10/10/2025
๐ข PERINGATAN!
Hari ini 10 Oktober 2025, Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025! ๐ข
๐ Tema: โAccess to Services: Mental Health in Catastrophes and Emergencies" / "Akses kepada Perkhidmatan : Kesihatan Mental dalam Krisis dan Bencanaโ
๐ง Dalam kecemasan dan situasi krisis, mental kita juga diuji โ setiap jiwa berhak mendapat sokongan. Namun begitu, perkhidmatan kesihatan mental sering kali terabai sedangkan ia adalah salah satu keperluan asas yang penting.
Di saat terjadinya bencana, konflik, atau darurat kemanusiaan melanda, beban emosi dan tekanan mental boleh menjadi sangat berat dan memberi kesan besar kepada kesejahteraan mental individu dan komuniti.
โจ Apa yang ingin kami sampaikan:
KESEDARAN & EMPATI
Dalam situasi kecemasan, tidak semua orang mempunyai akses kepada bantuan mental atau sokongan psikososial. Kita harus cakna bahawa perasaan derita tidak selalu dikongsikan secara terbuka.
AKSES KEPADA PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Kesihatan Mental โ kaunseling, psikoterapi, sokongan komuniti โ harus diutamakan dalam respons krisis. Jangan sampai ada mangsa yang tercicir hanya kerana lokasinya jauh atau kerana kekurangan sumber.
TINDAKAN KOMUNITI & SOKONGAN BERSAMA
Bersikap terbuka untuk mendengar jika ada yang ingin berkongsi beban emosi mereka dan bantu mereka mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental.
- Membantu sebarkan maklumat tentang Perkhidmatan Kesihatan Mental.
- Sokong keberadaan sukarelawan dan organisasi yang menjalankan program kesihatan mental khususnya di kawasan konflik / krisis / pasca-bencana.
๐ฃ SERUAN KEPADA SEMUA RAKAN / KOMUNITI / ORGANISASI:
Mari kita jadikan Hari Mental Sedunia ini bukan hanya sekadar ucapan, tetapi langkah yang nyata. Sama ada dengan menyebarkan mesej, menyokong program kesihatan mental, atau sekadar menjadi telinga yang sudi mendengar โ setiap tindakan kecil bermakna.
๐ฌ โKekuatan bukan tidak pernah merasa lelah, tetapi keberanian untuk tetap bangkit dan meminta bantuan apabila perlu.โ
๐
๐
๐
๐
Selayang Hospital
Bahagian Perkembangan Perubatan
-------------------------------------------------------
๐ข REMINDER!
Today, 10 October 2025, is World Mental Health Day 2025! ๐ข
๐ Theme: โAccess to Services: Mental Health in Catastrophes and Emergenciesโ / โAkses kepada Perkhidmatan: Kesihatan Mental dalam Krisis dan Bencanaโ
๐ง During emergencies and crises, our mental strength is also tested โ every soul deserves support. Yet, mental health services are often neglected, even though they are among the most essential needs.
When disasters, conflicts, or humanitarian emergencies strike, the emotional burden and psychological distress can be overwhelming and deeply affect the mental well-being of individuals and communities.
โจ Our key messages:
AWARENESS & EMPATHY
In emergencies, not everyone has access to mental health or psychosocial support. We must be mindful that emotional suffering is not always shared openly.
ACCESS TO SERVICES
Mental Health Services โ counseling, psychotherapy, and community support โ must be prioritized in crisis response. No one should be left behind simply because they live far away or lack resources.
COMMUNITY ACTION & COLLECTIVE SUPPORT
Be open to listening when someone wishes to share their emotional struggles, and help them get access to mental health services.
Share information about available Mental Health Services.
Support volunteers and organizations that run mental health programs, especially in conflict, crisis, or post-disaster areas.
๐ฃ A CALL TO ALL FRIENDS / COMMUNITIES / ORGANIZATIONS:
Letโs make this World Mental Health Day not just a message, but a movement. Whether by spreading awareness, supporting mental health initiatives, or simply being a listening ear โ every small act matters.
๐ฌ โStrength is not the absence of fatigue, but the courage to rise and ask for help when needed.โ
๐
๐
๐
๐
Selayang Hospital
Medical Development Division