16/01/2020
MEMANG GADJET BANTU ANAK ANAK LEBIH PANDAI,
TAPI RAMAI TAK TAHU "GADJET" JUGA MENGUNDANG B*K KEBURUKAN!!!
"MIMPI BURUK"INI AKAN BERLAKU JIKA TIDAK DIBENDUNG !!! AWAS !!!
Anak anak dan gadjet memang tidak boleh dipisahkan dan hakikatnya itulah situasi zaman serba canggih pada hari ini.Ramai yang berikan respon positif terhadap "gadjet" dimana membantu dalam pembelajaran serta iq anak mereka.
ITU MEMANG BETUL TAPI ADAKAH ANDA TAHU KEBURUKANNYA???
1.GANGGUAN SISTEM KOGNITIF
Otak bayi berkembang sangat pantas dari masa lahir. Penyelidikan menunjukkan bahawa pendedahan berlebihan terhadap "gadjet" boleh menyebabkan perkembangan kognitif jadi perlahan, kekurangan perhatian dan juga menyebabkan gangguan pendengaran.
Jadi sebaiknya Saat mereka belajar mengucapkan beberapa perkataan pertama mereka melalui
anda sediri. Cipta interaksi bersama mereka dengan anda membaca, menyanyi dan bercakap dengan mereka dan bukannya melalui tv , atau alatan bantuan lain ciptaan "gadjet" tersebut.
2.OBSESI CETUS PERGOLAKAN
Bermula hanya sebagai cara untuk memujuk atau tenangkan mereka dengan gadjet seperti "handphone" atau "tab elektronik". tindakan ini akan seterusnya menjadikan kebiasaan maka wujudlah obsesi mereka terhadap gadjet Obsesi ini membawa kepada pergolakan apabila kemahuan mereka tidak dituruti. Jadi bataskan penggunaannya untuk membentuk anak anak ke arah yang lebih mendengar kata dan berdisiplin.
3.MELEWATKAN PEMBANGUNAN FIZIKAL
Kanak-kanak perlu diisi dengan aktiviti fizikal seperti bermain di taman permainan atau "games" berbentuk fizikal bukannya terpaku dgn TV atau tab sepanjang masa. Kurangnya aktiviti fizikal akan mengganggu perkembangan fizikal mereka dan boleh mengakibatkan masalah obesiti.
4.MASALAH HUBUNGAN SOSIAL
Apabila anak-anak dan "GADJET" menjadi "KAWAN BAIK", maka bersedialah untuk melihat mereka kekurangan kawan,abaikan hubungan keluarga, dan s**a menyendiri. itulah yang merisaukan masa depan belia belia harapan kita dimana hubungan sosial tidak lagi menjadi hal yang penting dan lebih bersifat mementingkan dirinya sendiri.
5.MASALAH KESIHATAN
Dibuai dalam dunia elektronik mereka, kanak-kanak tidak menyedari akan postur dan kedudukan mereka ketika sedang leka. Tingkah yang berterusan ini akan menyebabkan sakit belakang dan masalah berkaitan otot lain seperti leher disebabkan Posisi duduk yang lemah. jika pada usia muda sudah berisiko maka sangat berbahaya kerana mereka cenderung untuk mempengaruhi postur mereka apabila dewasa kelak dan mungkin seumur hidup mereka.
MENGAPA SEMUA NI BERLAKU?? TEPUK DADA TANYALAH HATI.
SIAPA DAN APA MEREKA DI KEMUDIAN HARI BERMULA DARI ANDA IBU BAPA.