SRITI Gombak

SRITI Gombak Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Gombak

✨ Melahirkan Generasi Rabbani Murabbi ✨

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Gombak merupakan institusi pendidikan rendah Islam yang menggabungkan sistem pendidikan kebangsaan dan pendidikan Islam secara holistik. Kami bernaung di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak dan merupakan sebahagian daripada rangkaian SRITI seluruh negara.

🌱 Membina Generasi Rabbani Murabbi — itulah misi kami dalam mendidik anak-anak agar cemerlang dalam akademik, teras agama, akhlak dan kepimpinan sejak kecil lagi.

Alhamdulillah, tahniah buat Kontinjen MAIS SRITI Gombak !
24/04/2026

Alhamdulillah, tahniah buat Kontinjen MAIS SRITI Gombak !

KEDUDUKAN KESELURUHAN MAHRAJAN AMAL ISLAMI SRITI (MAIS) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026

Alhamdulillah, Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) 2026 Peringkat Negeri Selangor telah melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang!

🏆 Tahniah diucapkan kepada semua kontinjen yang telah memberikan saingan sengit dan semangat juang yang tinggi!

🥇 SRITI Kawasan Kuala Langat
🥈SRITI Kawasan Selayang
🥉 SRITI Kawasan Shah Alam SRITI Shah Alam

✨ Setiap usaha, pengorbanan dan semangat juang yang dipamerkan adalah bukti kehebatan anak-anak SRITI dalam membina jati diri, adab dan akhlak.

🤝 Kalah atau menang bukan ukuran utama, tetapi ukhuwah dan pengalaman yang dibina akan terus mekar sepanjang masa.

💚 Terus Memimpin: Memupuk Adab Membugar Akhlak

Terima kasih semua. Jumpa lagi di MAIS 2027!

"Melahirkan Generasi Soleh, Pintar, Rabbani dan Murabbi"


𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐈𝐒 𝐒𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐆𝐎𝐌𝐁𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✊🏻Tahniah diucapkan kepada seluruh wakil SRITI Gombak yang telah men...
24/04/2026

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐈𝐒 𝐒𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐆𝐎𝐌𝐁𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✊🏻

Tahniah diucapkan kepada seluruh wakil SRITI Gombak yang telah menyertai MAIS Peringkat Negeri Selangor. Komitmen, kesungguhan dan usaha yang ditunjukkan sepanjang pertandingan amat dihargai.

Penghargaan turut dirakamkan kepada semua AJK, guru pembimbing serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, bimbingan dan kerjasama sepanjang persiapan hingga ke pertandingan.

Pada tahun ini, kejuaraan johan keseluruhan buat kali ke-7 tidak dapat dikekalkan, dan tiada wakil ke peringkat kebangsaan. Namun, setiap pengalaman yang dilalui menjadi asas penting untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Segala kekuatan akan diperkukuh, segala kekurangan akan diperbaiki.
Usaha akan diteruskan dengan lebih tersusun dan berfokus.

Insya-Allah, dengan izin-Nya, kejayaan akan kembali menjadi milik kita pada tahun hadapan.







🌸 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚: 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗧𝗔𝗦𝗞𝗔 𝗨𝗠𝗜 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 🌸‼️ KEMASUKAN : SEGERA ‼️🕛 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔: 8.00 PAGI – 5.00 PET...
24/04/2026

🌸 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚: 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗧𝗔𝗦𝗞𝗔 𝗨𝗠𝗜 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 🌸

‼️ KEMASUKAN : SEGERA ‼️

🕛 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔: 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡
📌 Muslimah sahaja (menutup aurat dan menjaga solat)
📌 Minimum kelayakan SPM
📌 Berkebolehan mengasuh kanak-kanak
📌 Bersikap penyayang
📌 Jujur dan bertanggungjawab

𝗕𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦
⭐️ Mengasuh bayi dan kanak-kanak (berumur antara 3 bulan ke 4 tahun)

𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡
📌 Makanan disediakan
📌 Caruman KWSP dan PERKESO

Jika berminat !

Tekan link di bawah 👇🏻
https://www.adabs2u.com/staff-jawatan-borang/borang-baru/guru-taska/career67c65373cd5153.52953981

atau whatsapp: http://www.wasap.my/601113385849 (Admin)

𝗞𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧 & 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 𝗦𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗚𝗢𝗠𝗕𝗔𝗞

🧑🏻‍🏫 JAWATAN KOSONG: GURU AKADEMIK/DINIAH (GANTI) SRITI GOMBAK DIPERLUKAN 🧑🏻‍🏫🕛 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔: 8.00 PAGI – 5.00 PETANG𝗞𝗘...
24/04/2026

🧑🏻‍🏫 JAWATAN KOSONG: GURU AKADEMIK/DINIAH (GANTI) SRITI GOMBAK DIPERLUKAN 🧑🏻‍🏫

🕛 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔: 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡
📌 Mempunyai diploma/ijazah dalam bidang pendidikan diutamakan
📌 Boleh membaca Al-Quran dengan baik
📌 Rajin dan bersedia untuk belajar
📌 Boleh memberi sepenuh komitmen kepada pihak SRITI
📌 Penggerak @ Ahli PAS diberi keutamaan

𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡
📌 Makanan disediakan
📌 Caruman KWSP dan PERKESO

Jika berminat !

Tekan link di bawah 👇🏻
https://www.adabs2u.com/staff-jawatan-borang/borang-baru/guru-akademikdiniah/career67c559567ca184.00359837

atau whatsapp: http://www.wasap.my/601113385849 (Admin)

𝗞𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧 & 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 𝗦𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗚𝗢𝗠𝗕𝗔𝗞

✊🏻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗪𝗶𝗿𝗮 𝗦𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗚𝗼𝗺𝗯𝗮𝗸! Doa dan semangat seluruh warga SRITI Gombak mengiringi langkah pelajar kita yang ...
19/04/2026

✊🏻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗪𝗶𝗿𝗮 𝗦𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗚𝗼𝗺𝗯𝗮𝗸!

Doa dan semangat seluruh warga SRITI Gombak mengiringi langkah pelajar kita yang kini mewakili Kontinjen Gombak dalam 𝗠𝗔𝗜𝗦 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 yang berlangsung di SRA Sungai Tengi Kanan, Tanjung Karang pada hari ini.

Semoga segala usaha, latihan dan pengorbanan selama ini membuahkan hasil yang terbaik. Teruskan berjuang dengan penuh semangat, disiplin dan tawakal — kerana kejayaan sebenar adalah pada usaha yang bersungguh-sungguh.







16/04/2026

[ 3HARI LAGI : Are You ready?]

Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Peringkat Negeri Selangor 2026 berbaki 3 hari sahaja lagi!

Info MAIS: Sebanyak 17 Acara yang akan dipertandingkan dalam Mahrajan Amal Islami SRITI Peringkat Negeri Selangor 2026.

🔥 Ayuh sama-sama kita hadir, menyokong dan meraikan 21 kontinjen yang akan berentap di pentas MAIS 2026 bagi merebut kejuaraan.



16/04/2026
15/04/2026
*[SUMBANGAN KEBAJIKAN: TAKZIAH BUAT CIK ILYA MAISARAH]*Dukacita dimaklumkan bahawa Cik Ilya Maisarah, warga kerja SRITI ...
15/04/2026

*[SUMBANGAN KEBAJIKAN: TAKZIAH BUAT CIK ILYA MAISARAH]*

Dukacita dimaklumkan bahawa Cik Ilya Maisarah, warga kerja SRITI Gombak, baru sahaja kehilangan ibu tercinta ke rahmatullah.

Pihak SRITI Gombak membuka ruang sumbangan kilat bagi membantu meringankan bebanan serta urusan keluarga beliau dalam menghadapi saat sukar ini.

Tuan/Puan boleh menyalurkan sumbangan secara dalam talian melalui pautan ToyyibPay berikut:

🔗 https://toyyibpay.com/Kebajikan-Maisarah

Semoga sumbangan ikhlas daripada Tuan/Puan menjadi amal jariah yang berat timbangannya dan diberkati Allah SWT. Kami mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Jazakumullahu Khairan Kathira.

*SRITI Gombak*

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita, kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada
Muallimah Ilya Maisarah binti Mohamad Amran, Pegawai Koperasi SRITI Al-Mustaqim, Gombak,
atas pemergian ibunda tercinta,
Allahyarhamah Siti Asmak binti Ismail
yang telah kembali ke rahmatullah di Hospital Kota Bharu, Kelantan pada 11 April 2026, Sabtu.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah,
mengampunkan segala dosa-dosanya,
melapangkan kuburnya,
serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Buat ahli keluarga, semoga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah 🤲🏻

Al-Fatihah.

14/04/2026

[5 HARI LAGI : Are You Ready?]

“Terus Memimpin: Memupuk Adab Membugar Akhlak”

Debaran semakin terasa…
Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Peringkat Negeri Selangor Kali ke-9 kini berbaki 5 hari sahaja lagi!

📅 Tarikh: 19 April 2026
📍 Lokasi: Sekolah Rendah Agama Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang, Selangor

Air mengalir di tepi t**i,
Jernih nampak hingga ke dasar,
Yakin diri jangan berhenti,
Usaha gigih pasti bersinar.

🏁 Pastikan semua kontinjen bersedia dari segi rohani, fizikal dan mental! MAIS bukan sekadar medan pertandingan, ini adalah gelanggang membina jati diri dan ukhuwwah Islamiah.

📣 Terus ikuti countdown MAIS hingga ke hari kemuncak! Doakan kelancaran dan kejayaan bersama.



14/04/2026

Mohon Sumbangan Dana Mahrajan Amal Islami Peringkat SRITI Negeri Selangor

Assalamualaikum w.b.t.,
Kami dari pihak SRITI Selangor dengan penuh rendah hati ingin memohon sumbangan dana bagi menjayakan Mahrajan Amal Islami Peringkat SRITI Negeri Selangor yang akan diadakan pada 19 April 2026 (Ahad)

Sumbangan anda amat diperlukan untuk memastikan kelancaran pertandingan ini.
Semoga dengan sumbangan anda, Allah SWT melimpahkan rezeki yang berlipat ganda serta keberkatan dalam hidup. Setiap sumbangan, kecil atau besar, sangat bermakna bagi kami dan para pelajar.

Untuk maklumat lanjut atau untuk menyumbang, sila hubungi Muallimah Thaiyibah (010-9161558)
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun 👇🏽

SRITI SELANGOR
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
12038010155425
Reference: MAIS26

Terima kasih 💚

14/04/2026

MAHRAJAN AMAL ISLAMI SRITI (MAIS)
Peringkat Negeri Selangor 2026

Dengan penuh rasa syukur, SRITI Negeri Selangor akan menganjurkan program tahunan Mahrajan Amal Islami (MAIS) Peringkat Negeri bagi tahun 2026. Program ini bertujuan memperkasa sahsiah dan potensi murid melalui penglibatan dalam aktiviti berteraskan ilmu, dakwah dan kesenian Islam.

📅 Tarikh: Ahad, 19 April 2026
📍 Tempat: SRA Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang, Selangor

🕊️ Tema: "Terus Memimpin: Memupuk Adab Membugar Akhlak"

Ayuh sama-sama warga SRITI, guru-guru serta ibu bapa untuk hadir memberi sokongan dan dorongan kepada para peserta yang bakal mewakili kawasan masing-masing.

Jumpa anda di sana !!!



Address

No 55A, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share