14/02/2026
Ramai orang masig lagi pening nak pilih yang mana antara Full Cream Yogurt vs Low Fat Yogurt. Ok meh sini nak terangkan.
Kandungan Lemak
Full cream: Lemak susu asal tak dibuang
Low fat: Lemak dikurangkan / dibuang sebahagian
Rasa
Full cream lebih lemak, creamy, sedap, rasa susu jelas
Low fat p**a rasa lebih masam dan ringan, kurang rich.
Sebab tu ramai kata low fat tak sedap walaupun nampak sihat.
Tekstur
Full cream lebih pekat, smooth, tak berair
Low fat cenderung cair /berair, kadang rasa chalky
Kenyang dan Kawalan Lapar
Full cream pebih kenyang, tahan lama
Low fat cepat lapar balik
Lemak bantu slowkan pencernaan jadi kurang craving.
Kesan Pada Gula Darah
Full cream lebih stabilkan gula dalam darah.
Low fat sesetengah brand tambah gula /thickener untuk ganti rasa.
Ini yang buat orang lapar cepat dan craving manis.
Sesuai Untuk Siapa?
Full cream
1. Low carb / keto
2. GERD
3. Nak kenyang lama
4. Elak sugar spike
Low fat
1. Orang kira kalori ketat
2. Tapi kena check label gula
Low fat nampak sihat, tapi full cream selalunya lebih kenyang, lebih stabilkan gula darah, dan tak buat kita craving.
Ramai kata yogurt tak sesuai untuk GERD sebab histamine tinggi. Betul, yogurt memang makanan ferment, jadi ada histamine. Tapi…tak semua pesakit GERD ada masalah histamine intolerance.
Ada orang makan yogurt ok je, perut tenang. Ada orang makan sikit terus pedih. Sebab tu saya selalu cakap, GERD bukan one size fits all. Kena tengok respon badan sendiri.
Histamine ni bahan semulajadi yang terbentuk bila makanan diperam. Kalau badan kita tak boleh pecahkan histamine dengan baik (enzyme DAO rendah), memang boleh trigger reflux, flushing atau berdebar. Tapi kalau tak ada isu histamine intolerance, Greek yogurt full cream kadang-kadang lebih gentle berbanding susu biasa.
Kalau nak tahu badan kita triggered atau tidak...makan satu sudu dulu then tunggu....if takde apa2 kesan maksudnya ok...kalau ada kesan apa2 maksudnya perut you enzyme DAO rendah.
Belajar sesuatu? Cer share mungkin lebih ramai boleh belajar sesama. Ok!