Hospital Batu Gajah

Hospital Batu Gajah Hospital Batu Gajah
Pesakit Didahulukan
Kesihatan Diutamakan

15/03/2026
14/03/2026
SEGENGGAM KASIH, SECEBIS KEBAHAGIAAN: MAJLIS IFTAR BERSAMA ANAK-ANAK SYURGASemalam, 13 Mac 2026, suasana di Hospital Bat...
14/03/2026

SEGENGGAM KASIH, SECEBIS KEBAHAGIAAN: MAJLIS IFTAR BERSAMA ANAK-ANAK SYURGA

Semalam, 13 Mac 2026, suasana di Hospital Batu Gajah (HBG) terasa cukup luar biasa sayunya. Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) dengan kerjasama Unit Dewan Bedah telah menyantuni seramai 25 orang permata hati, anak-anak yatim dalam satu Majlis Iftar yang penuh keberkatan.

Majlis dimulakan dengan penuh hiba apabila suara alunanan suci menyuburi ruang melalui Majlis Khatam Al-Quran.

Melihat wajah-wajah suci ini tekun mengaji, mengingatkan kita bahawa dalam setiap hela nafas mereka, ada ketabahan yang luar biasa yang mungkin tidak mampu kita pikul.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Hospital Batu Gajah, Dr. Jayakumaran a/l Jayabalan. Suasana menjadi lebih hiba dan bermakna apabila beliau sendiri meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan cenderahati serta sumbangan kepada setiap anak yatim.

Melihat senyuman yang terukir di bibir kecil mereka saat menerima pemberian tersebut, hati kami benar-benar tersentuh.

Disebalik tawa ringkas itu, kita sedar ada kerinduan yang mendalam terhadap kasih seorang ayah dan ibu yang telah tiada.

Tujuan kami hanya satuβ€”ingin memberikan mereka rasa "berkeluarga" walaupun hanya untuk seketika. Biarlah mereka tahu bahawa mereka tidak pernah sendirian; kami di HBG sentiasa mendoakan dan menyayangi mereka.

Terima kasih kepada Dr. Jayakumaran, warga kerja Unit Bedah, pasukan HMI, dan para penyumbang yang telah menjayakan majlis ini. Semoga setiap suapan yang mereka nikmati dan setiap ayat suci yang mereka bacakan, menjadi saksi pahala yang mengalir buat kita semua di akhirat kelak.

"Anak-anak ini bukan sekadar tetamu, mereka adalah pintu rahmat buat kita semua."



PERHIMPUNAN PAGI BULAN MAC 2026Tarikh & Masa : 6 Mac 2026 pada 8pagi -9 pagiPenganjur Program : Pegawai Perubatan Hospit...
13/03/2026

PERHIMPUNAN PAGI BULAN MAC 2026
Tarikh & Masa : 6 Mac 2026 pada 8pagi -9 pagi
Penganjur Program : Pegawai Perubatan Hospital Batu Gajah
Tema : "Ramadhan To Mubarak "

Objektif program
1. Memupuk sifat kesukarelawan serta semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan pegawai perubatan bagi menjayakan program perhimpunan pagi
2. Bertindak sebagai platform rasmi untuk menyampaikan info penting jabatan dan unit di hospital batu gajah
3. Mengeratkan hubungan sillaturrahim diantara warga kerja hospital serta semangat berpasukan yang utuh

Tema perhimpunan pagi pada kali ini iaitu " Ramadhan to Mubarak " mendatangkan kelainan dimana penganjur menyediakan dekorasi bertemakan ramadhan serta cenderamata berasaskan juadah dihari raya.

Seramai 110 peserta telah hadir pada perhimpunan pagi kali ini .Ini menunjukkan semangat kerjasama dan cinta negara antara kalangan warga kerja Hospital Batu Gajah.
Acara yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Hospital Batu Gajah diteruskan lagi dengan aktiviti kuiz -teka meneka aneka bazar ramadhan.Acara dirancakkan oleh penyampaian khas sempena AidilFitir yang akan menjelang tidak lama lagi

Program sebegini sangatlah mendatangkan manfaat serta rehat minda bagi staf hospital batu gajah disamping mengukuhkan lagi ikatan kerja antara satu sama lain.

Perhimpunan pagi ini akan diteruskan pada bulan bulan seterusnya berkonsepkan kreativit setiap unit pengajur
Tahniah .

12/03/2026

PERHIMPUNAN PAGI BULAN MAC 2026

πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π 𝐀𝐖𝐀𝐋 πŒπŽππˆπ‹π„ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŒπ€π‘π‚π‡ πŸπŸŽπŸπŸ”MOBILE CHURCH SILIBINTARIKH  : 15/3/2026 (AHAD)MASA     : 8AM-2PMTEMPAT : OUR LADY ...
11/03/2026

πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π 𝐀𝐖𝐀𝐋 πŒπŽππˆπ‹π„ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŒπ€π‘π‚π‡ πŸπŸŽπŸπŸ”

MOBILE CHURCH SILIBIN

TARIKH : 15/3/2026 (AHAD)
MASA : 8AM-2PM
TEMPAT : OUR LADY CHURCH OF LOURDES CHURCH, SILIBIN

MOBILE CSR LOTUS STATION 18

TARIKH : 29/3/2026 (AHAD)
MASA : 10AM-3PM
TEMPAT : LOTUS STATION 18





Selamat Hari Penolong Pegawai Perubatan 2026! Terima kasih atas segala jasa, dedikasi, dan komitmen anda dalam memastika...
10/03/2026

Selamat Hari Penolong Pegawai Perubatan 2026! Terima kasih atas segala jasa, dedikasi, dan komitmen anda dalam memastikan rakyat Malaysia sihat. Selari dengan tema "Memacu Pemodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kesihatan", teruskanlah kecemerlangan dan khidmat bakti anda yang tidak ternilai demi kesejahteraan masyarakat.

SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH BUAT MANTAN KSU KKMSeluruh warga Hospital Batu Gajah (HBG) ingin merakamkan ucapan s...
09/03/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH BUAT MANTAN KSU KKM

Seluruh warga Hospital Batu Gajah (HBG) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada:

YBHG. DATO’ SRI SURIANI BINTI DATO’ AHMAD
Mantan Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia

Terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti, dan kepimpinan berwibawa YBhg. Dato’ Sri sepanjang menerajui Kementerian Kesihatan Malaysia. Segala sumbangan dan komitmen YBhg. Dato' Sri dalam memartabatkan sistem kesihatan negara amat kami hargai dan akan sentiasa menjadi inspirasi buat kami semua.

Kami mendoakan agar YBhg. Dato’ Sri sentiasa diberkati, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dan terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.

Terima kasih, Dato' Sri! 🫑

Ikhlas daripada:
Dr. Jayakumaran a/l Jayabalan
(Pengarah Hospital)
serta Seluruh Warga Kerja Hospital Batu Gajah

SELAMAT DATANG: KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIASeluruh warga Hospital Batu Gajah (HBG) ingin merakamkan ...
09/03/2026

SELAMAT DATANG: KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Seluruh warga Hospital Batu Gajah (HBG) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada:

YBHG. DATUK SERI HAJI HASNOL ZAM ZAM BIN HAJI AHMAD

atas pelantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kami mendoakan agar di bawah kepimpinan YBhg. Datuk Seri, Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus memacu kecemerlangan dalam memperkasakan sistem kesihatan negara demi kesejahteraan rakyat Malaysia selari dengan aspirasi Malaysia Madani.

Selamat menjalankan amanah dan selamat berkhidmat buat YBhg. Datuk Seri..

Daripada:
Dr.Jayakumaran a/l Jayabalan
Pengarah Hospital & Seluruh Warga Hospital Batu Gajah

Address

HOSPITAL BATU GAJAH Jalan AMAN BATU GAJAH
Batu Gajah
31000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Batu Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Batu Gajah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category