19/08/2023
Weekend job.
Hari ini kami didatangi customer dari jauh, dari Indonesia. Datang ke Malaysia untuk melancong. Agaknya banyak berjalan makan angin sana sini, jadi sakit kaki dan pinggang. Jadi dorang pun Google saja cari kami. Kebetulan baru saja turun dari Cameron Highland, cari la chiropractor yang terdekat.
Ingatkan cuma seorang yang datang, rupa-rupanya 4 orang. Oleh kerana 3 orang lagi tu perempuan, tak manis rasanya kami berkongsi gambar buat masa ini.
Alhamdulillah, customer berpuas hati. Yang frozen shoulder dah boleh pusing kepala Kiri kanan, yang sakit pinggang dah boleh berdiri tegak, yang sakit lutut dah boleh jalan dengan betul.
Kami sentiasa memberikan yang terbaik untuk customer kami. Customer happy, kami pun happy 🤗