Dr Hearing & Speech Centre - Gombak, Selangor

Dr Hearing & Speech Centre - Gombak, Selangor Premium Hearing & Speech Care Specialist

24/11/2025

✨Pemasangan alat pendengaran kepada salah seorang pelajar yang terpilih di bawah tajaan SMK Putrajaya Presint 18.

Semoga alat ini memberi harapan baru kepada pelajar ini dan dipermudahkan dalam membantu meningkatkan keyakinan diri dalam pembelajaran .❤️❤️❤️

14/11/2025

“Jangan tunggu tahap pendengaran menjadi lebih teruk . 🎧Jom buat ujian pendengaran dan cuba alat di kedai kami. Audiologis kami akan bantu anda faham fungsi alat dan cara sesuaikan dengan kehidupan seharian.”

10/11/2025

Jom cek pendengaran dengan Dr Hearing & Speech 👂🎶Haa ada nama Jamilah ke tu? 😄Boleh dah ajak dia datang cek sekali —
💛Pendengaran bagus, boleh bersosial dengan lebih yakin & gembira 😇

WORLD AUDIOLOGIST DAY DINNER10 Oktober 2025 | Dr Hearing & Speech Centre dengan kerjasama Si Ori Therapy telah menganjur...
04/11/2025

WORLD AUDIOLOGIST DAY DINNER

10 Oktober 2025 | Dr Hearing & Speech Centre dengan kerjasama Si Ori Therapy telah menganjurkan majlis makan malam bersama audiologis-audiologis seluruh negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, sempenan sambutan Hari Audiologis Sedunia, bertempat di Zenith Hotel Kuantan, Pahang.

Majlis dirasmikan oleh Prof Dr Dinsuhaimi Sidek, Consultant ENT merangkap pengasas program Audiologi di USM.

03/10/2025
✨ Kem ABR Hospital Serdang Siri 2 - 2025 ✨Melalui kem ini, pesakit jalani ujian ABR untuk:👂 Kenal pasti tahap pendengara...
13/09/2025

✨ Kem ABR Hospital Serdang Siri 2 - 2025 ✨

Melalui kem ini, pesakit jalani ujian ABR untuk:
👂 Kenal pasti tahap pendengaran lebih tepat
🎯 Bantu pakar tentukan rawatan & alat bantu dengar
🧠 Pastikan respon saraf pendengaran terhadap bunyi

❗️Inisiatif ini memastikan tiada pesakit tercicir daripada mendapatkan diagnosis awal dan intervensi yang betul.

🦻✨Hearing Aid Trial Camp @ Hospital Serdang   🗓️.    26 Ogos 2025Hari ini, Dr Hearing bersama syarikat-syarikat alat ban...
26/08/2025

🦻✨Hearing Aid Trial Camp @ Hospital Serdang 🗓️. 26 Ogos 2025

Hari ini, Dr Hearing bersama syarikat-syarikat alat bantu pendengaran menyertai program Hearing Aid Trial Camp anjuran Hospital Serdang.

👩‍⚕️Pesakit berpeluang mencuba sendiri pelbagai jenis alat bantu pendengaran dan memberi peluang kepada mereka untuk memilih alat yang sesuai, dengan bimbingan kami agar selari dengan keperluan masing-masing.”

✨Usaha ini memberi pengalaman dan pilihan terbaik untuk pendengaran yang lebih jelas.

Terima kasih Hospital Serdang atas jemputan! 🙏

𝗣𝗲𝗻𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗹𝗮𝘀, 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗗𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴! 🎧👧Pendengaran yang baik adalah kunci pertama untuk anak-anak belajar dengan lan...
14/08/2025

𝗣𝗲𝗻𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗹𝗮𝘀, 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗗𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴! 🎧👧

Pendengaran yang baik adalah kunci pertama untuk anak-anak belajar dengan lancar, fokus, dan yakin.

Jangan tunggu sehingga terlambat — buat pemeriksaan awal di Dr Hearing & Speech Centre Gombak.

📞 Temujanji sekarang, demi masa depan mereka.

https://wa.me/60104492735

📍Lokasi Kami :
Batu Caves, Gombak.


13/7/2025 | Dr Hearing & Speech Centre Alor Setar dengan kerjasama Cochlear Ltd telah membantu menjayakan pembedahan imp...
15/07/2025

13/7/2025 | Dr Hearing & Speech Centre Alor Setar dengan kerjasama Cochlear Ltd telah membantu menjayakan pembedahan implan koklea bertempat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Pembedahan ini juga merupakan kes pertama penggunaan teknologi Smartnav bagi Hospital KKM, dan kes keempat bagi keseluruhan kes di Malaysia.

9 Julai 2025 | Pembedahan Implan Koklea Pertama di Kelantan Guna Sistem Canggih “Nucleus®️ SmartNav”Pembedahan implan ko...
13/07/2025

9 Julai 2025 | Pembedahan Implan Koklea Pertama di Kelantan Guna Sistem Canggih “Nucleus®️ SmartNav”

Pembedahan implan koklea pertama di Kelantan dan ketiga di seluruh Malaysia yang menggunakan sistem terkini “Nucleus®️ SmartNav” telah berjaya dilaksanakan pada 9 Julai 2025.

Prosedur pembedahan yang menggunakan implan jenama Cochlear Nucleus CI532 ini telah diketuai oleh Prof. Dr. Nik Adilah Bt Nik Othman, bersama pasukannya yang berpengalaman di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia.

Sistem “Nucleus®️ SmartNav” yang digunakan membolehkan pemantauan secara langsung (“live”) dan tanpa wayar (“wireless”) menerusi paparan iPad, memberikan maklumat kritikal secara langsung semasa elektrod dimasukkan ke dalam koklea.

Berdasarkan paparan langsung daripada sistem tersebut, ia menunjukkan bahawa rintangan (impedans) bagi kesemua 22 elektrod di dalam koklea pesakit berada dalam julat normal, dan ukuran AutoNRT (Neural Response Telemetry) berjaya diperoleh untuk kesemua 22 elektrod tersebut.

Pencapaian ini merupakan satu lagi langkah penting dalam bidang perubatan pendengaran di Malaysia dalam memperluaskan akses kepada teknologi pendengaran terkini.

Address

580-G, Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudra
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60148394008

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Hearing & Speech Centre - Gombak, Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category