh mengambil manfaat daripadanya?
Mahukah aku khabarkan kepadamu sesuatu?
Mahukah aku lakukan kepadamu 10 perkara yang apabila kamu lakukan perkara itu Allah akan ampunkan dosa-dosa kamu?
Dosa-dosa yang terdahulu mahupun dosa yang terkemudian; dosa yang lama mahupun dosa yang baru; dosa-dosa yang dilakukan tanpa sedar mahupun yang dilakukan dengan sengaja; dosa kecil mahupun yang besar; dosa yang tersembunyi mahupun dosa yang nyata; iaitu (hendaklah) engkau dirikan solat sebanyak empat rakaat.
Pada setiap rakaat dibaca al-fatihah dan surah. Setelah selesai bacaan surah, ketika engkau masih berdiri maka bertasbihlah sebanyak 15 kali dengan bacaan:-
Kemudian rukuk 10 kali, sesudah bangun daripada rukuk 10 kali, semasa sujud pertama 10 kali, semasa sujud kali kedua 10 kali, sesudah bangun daripada sujud kedua 10 kali. Ini berjumlah 75 kali.
Dilakukan sedemikian dalam empat rakaat.
Jika mampu, lakukanlah sekali pada setiap hari. Jika tidak maka sekali pada setiap hari Jumaat ataupun sebulan sekali.
Sekiranya ini pun engkau tidak dapat lakukan, maka kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.”
(Rujukan: Hadith Riwayat Abu Daud, Ibn Majah, al-Baihaqi dan at-Tirmizi)
✅Cabaran 16
~Team Jihad Ramadhan 1444H