26/12/2025
Sekitar Lawatan Kerja YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu ke Ladang Jagung Bijian FGV, Lembah Chuping, Perlis.
YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengadakan lawatan kerja ke ladang jagung bijian di Lembah Chuping, Perlis. Ketibaan YB Menteri telah disambut oleh En. Azmi Yaakop, Ketua Pegawai Komunikasi Strategik, FGV Holdings Berhad mewakili Ketua Pegawai Eksekutif FGV, bersama wakil daripada agensi dan jabatan di bawah KPKM termasuk Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian (DOA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), MAQIS dan lain-lain.
Dalam lawatan tersebut, YB Menteri turut menyaksikan demonstrasi mekanisasi bagi operasi jentera ladang yang digunakan dalam penanaman jagung bijian, sekali gus memperlihatkan penggunaan teknologi moden dalam sektor pertanian.
Lawatan ini diadakan bersempena dengan Persidangan Jagung Bijian Kebangsaan yang berlangsung pada 18 hingga 19 Disember 2025 di Raia Hotel, Alor Setar, Kedah, anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Peserta FGV Agro Rangers yang turut serta sebagai pempamer hasil tanaman yang diusahakan di Lembah Chuping.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPKM Y.Bhg Datuk Seri Isham Ishak, Exco Pertanian, Perladangan dan Kepenggunaan Negeri Perlis YB Tuan Haji Razali Saad serta Ketua Pertanian Bersepadu FGV, En. Abdul Razak Aya.