Raudhatul Sakinah - Tanah Perkuburan Islam JAWI

Raudhatul Sakinah - Tanah Perkuburan Islam JAWI Sebuah Tanah Perkuburan Islam yang terletak di dalam Wilayah Persekutuan yang diurus dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

(JAWI).

Assalamu'alaikum dan Selamat Pagi
14/10/2024

Assalamu'alaikum dan Selamat Pagi

Adab Islam Bagi Menghadapi KematianAdab-adab yang sepatutnya diambil perhatian oleh kita sebagai umat Islam tatkala berl...
13/05/2024

Adab Islam Bagi Menghadapi Kematian

Adab-adab yang sepatutnya diambil perhatian oleh kita sebagai umat Islam tatkala berlaku kematian :

1. Hakikat Kematian.
2. Menerima Kematian dengan Cara dan Adab Islam
3. Solat Jenazah Kepada Si Mati dan Berdoa Untuknya.
4. Larangan Meratap
5. Larangan Mengandaikan Kematian Dengan Terjadinya Sesuatu Peristiwa
6. Adab Pujian Kepada Si Mati
7. Cara Islam Menyanjung Orang Yang Mulia
8. Amalan Yang Boleh Dilakukan Sebagai Sumbangan Orang Yang Masih Hidup Kepada Si Mati
9. Ziarah Kubur

SUMBER : Bayan Linnas Siri Ke-13 : Adab Islam Bagi Menghadapi Kematian

SELAMAT JALAN PERWIRA NEGARA!Sekitar Upacara dan Adat Istiadat Pengebumian Allahyarham Leftenan Kdr. (TLDM) Wan Rezaudee...
24/04/2024

SELAMAT JALAN PERWIRA NEGARA!
Sekitar Upacara dan Adat Istiadat Pengebumian Allahyarham Leftenan Kdr. (TLDM) Wan Rezaudeen Kamal Bin Wan Zainal Abidin (SJ104) pada malam ini, 24 April 2024M bersamaan 15 Syawal 1445H di Raudhatul Sakinah - Tanah Perkuburan Islam JAWI yang telah selesai pada 10.30 malam
Allahyarham terlibat dalam nahas insiden dua helikopter bertembung dan terhempas semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada 23 April 2024M.
Semoga roh Allahyarham diampuni,dirahmati dan ditempatkan di kalangan para syuhada' dan solehin.
Salam takziah dan rasa dukacita yang amat dalam dari seluruh warga kerja Raudhatul Sakinah dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI buat seluruh ahli keluarga.

Ramadan Kareem 1445H / 2024M
11/03/2024

Ramadan Kareem 1445H / 2024M

22/02/2024
14/02/2024

Nak tengok kampung atau negeri yang rakyatnya s**a kepada akhirat, rakyatnya s**a ziarah kubur - Ustaz Azhar Idrus (UAI)
Video kredit: Angah - Sukarelawan Penggali Kubur Raudhatul Sakinah KL-Karak 2, Taman Selaseh

Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.Allah sayangkan Abang Shadzri...Telah kembali kerahmatullah saudar...
29/11/2023

Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.
Allah sayangkan Abang Shadzri...
Telah kembali kerahmatullah saudara kami, sahabat kami, warga Raudhatul Sakinah - Tanah Perkuburan Islam JAWI, Encik Mohammad Shadzri bin Kamaruzzaman, Penggali Kubur JAWI pada tengah malam tadi, 29 November 2023M bersamaan 15 Jamadilawal 1445H
Arwah abang Shadzri telah selamat dikebumikan di tempat beliau menabur khidmat dan bakti pada jam 10.30 pagi tadi setelah 3 bulan lebih bertarung nyawa di Hospigal Selayang dan Hospital Kuala Lumpur akibat Gout, Kegagalan Buah Pinggang, Saraf dan Masalah Jantung.
Turut bersama dalam solat jenazah arwah pagi tadi adalah YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI yang turut memberikan sumbangan buat ahli keluarga arwah bersama warga JAWI yang sempat hadir mendoakan arwah.
Tenanglah abang Shadzri di sana..berehatlah..banyak jasa bakti di Raudhatul Sakinah ini..pernah bersama-sama pas**an khas pengurusan jenazah covid-19 semasa pandemik..syurga menantimu, insyaAllah..Aaminn Allahuma Aamiin

Ziarah Mahabbah Penggali Kubur JAWI di Hospital Kuala Lumpur (Wad 4 - Ortopedik)----------------------------Cawangan Rau...
24/11/2023

Ziarah Mahabbah Penggali Kubur JAWI di Hospital Kuala Lumpur (Wad 4 - Ortopedik)
----------------------------
Cawangan Raudhatul Sakinah, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI telah mengadakan Ziarah Mahabbah kepada Encik Mohammad Shadzri, Penggali Kubur JAWI yang sedang dirawat di Wad 4 Ortopedik, HKL
Cawangan Raudhatul Sakinah diketuai oleh Mohd Firdaus bin Zakaria, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid bersama kakitangan cawangan telah menyampaikan sumbangan tajaan JAWI Food Bank kepada isteri beliau.
Didoakan semoga beliau segera sembuh dari sakitnya dan dapat kembali berkhidmat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selaseh

Perjumpaan dan Sesi Taklimat bersama Syarikat AIMR Developement Sdn Bhd untuk Perkhidmatan Pembersihan, Penjagaan Seni T...
16/11/2023

Perjumpaan dan Sesi Taklimat bersama Syarikat AIMR Developement Sdn Bhd untuk Perkhidmatan Pembersihan, Penjagaan Seni Taman dan Penyelenggaran di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS)
----------------------------------
Tarikh : 16 November 2023
Hari : Khamis
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Raudhatul Sakinah Taman Selaseh
Kehadiran :
1. Penolong Pegawai HEI Cawangan Raudhatul Sakinah
2. Penolong Pegawai Tadbir Cawangan Perolehan
3. 3 orang wakil dari AIMR Developement Sdn Bhd
4. 4 orang Penyelia Raudhatul Sakinah
5. Pembantu Tadbir Cawangan Perolehan

Perjumpaan dan Sesi Taklimat bersama Syarikat Super Force Security Services untuk Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Tanp...
08/11/2023

Perjumpaan dan Sesi Taklimat bersama Syarikat Super Force Security Services untuk Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Tanpa Senjata) di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS)
----------------------------------
Tarikh : 8 November 2023
Hari : Rabu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Raudhatul Sakinah Taman Selaseh
Kehadiran :
1. Penolong Pengarah Kanan Cawangan Raudhatul Sakinah
2. Penolong Pegawai HEI Cawangan Raudhatul Sakinah
3. 4 orang wakil dari Super Force Security Services
4. Penyelia-Penyelia Raudhatul Sakinah
5. Pembantu HEI Cawangan Raudhatul Sakinah

24/10/2023

Bolehkah seorang isteri mengiringi jenazah suaminya ke kubur?
Jom tonton video ini.
Dah tonton jom kongsikan di FB masing-masing
Moga ramai yang dapat manfaat

Address

Lebuhraya DUKE
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60361842770

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Raudhatul Sakinah - Tanah Perkuburan Islam JAWI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Raudhatul Sakinah - Tanah Perkuburan Islam JAWI:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram