Kolej Komuniti Kuala Langat (Official)

Kolej Komuniti Kuala Langat (Official) Kenali Kolej Komuniti Kuala Langat
https://www.youtube.com/watch?v=h-iajVHDyF4 Pada Disember 2003 KKKL berpindah ke kampus induk di Bandar Jugra.

Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Jalan Persiaran Majlis, Banting pada 1 April 2003 dan dijadualkan masuk ke kampus induk yang sedang dalam pembinaan pada Disember 2003 di Bandar Jugra. Seramai 50 orang pelajar rintis telah memulakan pengajian di Kampus sementara ini pada 17 Jun 2003. Kemudian pada tahun 2008, KKKL mempunyai satu cawangan di Klang dan pada tahun 2009, cawangan Shah Alam telah dibuka.

KURSUS UPSIDE DOWN CAKE LUXE SERIES TAHNIAH & SYABAS! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta Kursus Upsi...
15/02/2026

KURSUS UPSIDE DOWN CAKE LUXE SERIES TAHNIAH & SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta Kursus Upside Down Cake , Luxe Series yang telah berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.

Hasil kek yang kemas, lembut dan berpenampilan premium jelas membuktikan komitmen serta kesungguhan para peserta sepanjang kursus ini.

Ucapan penghargaan khas buat Pn. Ruzitah Badri, tenaga pengajar berpengalaman yang telah membimbing peserta dengan teknik profesional, tip praktikal dan perkongsian ilmu bernilai tinggi

Modul & Kemahiran yang Dipelajari:
✅ Pengenalan Upside Down Cake – Luxe Series & standard kek premium
✅ Teknik penyediaan karamel yang cantik, berkilat dan tidak pahit
✅ Pemilihan bahan berkualiti untuk tekstur kek yang lembut dan moist
✅ Teknik penyusunan buah & topping supaya kemasan kek lebih eksklusif
✅ Kawalan suhu dan masa pembakaran yang tepat
✅ Teknik unmoulding tanpa merosakkan struktur kek
✅ Tip penyimpanan, pembungkusan & basic costing untuk tujuan jualan

Tidak dilupakan, tahniah kepada Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) atas penganjuran kursus yang tersusun, praktikal dan relevan untuk komuniti

Teruskan menyokong program PSH KKKL, lebih banyak kursus kemahiran, lebih banyak peluang jana pendapatan!






𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 (𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗬 𝗔𝗗𝗩𝗜𝗦𝗢𝗥) 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗥𝗜𝗞 (𝗦𝗞𝗘) 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧BAN...
12/02/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 (𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗬 𝗔𝗗𝗩𝗜𝗦𝗢𝗥) 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗥𝗜𝗞 (𝗦𝗞𝗘) 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧

BANTING | 12 Februari 2026 - Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) telah menerima Lawatan Penasihat Industri (Industry Advisor) bagi program Sijil Teknologi Elektrik (SKE).

Lawatan ini telah diketuai oleh Ts. Dr. Mohd Ismifaizul Mohd Ismail, Staff Researcher, Advanced Electronics R&D Division dari MIMOS BERHAD sebagai Penasihat Industri bagi program Sijil Teknologi Elektrik (SKE).

Kerjasama dan perkongsian kepakaran ini amat bermakna dalam memperkukuhkan kualiti akademik serta memastikan program sentiasa relevan dengan keperluan industri. Semoga jalinan kolaborasi ini memberi manfaat berterusan kepada pelajar dan institusi.

Pihak KKKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pegawai penasihat industri serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.




12/02/2026

100 HARI KPPK : MELAKAR ILTIZAM, MEMACU KECEMERLANGAN POLYCC

Perjalanan 100 hari ini telah didokumentasikan menerusi penerbitan buku yang berjudul 𝗕𝗶𝗻𝗴𝗸𝗶𝘀𝗮𝗻 𝟭𝟬𝟬 𝗛𝗮𝗿𝗶 : 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽𝗮𝗶 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗶𝘁, 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗸𝗲 𝗕𝘂𝗺𝗶”. Naskhah ini menggambarkan perjalanan, iltizam serta pencapaian signifikan sepanjang tempoh tersebut.

Muat turun sekarang naskhah Bingkisan 100 Hari : Menggapai Langit, Mengakar ke Bumi” melalui pautanhttps://mypolycc.edu.my/jppkk/wp-content/uploads/2026/02/BINGKISAN-100-HARI-DR.-SHAMSURI-SEBAGAI-KPPK-12.2.2026.pdf




🌟 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 🌟Dengan penuh sukacita dan rasa bangga, kami mengalu-alukan kehadi...
12/02/2026

🌟 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 🌟

Dengan penuh sukacita dan rasa bangga, kami mengalu-alukan kehadiran:

1) Ts. Mazuwan Mustaffa
Pensyarah Program Sijil Teknologi Elektrik

2) Puan Nurin Hafilah Hamzah
Pensyarah Program Sijil Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot

3) Puan Julaiha Omar
Pensyarah Program Sijil Teknologi Elektrik

4) Encik Teo Eng Yew
Pensyarah Program Sijil Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot

5) Encik Izharahim Ibrahim
Pembantu Pustakawan (S2)

Semoga kehadiran tuan/puan dapat memperkukuh lagi kecemerlangan institusi serta menyumbang idea, kepakaran dan komitmen berterusan dalam melahirkan graduan TVET yang berdaya saing.

Selamat menjalankan tugas dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar Kolej Komuniti Kuala Langat dan Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang.




𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗢𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 PETALING JAYA | 10 FEBRUARI 2026 - Pelajar S...
11/02/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗢𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔

PETALING JAYA | 10 FEBRUARI 2026 - Pelajar Semester 3 program Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) hari ini mendapat pengalaman pembelajaran yang sangat bermakna melalui Program Integrasi Teori dan Amalan Industri dalam Pengurusan Sumber Manusia.

Lawatan 1: Wisma Dherbs, Petaling Jaya
Pelajar didedahkan secara langsung kepada realiti pengurusan organisasi sebenar. Antara perkongsian menarik termasuk imej korporat dan penjenamaan syarikat, tanggungjawab serta etika pekerja, perkembangan kerjaya, pengurusan operasi, sehinggalah kepada susun atur kedai yang strategik dalam menarik pelanggan.

Tidak terhenti di situ, pelajar turut membuka mata tentang strategi pemasaran produk, kaedah pemasaran yang digunakan serta peranan sistem maklumat dalam menyokong operasi dan pemasaran perniagaan. Jelas kelihatan keterujaan pelajar apabila teori yang dipelajari di kelas akhirnya “hidup” di depan mata.

Lawatan 2: Hidayah Cookies, Shah Alam
Lawatan diteruskan ke sebuah perusahaan makanan tempatan yang berjaya. Pelajar didedahkan kepada ilmu keusahawanan, pengurusan operasi harian serta cabaran sebenar mengurus perniagaan. Perkongsian turut menyentuh kepentingan penglibatan agensi sokongan dalam membantu usahawan mengembangkan perniagaan.

Paling menarik, pelajar berpeluang melihat sendiri penggunaan pelbagai mesin moden yang membantu operasi syarikat menjadi lebih cekap, produktif serta menjimatkan masa dan tenaga kerja.

Ilmu hari ini bukan sekadar teori, tetapi pengalaman sebenar.
Diharapkan pendedahan ini dapat membantu pelajar memahami peranan setiap unit dalam organisasi serta kepentingan kerjasama pasukan dalam memastikan visi dan misi perniagaan tercapai.

Terima kasih kepada pihak industri atas perkongsian ilmu yang sangat bernilai. Inilah pembelajaran sebenar 𝙧𝙚𝙖𝙡 𝙬𝙤𝙧𝙡𝙙, 𝙧𝙚𝙖𝙡 𝙡𝙚𝙨𝙨𝙤𝙣𝙨.




𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗥 𝗣𝗔𝗧𝗛𝗙𝗜𝗡𝗗𝗘𝗥 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗖𝗨 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗛𝗜𝗝𝗔𝗨BANTING | 8 FEBRUARI 2026 - Kolej Komuniti Kuala ...
09/02/2026

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗥 𝗣𝗔𝗧𝗛𝗙𝗜𝗡𝗗𝗘𝗥 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗖𝗨 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗛𝗜𝗝𝗔𝗨

BANTING | 8 FEBRUARI 2026 - Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) telah berjaya melaksanakan Kursus Solar Pathfinder sebagai inisiatif memperkasa komuniti dengan kemahiran teknologi solar dan pembangunan tenaga boleh diperbaharui.

Program ini telah dikendalikan oleh Ts. Mazuwan Mustaffa sebagai penceramah utama dan dibantu oleh Puan Nor Shahima Othman, melibatkan seramai 18 peserta daripada pelbagai industri dan organisasi, serta dijalankan secara teori dan praktikal.

Peserta berpeluang melaksanakan latihan hands-on di SOLTECH KKKL, OGPV Training Centre serta menggunakan aplikasi reka bentuk sebenar dalam analisis sistem solar.

Program ini memberi pendedahan asas kepada analisis tapak, teknik shading, penggunaan data serta kemahiran pemasangan elektrik yang berpotensi menjana pendapatan sampingan dan membuka peluang keusahawanan hijau kepada masyarakat.

Inisiatif ini menyokong pembangunan komuniti melalui kemahiran tenaga hijau, peluang keusahawanan serta usaha pemeliharaan alam sekitar selaras dengan SDG 7 (Tenaga Bersih), SDG 8 (Pekerjaan & Ekonomi) dan SDG 13 (Tindakan Iklim).

Melalui program seperti ini, komuniti bukan sahaja dibekalkan dengan ilmu tenaga hijau, malah turut menjadi agen perubahan dalam mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil dan menjaga kelestarian alam sekitar untuk generasi masa depan.

Solar untuk komuniti. Solar untuk masa depan.




08/02/2026

(SOROTAN)

MAJLIS APRESIASI 2025 & PERSARAAN 2026 KKKL & KKKLCS

𝙆𝙐𝙍𝙎𝙐𝙎 𝙋𝙀𝙉𝘿𝙀𝙆 – 𝘽𝙀𝙉𝙂𝙆𝙀𝙇 𝙆𝙍𝙀𝘼𝙏𝙄𝙁 𝘾𝙀𝙉𝘿𝙀𝙍𝘼𝙃𝘼𝙏𝙄 & 𝙃𝘼𝙈𝙋𝙀𝙍 𝙆𝙐𝙄𝙃 𝙍𝘼𝙔𝘼PUTRAJAYA | 7 Februari 2026 - Bengkel Kreatif Cenderahati ...
07/02/2026

𝙆𝙐𝙍𝙎𝙐𝙎 𝙋𝙀𝙉𝘿𝙀𝙆 – 𝘽𝙀𝙉𝙂𝙆𝙀𝙇 𝙆𝙍𝙀𝘼𝙏𝙄𝙁 𝘾𝙀𝙉𝘿𝙀𝙍𝘼𝙃𝘼𝙏𝙄 & 𝙃𝘼𝙈𝙋𝙀𝙍 𝙆𝙐𝙄𝙃 𝙍𝘼𝙔𝘼

PUTRAJAYA | 7 Februari 2026 - Bengkel Kreatif Cenderahati & Hamper Kuih Raya telah berjaya dianjurkan di Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya dengan penyertaan 22 orang peserta daripada komuniti Presint 9 (MPP Sub Zon 2 & 6).

Kursus di bawah Kluster Kraftangan ini dikendalikan oleh Cik Syazwani Suhaili dan diselaras oleh Pn Nurul Faiza Mohd Zain, bertujuan memperkasa kemahiran kreatif serta membuka peluang penjanaan pendapatan komuniti.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg Dato’ Seri Datuk Wira Anggraini Bt Sentiyaki, Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan, serta Puan Husna Abdul Rahman, Pengerusi Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Putrajaya, yang merakamkan penghargaan dan menyatakan sokongan terhadap penganjuran kursus kemahiran untuk komuniti setempat. Pn Royanna, Pensyarah PSH KKKL, turut hadir memperkenalkan Pembelajaran Sepanjang Hayat dan mempromosikan program KKKL.

Alhamdulillah, program ini menerima maklum balas yang sangat positif.





𝙍𝘼𝙔𝘼 𝙁𝙄𝙏 𝙋𝙀𝙍𝙁𝙀𝘾𝙏 𝘼𝙡𝙩𝙚𝙧𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 𝘽𝙖𝙟𝙪 𝙎𝙚𝙢𝙥𝙚𝙣𝙖 𝘼𝙞𝙙𝙞𝙡𝙛𝙞𝙩𝙧𝙞 BANTING | 7 Februari 2026 - Alhamdulillah, Kursus Raya Fit Perfect (...
07/02/2026

𝙍𝘼𝙔𝘼 𝙁𝙄𝙏 𝙋𝙀𝙍𝙁𝙀𝘾𝙏
𝘼𝙡𝙩𝙚𝙧𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 𝘽𝙖𝙟𝙪 𝙎𝙚𝙢𝙥𝙚𝙣𝙖 𝘼𝙞𝙙𝙞𝙡𝙛𝙞𝙩𝙧𝙞

BANTING | 7 Februari 2026 - Alhamdulillah, Kursus Raya Fit Perfect (Alteration Baju Sempena Aidilfitri) anjuran Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (UPSH), Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) telah berlangsung dengan jayanya dengan sambutan yang amat menggalakkan.

Sepanjang kursus ini, para peserta telah mengikuti sesi pembelajaran secara hands-on dan praktikal merangkumi modul:
- Teknik mengecil & membesarkan baju
- Alteration bahu, lengan dan pinggang
- Pelarasan labuh baju dan seluar
- Teknik ukuran badan yang tepat
- Kemasan jahitan yang kemas & berkualiti

Impak & manfaat kepada peserta:
✅ Lebih yakin mengubah suai pakaian sendiri &
keluarga
✅ Menjimatkan kos alteration pakaian
✅ Menambah kemahiran jahitan praktikal
✅ Berpotensi menjana pendapatan secara kecil-
kecilan
✅ Meningkatkan kemahiran TVET dalam kalangan
komuniti

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar, Pn. Noorsalizawaty Bin Nordin, atas perkongsian ilmu, bimbingan profesional dan komitmen sepanjang kursus ini berlangsung.

📣 Berminat untuk menyertai kursus seperti ini?
UPSH KKKL sentiasa komited menganjurkan pelbagai kursus kemahiran jangka pendek merangkumi bidang jahitan, kulinari, digital, teknologi dan keusahawanan untuk komuniti setempat.

Ikuti halaman kami bagi mendapatkan makluman kursus akan datang dan peluang pembelajaran sepanjang hayat yang praktikal serta berimpak tinggi.

Belajar kemahiran, bina keyakinan, cipta peluang.







𝙋𝘼𝙍𝙏 5 : 𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝘼𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘼𝙎𝙄 2025 𝘿𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙍𝙎𝘼𝙍𝘼𝘼𝙉 2026
07/02/2026

𝙋𝘼𝙍𝙏 5 :
𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝘼𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘼𝙎𝙄 2025 𝘿𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙍𝙎𝘼𝙍𝘼𝘼𝙉 2026

𝙋𝘼𝙍𝙏 4 : 𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝘼𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘼𝙎𝙄 2025 𝘿𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙍𝙎𝘼𝙍𝘼𝘼𝙉 2026
07/02/2026

𝙋𝘼𝙍𝙏 4 :
𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝘼𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘼𝙎𝙄 2025 𝘿𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙍𝙎𝘼𝙍𝘼𝘼𝙉 2026

𝙋𝘼𝙍𝙏 3 : 𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝘼𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘼𝙎𝙄 2025 𝘿𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙍𝙎𝘼𝙍𝘼𝘼𝙉 2026
07/02/2026

𝙋𝘼𝙍𝙏 3 : 𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝘼𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘼𝙎𝙄 2025 𝘿𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙍𝙎𝘼𝙍𝘼𝘼𝙉 2026





Address

Jalan Sultan Suleiman Shah
Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

0331202030

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Kuala Langat (Official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Our Story

Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Jalan Persiaran Majlis, Banting pada 1 April 2003 dan dijadualkan masuk ke kampus induk yang sedang dalam pembinaan pada Disember 2003 di Bandar Jugra. Seramai 50 orang pelajar rintis telah memulakan pengajian di Kampus sementara ini pada 17 Jun 2003. Pada Disember 2003 KKKL berpindah ke kampus induk di Bandar Jugra. Kemudian pada tahun 2008, KKKL mempunyai satu cawangan di Klang dan pada tahun 2009, cawangan Shah Alam telah dibuka.